Bab 5

723 3 0
                                    

          Telefon bimbit berdering membingitkan suasana di dalam bilik yang sunyi, Zul mencapai Samsung Galaxy A50 berwarna biru itu dari atas meja, mata yang masih kantuk digosok-gosok perlahan sebelum fokus diarahkan kepada bar notifikasi yang baru menerjah masuk. Ada pesanan 'Whatsapp' daripada nombor yang tidak dikenali.

          Zul membukan pesanan itu, mesej yang tertulis "Hi" itu ditatap dengan penuh kehairanan. 

         "Sape lak ni sial" tanya Zul sendiri.

          Memang kebiasaannya dia tidak pernah menerima apa-apa mesej daripada orang yang tidak dikenali, memandangkan kawannya di kolej itu hanya beberapa orang sahaja. Namun kali ini mesej itu benar-benar membuatkannya termenung.

          Zul tidak rajin untuk menaip balas mesej yang diterimanya itu. diangkatnya telefon bimbit itu lalu nombor yang menghantarkan pesanan mesej itu sebentar tadi di-dial. Tidak lama selepas beberapa kali deringan, panggilan Zul dijawab.

          "Hello?" Zul memulakan perbualan.

          "Hai.." Empunya nombor membalas menyahut.

          "Sape ni?" Zul bertanyakan soalan, inginkan kepastian siapakah yang secara tiba-tiba mengganggu tidurnya yang nyenyak di pagi hari cuti tersebut.

          "Ehem takkan laa baru dua minggu tak jumpa dah tak kenal suara sape haha.. baruuu je haritu dia temankan kita minum minum kat Melaka Sentral" orang di sebelah sana menjawab.

          "Ooohhh laa Ainnnnnn hahahhahaha sorry sorry biasala tengah mamai ni baru bangun. Haaa ye lah haritu saya ada bagi nombor saya kat awak.. amboii dah dua minggu baru nak tegur ke hehe" barulah Zul mengenali siapa yang menghantar mesej kepadanya tadi.

          Sebelum Ain menaiki bas untuk pulang ke rumahnya di Kluang tempoh hari, Zul sempat menyelitkan kertas yang dia tuliskan nombor telefonnya ke dalam beg tangan Ain, tanpa Ain menyedari.

          "Haa ni free tak ni? Jom lepak medan selera nak? Lapar laa" Ain tanpa melengahkan masa terus sahaja ke tujuan utamanya, dia mengajak lelaki itu menemaninya makan di medan, dia masih ingin menjadi lebih rapat dengan lelaki yang baru dikenalinya itu.

          "Uishh tiberr je ajak lepak medan ni haha, free je, nak gerak medan pukul berapa tu Cik Ain?" Zul begitu senang hati ingin menemani Ain ke medan selera. Baginya, inilah peluang untuk dia menjadi lebih rapat dengan gadis yang diminatinya itu.

          "Sekarang ah.. lapaw ni.. 10 minit lagi turun gerai 27 eh, nasi ayam tu" Ain menetapkan masa, perutnya sudah mula berkeroncong. Laparnya tidak tertahan lagi kerana belum menjamah sebarang makanan dari semalam.

          "Walaowehh baru bangun nii hahaha ok ok japgi saya sampai, siap jap eh" Panggilan terus ditutup oleh Zul. Sepantas kilat, Zul melompat daripada katilnya lalu berlari menuju ke dalam bilik air sebelum dia patah balik ke biliknya kerana terlupa membawa barangan mandi. 

          "Bodoh yal kalau dah kelam kabut memang automatic jadi bodo ek Zul" gumam Zul sendiri, mengutuk dirinya kerana terlalu kelam kabut. Dia berlari kembali ke arah bilik air yang terletak hanya selang dua bilik daripada kamar tidurnya. 

          Baju dan seluar jeans dipecat, seluar dalamnya dipegang, dia menurunkan ke bawah sehingga ke paras lutut sebelum pergerakannya terhenti seketika kemudian diangkat kembali ke atas.

          "Yang ni takyah bukak ah, buatnya si Amir masuk bilik air japgi dah freeshow je" bisik Zul sambil tersengih keseorangan. Zul menuangkan sedikit sabun pencuci muka ke atas telapak tangan, ditadahnya sedikit air ke atas sabun pencuci muka itu sebelum digosok-gosok lembut ke seluruh muka.

