Pagi Sabtu di UiTM Jasin tidak banyak berubah, masih seperti selalu. Beberapa orang pelajar yang terlampau rajin akan memulakan pagi hari cuti mereka dengan berlari sekeliling kampus. Tak tahulah sama ada cuba mengamalkan gaya hidup sihat, atau mereka hanya mula menyedari yang badan mereka semakin gemuk.
Hannan yang memang tidak gemar membazirkan waktu cutinya yang dinanti-nanti setiap minggu dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti berlari, nyenyak dibuai lena di atas katilnya. Badannya yang diselimuti comforter tebal ditambah pula dengan dingin pagi benar-benar membantu dia mendapatkan kepuasan tidur. Dengkuran yang kadang kadang kuat, kadang-kadang halus kedengaran keluar dari hidungnya.
Di dalam sebuah bilik yang berselang tiga pintu daripada kamar Hannan, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri megah di hadapan cermin tanpa berbaju. Peluh mencurah-curah menuruni seluruh badannya. Dumbell di tangan diangkat berulang-ulang kali, bertukar ganti antara tangan kanan dan kiri.
Lagu yang dipasang di telefon bimbit kemudian disambung dengan pembesar suara 'wireless' bingit memenuhi segenap ruang tamu rumahnya itu.
"Empat puluh! Ahhhh penat sial!" jerit Zul. Dumbell di tangannya dihempas ke lantai, bunyi dentuman akibat daripada hentaman itu kedengaran kuat sehingga ke aras paling bawah Blok Kediaman Tun Sri Lunung A itu.
"Walaoweh dah macam Zul Ariffin la body gua hahaha" puji Zul kepada dirinya sendiri.
Mungkin sangkaannya otot-otot yang dilatih setahun sekali itu telah membesar dan kuat hanya dengan empat puluh kali angkat berat. Biasalah lelaki, bab memuji diri sendiri ni serah sahajalah kepada mereka. Zul melihat jam di telefon bimbitnya - 1.40 petang - mata Zul membulat.
"Fuck I'm fucking late!" jerit Zul menggelabah.
Seluarnya diturut kebawah, bajunya dipecat sebelum dilemparkan ke dalam bakul basahan. Dia ingin membuka seluar dalam yang dipakainya terus namun segera membatalkan hasratnya apabila Akim, rakan serumahnya secara tiba-tiba membuka pintu biliknya kerana ingin keluar ke tandas.
Zul bergegas ke biliknya semula lalu mencapai tuala yang bergantung di belakang pintu. Tuala yang dirembat daripada Concorde Hotel Kuala Lumpur itu dibalutkan ke sekililing badan. Dia melangkah memasuki bilik air untuk mandi. Dia sudah lewat 10 minit, semalam dia berjanji untuk menghantar rakan sekelasnya ke Melaka Sentral pada jam 1.30 petang.
Seusai bersiap, Zul mencapai kunci kereta yang dia sudah letakkan awal-awal di atas meja study, sebelum dia memakai baju tadi. Selepas kasut loafer jenama Valentino Rudy disarung kemas ke kaki, dia menapak anak tangga turun ke aras bawah.
Sempat dia melihat ke arah pantulan skrin telefon bimbitnya, memastikan rambut yang telah disaluti pomade berkeadaan kemas rapi. Kini dia benar benar benar yakin yang tiada lelaki yang sekacak dirinya.
"Ni kalau awek awek kat Melaka Sentral tengok aku ni konpem cair leleh menggelitat ni, konpem!" gumamnya sendiri.
Seperti yang dia jangka, rakannya telah pun menunggu di bersebelahan kereta yang diparkir di bawah pokok ceri berhampiran kolej.
Dari jauh sudah kelihatan riak wajah rakannya yang telah muak menunggu kemunculan Zul.
"Yaww Din sorry do aku solat tadi kejap tu yang lama sikit tu, sorry auu kesian kau lama tunggu" dalih Zul cuba mencari jawapan selamat.
"Oh ye ke, haa takpe ah, aku ingat kau tido sial" Din pasrah sahaja membalas.
