Bab 8

2.2K 108 13
                                    

"Fiyya," dari jauh suara ceria Fathia menyapa telinga Fiyya yang sedang menyiapkan buku laporan.

"Ya, kau nak apa? " soalnya sekadar berbasa basi. Dia mendongak memandang kawannya yang sudah tersenyum lebar. Gembira sangat lagaknya.

"Aku jealous lah dengan kau, " Fiyya mengerutkan dahi mendengar kata-kata Fathia.

"Nak jealous kenapa? " soal Fiyya tidak faham.

"Yelah. Dapat suami handsome. Pastu sweet pulak tu, " ujar Fathia dengan riak yang penuh mengujakan.
Fiyya memandang Fathia tidak berkelip. Adam sweet? Jauh api dari panggang la gamatnya. Tapi yang dihairankan bagaimana tiba-tiba si Fathia boleh bercakap pasal Adam ni? Dari mana timbulnya tentang Adam Mikhail? Buat hilang mood orang saja.

"Kenapa tiba-tiba timbul topik pasal laki aku ni? " Fiyya bertanya sebelum menutup buku laporan dihadapannya.

"Kau tak tahu ke? "

Sekali lagi Fiyya bertambah keliru dengan Fathia. Fiyya sekadar menggeleng.

"He's here," Fathia menjawab ringkas. Fiyya merenung lama wajah kawannya. Cuba mencari tanda gurauan ataupun bersenda. Setahunya, Adam yang dia kenal tak akan menjejakkan kaki ke sekolah ini kalau tidak ada sebarang urusan yang penting. Mungkin Adam ada urusan di sini?

"Dia ada urusan kat sini ke? " selamba ayat itu terpancul dari bibirnya. Kali ini giliran Fathia pula yang memandangnya dengan hairan.

"Apa kau merepek ni? Dia datang untuk kau lah, baik kau pergi jumpa dia cepat. Dari tadi lagi dia tunggu kat depan tu, " Fathia menggesa. Niatnya hanya untuk menyampaikan pesan sahaja. Tapi tidak disangkan terlama pula. Fiyya masih diam tidak berkutik dari tempatnya. Otaknya masih cuba mencerna apa yang dikatakan oleh Fathia.

"Fiyy, kau tunggu apa lagi. Cepat, " Fiyya terus bangun. Seperti orang dirasuk, dia berjalan melangkah keluar dari bilik guru itu. Hampir tiba di tempat yang dimaksudkan oleh Fathia, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Dari tempat dia berdiri dia dapat lihat Adam yang berdiri membelakangkannya. Lelaki itu memakai kemeja putih yang naik dengan tona kulitnya.

Fiyya juga perasan beberapa pelajar yang lalu lalang di situ mencuri pandang ke arah Adam. Maklumlah Adam pun masih muda. Gaya dan penampilannya juga cukup membuatkan orang memandang dua kali ke arahnya.

Fiyya perlahan-lahan mendekati Adam. Dia berdehem. Tekak tiba-tiba berasa kering.

"Adam, " sekali sahaja sudah cukup untuk membuatkan lelaki itu berpusing ke arahnya. Seperti biasa, lelaki itu tidak senyum atau tunjukkan sebarang reaksi di wajahnya. Fiyya juga cuba untuk menyembunyikan pelbagai emosi yang timbul dalam dirinya ketika itu.

"Apa awak buat kat sini? " Fiyya terus bertanya tanpa berbasa basi.

"Im taking my wife for lunch. Shall we? " Adam menghulurkan tangannya. Fiyya terkial-kial. Dalam benak fikirannya timbul pelbagai persoalan. Pertama, apa yang telah terjadi kepada Adam Mikhail? Kedua, Betulkah lelaki dihadapannya ini Adam Mikhail? Ketiga, Fiyya keliru sama ada ini hanya sandiwara ataupun realiti?

Disebabkan Fiyya mengambil masa yang lama untuk membalas, Adam dengan selamba mencapai tangan Fiyya dan mengenggamnya. Sekali lagi membuatkan gadis itu termangu-mangu.

Di dalam kereta Fiyya hanya diam. Begitu juga Adam yang memandu di sebelahnya. Fiyya mengerling ke arah jam tangan miliknya. Jam 1.00 petang.

"Dont worry. I will send you back before 3. Your evening class is at 3 pm right? " Adam bersuara memecahkan kesunyian. Fiyya sekadar mengangguk.

Tiba di hadapan sebuah restoren, Adam memberhentikan kereta. Mujurlah ketika itu masih banyak lot parking yang kosong.

"Jom, " ujar Adam sebelum melangkah keluar. Fiyya menarik nafas panjang sebelum turut keluar mengikuti Adam.

Adam menunggu Fiyya sebelum mereka sama-sama berjalan beriringan masuk ke dalam restoren itu.

Setelah melabuhkan punggung masing -masing masih diam tidak bersuara sehinggalah Adam memecahkan kebisuan setelah makanan sampai.