          Air paip kemudiannya menerpa mukanya untuk membilas  buih sabun pencuci muka tadi. Setelah itu Zul memberus gigi, membasahkan rambut dan ketiak dengan menggunakan air paip lalu selesai lah 'mandi'-nya pagi itu. Cermin yang tergantung di dinding bilik air di hadapannya ditatap.

          "Handsome like always" puji Zul kepada wajahnya yang dirasakan kacak itu seraya melangkah keluar dari bilik air.

Zul membuka kipas pada kelajuan maksima, seluar jeans yang tersangkut pada belakang pintu dicapai lalu dipakai, baju kemeja yang tergantung di kaki katil dikenakan pada badan lalu dibutang penuh hingga ke leher.

          Pomade dicalit ke atas tangan sebelum dilumurkan pada rambut, sikat dicapai dan rambut yang telah basah dengan pomade tadi disikat rapi. Botol minyak wangi Georgio Armani yang terletak di bahagian atas almarinya dicapai lalu disembur ke seluruh badan, sedikit semburan extra di bahagian leher.

          Zul mencium bau badannya sendiri.

          "Ermm sikit lagi ah hehe" Disembur lagi minyak wangi ke seluruh badannya.

          "Done!" kata Zul yang sedang berdiri di hadapan cermin bilik, berpuas hati dengan penampilannya. 

          Zul berjalan menuju ke ruang tamu, kasut Nike Flyknit berwarna merah dikeluarkan dari dalam almari bersebelahan pintu rumah, disarungkan pada kedua-dua belah kakinya. Dengan sehela nafas, Zul keluar dari rumah kediamannya lalu dengan langkahan yang deras dia menuruni anak tangga dari rumahnya di tingkat 4 menuju ke tingkat 1. 

          Medan selera hanya beberapa langkah sahaja daripada blok kolej kediamannya. dengan hanya beberapa kayuhan langkah, Zul sudah tiba di hadapan Gerai 27.

          Panjang tengkuknya melihat sekeliling, mencari kelibat batang hidung gadis pujaan hatinya yang masih tidak kelihatan. Tanpa Zul sedari, Ain berjalan perlahan-lahan ke arahnya daripada belakang.

          Apabila dia sudah hampir dengan Zul, Ain bertindak menekup mata Zul dari arah belakang menggunakan kedua-dua belah tangannya. Zul yang kaget hampir sahaja melatah tetapi dia masih sempat mengawal machonya.

          "Cuba teka ni sape hehe" tanya Ain kepada Zul, umpama Zul tidak akan mengetahui siapa yang sedang menutup kedua belah matanya.

          "Hahahah pandai bergurau sekarang eh, sape ni eh? Haha mestilah Cik Ain yang jelita" jawab Zul sambil tangannya mencapai kedua-dua tangan Ain yang menutupi matanya, dibuka lalu dia memusingkan badannya berhadapan dengan Ain. 

          Zul memandang tepat ke dalam mata Ain, sambil senyuman manis diukir. Mereka berkeadaan menatap satu sama lain begitu dalam beberapa ketika.

          "Damnn... melting kimak....." bisik Ain di dalam hati. Dia tidak mampu menahan perasaannya untuk mengakui ketampanan Zul ketika itu. Dia hanya membiarkan sahaja Zul memandangnya, pipinya naik merah menahan malu, tapi jauh di sudut hatinya dia mahu Zul terus berbuat begitu. 

          Beberapa orang pelajar lain yang lalu lalang di situ hanya melihat sahaja kelakuan dua orang tersebut dengan pelik, tak kurang juga ada yang mencebik, loya dengan perangai keduanya.

         "Dah dah, cukuplah tu, kalau terus camni sampai esok pun kita tak makan hahaha, jom makan, saya belanja!" Zul menghentikan perbuatannya, tangan Ain yang masih digenggamnya ditarik menuju ke Gerai 27 itu.

          Ain masih dalam fasa khayalan, fikirannya masih terganggu dengan senyuman manis Zul tadi, betul-betul mengetuk pintu hati keperempuanannya yang lembut. 

☆ Musafir Kasih, Layar Percintaan ☆Where stories live. Discover now