Dia tahu Zul berdalih, bukan sehari dua dia kenal rakannya itu. Walaupun sudah berkali-kali Zul membuatnya menunggu di bawah panas terik matahari begini, Din tidak pernah berkecil hati malah setiap kali dia memerlukan khidmat penghantaran ke mana-mana, pasti Zul juga yang akan dicari.
"Dah dah jom laa tunggu pe lagi sial, kita dah lambat ni adomaak kau ni delay delay lak!" sengih zul sambil memasuki kereta Kia Forte miliknya.
"Babi kau yang lambat la sial hahaha" Din memulangkan paku buah keras, segala bagasinya disumbat ke bahagian belakang kereta Zul sebelum tubuhnya juga hilang ditelan badan kereta Kia Forte rakannya itu.
Lagu The Heart Wants What It Wants nyanyian Selena Gomez sedang berputar di corong radio. Zul amat meminati Selena Gomez. Penuh telefon bimbitnya dengan lagu-lagu nyanyian artis kecil molek tersebut.
Sepanjang perjalanan mereka berdua dari Jasin ke Melaka Sentral itu, mereka tidak berbual apa pun kerana Din telah awal lagi hanyut dibuai mimpi.
"Lancap la tu malam tadi, penat semacam je mamat ni" bisik hati Zul meneka. Kereta yang dipandunya sampai ke perkarangan Melaka Sentral, Din yang sedari tadi nyenyak tidur dikejutkan oleh Zul.
"Nokharoooom bangun bodoooh dah sampai!" jerit Zul sambil menampar-nampar pipi rakan sekelasnya itu. Din terkejut separuh mati akibat daripada jeritan Zul tadi. Terasa melayang sebentar separuh nyawanya menghilang.
"Baaabi aku fikir ape lah tadi hanat kejut leklok la sial!" jerit Din sambil menampar-nampar kembali muka Zul.
"Hahahahaha dah ko lena sangat tido, aku kejut la camtu hehe" jawab Zul dengan sengih umpama kerang busuk terukir di bibir. Din membuka pintu kereta, kakinya dilangkahkan keluar daripada perut kereta. Bagasinya yang banyak umpama jemaah nak pergi Umrah sebulan itu dibawa keluar daripada kereta Zul.
"Nah zul, thanks au. Hati-hati drive balik tu, mampos cepat" Din berkata sambil tangannya menghulurkan sekeping RM50 kepada Zul tanda upah menghantarnya ke Melaka Sentral. Zul meyambut duit dari tangan rakannya itu lalu disisipkan ke dalam poket kemeja.
"Takdehal bossku haha gua lama lagi nak mampos laa jangan risau gua dah kawtim dengan malaikat dah" gurau Zul.
"Babi hahaha" balas Din ringkas sebelum dia berjalan memasuki pintu masuk utama Melaka Sentral.
Selepas kelibat Din tidak lagi kelihatan, Zul memandu keretanya dengan hasrat ingin pulang ke kampus. Dia berhenti di lampu isyarat apabila lampu bertukar merah. Mahu sahaja dia redah langgar lampu isyarat tadi tapi setelah memikirkan yang dia tidak ada apa nak dikejarkan, Zul ambil keputusan untuk berhenti.
Pandangannya dilemparkan keluar cermin kereta. Dilihatnya lautan manusia yang sedang memenuhi Melaka Sentral untuk menaiki bas pulang ke kampung halaman masing-masing. Zul melalukan pandangannya ke arah McDonald's yang terletak di luar kawasan bangunan Melaka Sentral, penuh seperti biasa.
Namun pandangannya terhenti seketika apabila sampai kepada sekujur tubuh yang sedang berdiri di hadapan restoran makanan segera tersebut. Diperhatikan dengan tekun muka yang amat familiar baginya itu..
"TU AIN LA SIAL!"
YOU ARE READING
☆ Musafir Kasih, Layar Percintaan ☆
Teen FictionZul, pelajar tahun 2 di sebuah IPT Awam dalam negara, ketua pasukan ragbi kampusnya, anak kepada seorang kenamaan yang bergelar Datuk. Mulanya dia merasakan dengan duit, dia mampu mengekalkan perasaan Ain terhadapnya. Segala kemewahan telah dicurahk...