Bab 4

695 3 0
                                    

     "Awak memang asal Kluang ke?" setelah lebih sepuluh minit membisu, Zul membuka topik perbualan, teh panas di dalam cawan dikacau perlahan, matanya tepat memandang ke dalam mata Ain.

     Lama Zul memerah otak mencari topik untuk dibualkan. Tidak sanggup lagi dia berdiam lebih lama, suasana di dalam Cafe Ali Maju itu sunyi sepi, tidak ramai pelanggan ketika itu. Ain yang sejak dari tadi asyik menatap telefon bimbit menghalakan pandangannya ke arah Zul.

      Memang dia sedang menunggu Zul memulakan perbualan kerana dia memang tidak pandai dalam memulakan sesuatu terlebih dahulu, lebih lebih lagi memulakan perbualan dengan orang yang tidak begitu dikenali daripada berlainan jantina.

     "Haah, lahir Kluang, rumah pun kat sana" jawab ain. Telefon bimbit disimpan di dalam beg, lalu di zip, rapat.

     "Ooo orang Johor la ni ek. Kluang best tak? Mana lagi best, Jasin ke Kluang?" Zul nampak mula mesra dan tenang mengayuh perbualan mereka. Nasi goreng di dalam pinggan dikaut dengan sudu sebelum disuapkan ke dalam mulut. Matanya tetap terpaut pada wajah Ain.

     "Mestilah Kluang, come on laa Jasin ni ade ape je. Mall paling dekat pun setengah jam naik kereta weh hahaha tak ke pishang?" Ain mengomel bak Diva Azwan Ali yang sedang hangat bergosip.

     Zul menyambut bebelan Ain tersebut dengan tawa yang tidak keruan.

     "Hahahahhaa aduu 'cramp' perut, betul betul tak puas hati ek dengan Jasin ni" Zul menyambung kata setelah puas melepaskan gelak selama beberapa minit. Perutnya yang sakit akibat gelak tanpa henti tadi ditekap dengan tangan kirinya.

     Setelah dapat mengawal kembali diri, Zul meneruskan suapan nasi goreng ke dalam mulut.

     Ain mencapai cawan kertas berisi air mocha panas di atas meja berhadapan dengannya. Mocha kegemarannya itu kemudian disisip sedikit demi sedikit membasahkan tekak yang telah kering akibat berdiri lama di bawah matahari semasa menunggu basnya tadi. Cawan diletakkan semula ke atas meja.

     Ain memandang mata Zul.

    "Awak dari mana ni? Macam mana boleh tiba tiba je jumpa saya kat sini? Spy saya ehh" Ain membuat memek muka seakan menjeling ke arah Zul.

    "Ouh takk takk ish takkan lah nak spy awak pulak, tak main lah spy-spy ni, saya gentle punya orang hehe" Zul tersengih-sengih sambil menjawab soalan Ain.

     "Habistu? Apa awak buat kat sini?" Ain masih ingin tahu, dia masih tidak tahu apa motif lelaki di depannya itu mengajaknya minum dan bagaimana dia boleh jumpanya di tengah-tengah Melaka Sentral yang luas ini.

     "Mysterious..." bisik Ain sendiri.

     "Ceniii, saya tadi hantar kawan saya dari kolej ke sini, dia nak balik kampung. Lepastu saya..." Zul menerangkan satu persatu sambil tangannya melilau ke sana ke sini bergerak seiring dengan mulut yang lincah menceritakan cerita sebenar kepada Ain.

     "Ouhh okayy I get it now haha ooo kiranya saja nak ajak saya lepak la niii hek eleeh" Ain sengaja menyakat Zul, mulutnya mencebik.

     "Hehehehe bukan selalu dapat peluang nak lepak dengan Cik Ain" Zul mula mengaktifkan mod gediknya. Senyum di bibir tetap terukir, manis terpapar menghiasi wajah yang tampannya itu.

    "Urghh melting gak ah sial cani" bisik Ain di dalam hatinya, dalam diam dia mula mengakui ketampanan lelaki di hadapannya itu.

     Kedua-duanya kemudian menyambung santapan mereka sambil berborak mesra, satu persatu topik dibuka dan Zul merasakan Ain sudah pun selesa dengannya. Setelah beberapa lama mereka menghabiskan masa di cafe itu, Zul melihat jam tangannya,

     "Eh awak, it's about time, nanti awak terlepas bas pulak, jom jom jom gerak" Zul mengingatkan Ain tentang bas yang perlu dinaikinya. Beberapa keping not 50 ringgit dihulurkan kepada pelayan cafe tersebut.

     "Keep the change please, we're late" kata Zul sambil menepuk-nepuk lembut bahu pelayan itu. Zul terus melangkah keluar daripada cafe menuju ke terminal menunggu, Ain hanya menurut sahaja langkahannya dari belakang.

     Mata Ain tajam memandang Zul dari belakang, ada sesuatu sedang bermain di dalam fikiran gadis itu, lalu Ain senyum sekilas, dia sudah tahu apa perlu dia lakukan selepas ini.

     "Macam boleh makan.."

☆ Musafir Kasih, Layar Percintaan ☆Where stories live. Discover now