Kia Forte membelah lebuhraya AMJ pada kelajuan 180km/j. Ngauman enjin kuat kedengaran, dashboard bergetar kuat menandakan betapa besarnya rintangan angin yang sedang menghentam kereta sedan tersebut.
Kedua tangan si pemandu terlekat kemas, padat pada steering, kadang-kadang diseret ke kiri, kadang-kadang ke kanan. Setiap kereta yang menghalang perjalanannya akan dipintas dalam sekelip mata.
Zul masih membisu, matanya tak berkelip, fokus pada jalanraya di hadapan. Ain pula masih basah pipinya dengan air mata, berjujuran menjunam ke dagu.
Dia menggenggam erat Iphonenya, mesej yang bertalu-talu memasuki notifikasi Whatsapp dibaca, lalu dihempas Iphonenya ke dashboard kereta sebelum dicampak ke kerusi belakang.
"Bodoh laa jantan ni bodoooh! Fuck babi anak sial babiiiii!" Ain meracau lagi, tangannya menekup muka, sebelum kepalanya digaru-garu kasar.
Serabutnya bukan kepalang. Kedua belah kaki dihentak kuat, bergegar kereta yang dinaiki mereka berdua.
Zul mencapai bahu Ain menggunakan tangan kirinya, diusap lembut, perlahan dan damai. Matanya masih tidak berubah, terus berpaksi pada jalanraya di hadapan.
"Hey, I got you, calm down Ain, sikit lagi dah nak sampai Jasin ni."
Dagu Ain dikuis, sebelum jari Zul naik membelai pipinya perlahan-lahan. Diusap pipi gadis itu dengan kasih. Ain yang tadinya telah tenggelam dalam badai ombak keserabutan yang meruntuhkan semangat diri, sudah mula diketuk ketenangan yang gagal 5 minit tadi dicari.
Ain memandang wajah Zul, lelaki itu masih tidak berganjak daripada fokusnya ke arah jalan. Tangan kanannya masih lincah mengenderai mereka berdua mencapai destinasi.
Memang diakui, malah bagi sesiapa yang sudah biasa menaiki kenderaan yang dipandu oleh Zul, mereka tahu dia seorang pemandu yang boleh mereka percaya, walaupun dia sering memandu laju. Maka, tidak menjadi masalah bagi Zul untuk memandu kereta itu hanya dengan tangan kanannya sahaja, pada kelajuan menempah maut tersebut.
Dalam beberapa minit Ain merenung mata jejaka di sisinya itu, Zul memperlahankan kereta, lampu signal ke kiri dinyalakan sebelum dia menyelongsorkan Kia Forte miliknya memasuki laluan sebelah kiri lebuhraya AMJ yang penuh dengan kereta lain ketika itu.
"You're gonna be okay, Ain. Saya ada, tenang, sikit lagi dah nak sampai. Awak chill kay.."
Zul mencapai tangan kanan Ain, digenggam tangan yang mulus itu erat seolah sedang memberi isyarat kepada Ain bahawa dia sedang menjaganya, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Ain tersentak, seperti ada kejutan eletrik laju menerobos sistem badannya, menggeletek saraf sedar gadis sunti itu sehingga dia merasakan suatu ketenangan yang tidak pernah dibayang dek minda. Dia berjaya mengumpul kembali nafas yang sudah berhamburan, menyusun kembali kekuatan yang bertaburan. Dadanya yang tadi bergoncang bak dibadai tsunami, sudah boleh mengatur udara yang mencukupi.
Ain membalas genggaman tangan Zul, diselakan jari-jemarinya dengan jejari jejaka itu. Dia rasa dia selamat, buat masa sekarang. Paling tidak, dia tahu dia boleh percayakan Zul, dia tidak tahu apa akan dilakukannya tadi jika Zul tiada di sisi. Mungkin sudah habis sekotak Dunhill Classic untuk membuang kesialan dalam kepala.
"Thanks, Zul.."
Ain separa berbisik, suaranya tersekat sekat akibat terik tangis yang dijuraikan sepanjang perjalanan dari Dataran Pahlawan tadi. Dia mencapai tisu poket dari dalam beg tangannya, ditarik keluar sehelai. Air mata yang berbaki di pipi dilap sehingga kering, kemudian dia mengelap juga sisa air mata yang berbaki di tangan Zul yang masih menggenggam lembut tangannya.
