"Nan aku nan aku ada pass pass awal lah awal lah!" Zul menjerit meminta bola daripada Hannan.
"Zul! Nah!" Satu hayunan tangan ke arah kiri dilakukan oleh Hannan, melepaskan satu hantaran bola yang deras ditangkap kemas oleh Zul. Dengan hanya sedikit larian ke arah hadapan, Zul berjaya menghasilkan satu skor try dalam permainan ragbi sentuh petang itu.
"Macam tu laa Naaan bola ngam soiiii je datang kat aku hahaha" kata Zul. Hannan hanya mampu memberikan senyuman, semput di dada kerana berlari ke hulu ke hilir tadi benar benar membuatkan dia menyesal kerana merokok sebelum turun ke padang.
"Uuuuuyai penat sial! Babi ape stamina cani cane nak tournament next week do" keluh Hannan.
"Alaaa ko lek lek dah la, nanti kita buat la fitness sama-sama dua tiga hari nak game. Macam la tak biasa" Zul membalas sambil tangannya menepuk-nepuk bahu kawannya itu.
"Dah lah tu habis la untuk harini, nak maghrib dah ni, that's all for today, gather guys, jumpa lagi esok, pukul 5 sharp!" Zul bernada tegas sambil tangannya dijulang ke atas.
Semua rakan sepasukan Zul menyahut julangan tangan kapten mereka itu di udara.
"Okay on me, ONE CHEER FOR STRAITSHAWK, HEE!!" laung Zul penuh semangat dan garang sebelum satu sorakan yang kuat dilaung oleh kesemuanya.
"HEEEEE!!!!"
Zul berjalan beringingan dengan Hannan, menuju ke kolej kediaman mereka yang berada di sebelah padang sahaja. Matanya tiba-tiba tertangkap pada sekujur tubuh yang berada tidak jauh daripada kawasan padang ragbi itu.
Seorang gadis berkulit putih, pipi sedikit tembam, badannya agak cantik dengan potongan ala ala model tempatan Fazura. Di sebelahnya ada seorang gadis lagi, mungkin mereka berdua kawan.
"Nan, tu sape" Zul bertanya kepada Hannan, tangan kawannya itu dicuit untuk menarik perhatian.
"Ha sape? Yang mane?" Hannan tak tentu arah mencari siapa yang dimaksudkan Zul tadi. Di atas padang UiTM Jasin itu bukan ada sorang dua sahaja manusia.
"Tu laa bawah pokok besar tu, yang pakai baju MU tu." Zul menjuihkan bibirnya ke arah di mana dua orang perempuan itu sedang duduk.
"Ooooh tu ke, tu budak batch aku laa, Ain" Hannan memberitahu. Tidak lama kemudian mereka berdua berjalan melintasi kedua perempuan tadi.
Zul menjeling kucing ke arah Ain, dilihatnya sepintas lalu dari muka sampai lah ke kaki. Kemudian pandangan dihalakan semula ke depan bila Ain perasan akan jelingannya.
Beberapa langkah setelah mereka berjalan menjauhi Ain dan rakannya, Zul memusingkan badan menghadap Hannan.
Hannan kaget.
"Walaowehh tetibe drift kat sini pehal?" Hannan hampir terloncat ke sisi akibat terkejut. Zul memandang ke dalam mata kawannya itu, dia ada sesuatu nak dicakap. Bahu Hannan dipegang erat kedua-dua belah.
"Lawa bodo nan perempuan tadi" itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Zul. Hannan sudah tersengih, dia sudah agak kawannya itu pasti akan bertanyakan tentang rakan-rakannya.
Dia faham benar taste Zul.
"Ye tahu, Ain memang lawa, dah tu kau cakap lawa lawa bila nak dapat? Try la tunggu pe lagi sial" Hannan menampar bontot Zul perlahan ditambah dengan senyuman sinis terukir di bibir. Kemudian dia meneruskan langkahannya menuju kolej kediaman Tun Sri Lanang A.
Zul masih berdiri di situ memandang ke arah Ain, ketika itu Ain dan kawannya Mahsuri baru sahaja bangkit daripada duduk, mungkin mereka juga sudah selesai mencuci mata dan ingin balik ke kolej kediaman.
Zul memerhatikan sahaja langkahan mereka. Matanya tertumpu pada Ain. Gerak lenggok punggung, ke kiri, ke kanan, ke kiri kembali. Hampir gugur semua hafalan Quran yang ada dalam otak Zul ketika itu. 5 saat dia mengelamun sebegitu, Zul tersentap. Kepala digeleng-geleng sambil mengucap namun tak lama matanya kembali menghala ke arah Ain.
"One day Ain, one fucking fine day...." bisik Zul dalam hati.
Senyuman diukir manis. Kemudian dia berpaling ke belakang seraya meneruskan langkahnya mengikuti Hannan menuju ke kolej kediaman.
YOU ARE READING
☆ Musafir Kasih, Layar Percintaan ☆
Teen FictionZul, pelajar tahun 2 di sebuah IPT Awam dalam negara, ketua pasukan ragbi kampusnya, anak kepada seorang kenamaan yang bergelar Datuk. Mulanya dia merasakan dengan duit, dia mampu mengekalkan perasaan Ain terhadapnya. Segala kemewahan telah dicurahk...