Bab 4

1K 74 1
                                    

Fiyya mengerutkan dahi apabila melihat makanan Adam masih belum bersentuh.  Jam locengnya tak menjadi ke hari ni?  Bapa mertuanya juga sudah bangun dan pergi berjumpa dengan kawan-kawannya.

Peristiwa petang semalam masih tersemat rapi difikirannya,  namun dia sekadar mengingatkan diri bahawa, dia ingin berusaha untuk menyelamatkan ikatan suci ini.  Sampai bila dia sendiri tidak pasti.  Namun buat masa sekarang Fiyya masih boleh bertahan lagi.

Sebaik melangkah masuk ke bilik,  jam loceng menyapa telinganya.  Fiyya lantas mematikan jam itu.  Dia mendekati Adam yang masih berada di atas katil.  Dia mendekati Adam.

"Adam, " Fiyya memanggil.

"Adam, " namun masih tidak bersahut.  Dia memanggil lagi seraya menunjal lembut bahu Adam.  Namun tetap tiada sebarang reaksi.  Kening Fiyya bertaut.

"Mama-" suara serak Adam menyapa telinganya.  Dahi Fiyya makin berkerut.  Namun hatinya bagaikan diremuk apabila mendengar nama itu keluar daripada mulut Adam.  Adam pasti merindui arwah mamanya. 

"Adam? "

Mata Adam masih lagi tertutup.  Fiyya semakin tidak sedap hati.  Tanpa berfikir panjang Fiyya meletakkan telapak tangannya ke dahi Adam.  Alamak!  Dia demam pulak.  Macam mana ni?  Apa aku nak buat?  Fiyya mula kalut.

"Takkan aku nak biarkan saja,  nanti melarat pulak, "

Fiyya terus mencari tuala kecil didalam almari sebelum melangkah ke dapur untuk mengambil bekas.  Dengan pengalaman dan ajaran umminya,  Fiyya membasahkan kain,  dan meletakkannya ke atas dahi Adam.

"Mama-" sekali lagi adam bersuara dalam tidurnya.  Kali ini wajah lelaki itu berkerut seribu seolah menahan sakit. Fiyya menggosok perlahan dahi Adam sehingga kerutan di wajahnya hilang.

Fiyya memandang lama Adam yang masih lagi lena. Dia terfikir apa yang membuatkan Adam Mikhail menjadi seperti ini. Pasti ada sejarah hitam yang menjadikan Adam Mikhail sedingin dan sekeras ini.  Namun Fiyya tahu,  dia tiada hak untuk mengcungkil perkara itu.  Lagipun Adam begitu benci dengan dirinya.

**

Adam perlahan-lahan membuka mata.  Tekaknya terasa perit, matanya pula berpinar.  Tidak tambah lagi dengan sakit di kepalanya yang mencucuk-cucuk.  Dia memicit dahinya apabila dia perasan ada kain basah di dahinya.  Dahinya berkerut.

Matanya kemudian menangkap sesusuk tubuh yang sedang lena di meja berdekatan. Dengan buku-buku penuh di atas meja.  Biasanya Fiyya selalu menyiapkan kerjanya di ruang pejabat yang dihadiahkan papa kepadanya. 

Adam cuba mencapai air yang telah diletakkan di atas meja berdekatan.  Namun kerana matanya yang masih berpinar dan kepalanya yang masih berdenyut-denyut dia terlanggar gelas menyebabkan gelas itu jatuh ke atas lantai. Fiyya terus terjaga daripada lenanya.

Belum sempat Adam turun dari katil untuk mengambil gelas itu.  Tangan Fiyya terlebih dahulu mengambilnya.

"Awak rehat saja, " ujar Fiyya menuangkan air ke dalam gelas. Dia menghulurkan gelas itu kepada Adam namun Adam tidak menyambutnya.

"Adam boleh tak awak tolak ke tepi ego awak tu kejap. " dengan selamba dia menarik tangan Adam sebelum melilitkan tangan adam ke sekeliling gelas itu.

"Saya panaskan makanan kejap.  Nanti awak makan,  terus makan ubat, " ujar Fiyya sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.  Adam memandang dengan perasaan kosong.  Gelas ditangannya di renung.

Tak lama kemudian,  Fiyya kembali dengan membawa sedulang makanan. Namun Adam menolaknya.  Tetapi kali ini tolakannya lebih lembut.

"Awak kena makan,  nanti nak makan ubat, " Fiyya cuba memujuk.

Mengejar Cinta (hiatus)Where stories live. Discover now