"Macam mana dengan kaki kau? " Adam bertanya. Namun matanya tidak memandang Fiyya.

"Are you talking to me? " Fiyya menjawab soalan dengan soalan. Adam mengerutkan dahi, memandang sekelilingnya.

"Yes, " Adam membalas ringkas.

"Dah okey dah, " balas Fiyya acuh tak acuh sebelum menyuakan makanan ke mulut. Kemudian keduanya kembali diam.

Jari jemari Adam mengetuk meja. Pada awalnya perlahan namun semakin lama semakin membingitkan telinga Fiyya yang sedang menikmati makanannya. Perbuatan Adam juga turut mengundang beberapa pasang mata ke arah mereka.

Namun, Fiyya melihat Adam hanya buat endah tak endah sahaja malah semakin beria Adam mengetuk meja makan itu. Fiyya mengetap gigi.

"Can you stop it? " soal Fiyya geram. Adam menyengetkan kepala memandang Fiyya.

"Why? Does it annoy you? " Adam menahan bibirnya daripada mengukir senyum. Kalau tidak, mahu kantoi dia sengaja mengetuk ngetuk jarinya untuk buatkan Fiyya bercakap dengannya.

"Yes. Much, " Fiyya membalas geram kemudian dia kembali menyumbat makanan ke dalam mulut. Sekali lagi Adam dibiarkan sepi.

Selang beberapa minit, Adam mengutip sayur yang berada di atas pinggannya dan diletakkan ke atas pinggan milik Fiyya.

Fiyya yang sedang menikmati makanan, mengerutkan dahi. Apa pulak kali ni? Adam masih ligat menMemanglah dia suka makan sayur tapi takperlulah nak kasi sampai menggunung sayur dalam pinggannya.

"Apa awak buat? " Fiyya meletakkan sudu yang dipegang dan mengalihkan perhatiannya pada Adam. Fiyya menyangka Adam akan memarahinya atau paling tidak wajah lelaki itu akan bertukar dingin sebaik sedar intonasi suaranya terhadapnya. Namun dia agak terkejut apabila Adam selamba membalas dengan intonasi yang sangat perlahan.

"I dont like sayur, " gumam Adam. Terlampau perlahan. Kening Fiyya bertaut.

"Habistu kenapa tak bagitahu kat waiter tu tadi? " Fiyya menyoal. Nak tak nak dia terima saja sayur yang diletakkan ke atas pinggannya.

"Because you like it, " selamba Adam membalas. Fiyya rasa tekaknya tiba-tiba kering. Apa kena dengan mamat ni?

"Okay done!" ujar Adam berpuas hati apabila pinggannya kosong tiada sayur. Fiyya yang melihat perubahan Adam berasa hairan dan cuak. Hairan sebab tertanya-tanya mengapa. Cuak kalau tiba-tiba Adam kembali mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan hatinya.

Usai makan, Adam segera menghantar Fiyya kembali ke sekolah. Sepanjang perjalanan, Fiyya sempat terlelap sebentar. Namun begitu, belum sebaik sahaja kereta milik Adam meluncur masuk ke perkarangan sekolah, Fiyya membuka mata.

Fiyya bersedia untuk membuka pintu namun perasan pintu kereta masih terkunci. Belum sempat dia membuka mulut kepada Adam, lelaki itu terlebih dahulu bertindak menghulurkan tangan. Fiyya terpinga-pinga. Nak apa pulak? Namun bagai mendengar soalan hatinya, Adam bersuara.

"Salam, "

Fiyya memandang Adam lama. Cuba memahami lelaki disebelahnya itu.

"Nak kiss sekali ke? " soalan yang daripada Adam membuatkan Fiyya membahang. Pantas dia menyambut tangan Adam. Satu kucupan lembut dihadiahkan.

Sebelum sempat Fiyya menarik kembali tangannya, Adam mengemaskan pegangan.

"Apa awak-"

Fiyya tergamam saat bibir Adam menyentuh lembut dahinya. Jantungnya mula memainkan sejuta rentak. Darah mula mengalir ke wajahnya. Air matanya turut gatal hampir mencurah. Namun sempat ditahan.

"Okay. Now you can go, " ujar Adam melepaskan tangan Fiyya. Satu senyuman singgah dibibirnya. Fiyya tidak mengeluarkan sepatah kata sebaliknya terus melangkah keluar daripada kereta. Fiyya terus melangkah tanpa melihat sama ada kereta Adam sudah berlalu ataupun tidak.

Fiyya terus melangkah sehinggalah dia tiba di tandas guru. Jantungnya masih berdegup kencang. Wajahnya memerah. Hampir sahaja air matanya menitis kerana terlampau sayu. Inilah kali pertama Adam menghadiahkan kucupan di dahinya setelah mereka berkahwin.

Mengejar Cinta (hiatus)Where stories live. Discover now