"Sorry saya serabut tadi" tanya Ain
"Nope sokay, you won't be like this without reasons. We've arrived campus, nanti rehat kay" Zul membelok memasuki simpang masuk ke pintu utama kampus UiTM Jasin. Pegawai polis bantuan yang menahan mereka untuk pemeriksaan tidak dihiraukan Zul, terus sahaja dia memecut keretanya berlalu meninggalkan pegawai itu terkapai. Kereta diparkir di hadapan blok Tun Gemala A, blok kediaman Ain.
Zul membuka kacamata hitam daripada melindungi matanya, dipusingkan badan 90 darjah menghadap ke arah Ain.
"Hey, dah lah, pergi lah rehat, tidur ke. Layan kdrama ke. Jangan fikirkan sangat semua problems tu"
Ain mengangguk-angguk, ditatap mata Zul, lama, dia nak luah, tapi tak terdaya. Apa yang terbuku di hati ketika itu dia percaya tiada yang dapat memahami, jauh sekali dia ingin libatkan Zul pula, jejaka yang baru sahaja dikenali.
Dia tahu dia kena selesaikan masalahnya sendiri, dia masih punyai tangan dan kaki, dia bukan lah perempuan yang lemah tak mampu berdikari.
"Thanks again, Zul. Sorry for today, nanti kita keluar lagi, I promise."
Zul hanya mengenyitkan mata, kepala nya perlahan diangguk. Di dalam kepalanya juga telah bermain jutaan soalan yang ingin ditanya, tetapi ditolak semuanya itu ketepi buat sementara waktu, dia faham ini bukan masa yang sesuai.
Ain membuka pintu kereta, melangkah keluar diiringi pandangan mata Zul. Gadis itu berjalan lemah menuju ke lobi kolej kediamannya, beberapa langkah sebelum jasadnya telah hilang dari pandangan Zul.
"Hurm...." Zul menggeleng.
||
"Ai Zul? Kata keluor dengan Ain? Awal naw balik?"
"Kena reject ke?"
"Tu la kau aku dah kabor jangan gelojoh, first time jumpa jangan ajak check in lagi lek lek lu ni kau tak sabor-sabor nak..." Hannan yang terkejut dengan kepulangan awal rakannya itu dari first date mereka sudah memberi ucapan selamat pulang kepada Zul namun ayatnya tidak sempat dihabiskan sebelum Zul mencucuh sebatang rokok masuk ke dalam mulutnya.
"Diam la babi, kitorang keluar la, tapi balik awal, tengok wayang je" Zul duduk bersandar di kerusi, berhadapan dengan rakannya itu, rokok diselitkan ke bibir sebelum dicucuh, satu tarikan nafas agung menyedut segala asap setan masuk ke dalam badan sebelum dihembus semula keluar.
Hannan sudah bersila sambil pandangannya tak lepas daripada wajah Zul. Rokok di mulutnya juga telah terbakar rapi.
"Habis, takde jadi pape ke? How was it?" Hannan mengangkat kedua keningnya beberapa kali.
Abu rokok diketis ke dalam ash tray.
Zul mendekatkan mukanya pada Hannan.
"Macam ni, tadi..."
||
Ain menjenguk ke kawasan parkir kereta Tun Gemala A. Setelah dia berpuas hati bahawa kereta Zul telah beredar dari situ, dia cepat cepat melangkah keluar. Kakinya laju bergerak menuju ke sebuah kereta Pesona Kelabu yang sudah sedia menunggunya tidak jauh dari situ.
Sampai sahaja bersebelahan kereta tersebut, dia membuka pintu tempat duduk penumpang hadapan. Seorang lelaki sedang menyambutnya dengan senyuman. Dibalas senyuman itu dengan jari tengah yang diangkat tinggi, betul betul diarahkan ke batang hidung lelaki itu.
"Fuck you" Ain menghulur 'salam' nya kepada lelaki tersebut sebelum dibalas dengan tawa yang berdekah darinya.
"Masuk, sundal...."
YOU ARE READING
☆ Musafir Kasih, Layar Percintaan ☆
Подростковая литератураZul, pelajar tahun 2 di sebuah IPT Awam dalam negara, ketua pasukan ragbi kampusnya, anak kepada seorang kenamaan yang bergelar Datuk. Mulanya dia merasakan dengan duit, dia mampu mengekalkan perasaan Ain terhadapnya. Segala kemewahan telah dicurahk...