Bab 3

741 5 0
                                    

      Kelihatan kereta Kia Forte menyusur laju memasuki perkarangan tempat letak kereta Melaka Sentral. Keempat-empat tayar kereta itu laju berputar menandakan pemandunya sedang memecut deras.

       Kereta diparkir, kedengaran bunyi 'handbrake' direntap kuat ke atas, pintu hadapan pemandu dibuka lalu ditendang sehingga terbuka luas oleh pemandu tersebut sebelum sekujur badan menyergah daripada perut kereta lalu menghempas kembali menutup pintu kereta.

       Selepas menekan butang 'lock' pada kunci kereta, Zul membetulkan rambutnya menggunakan pantulan pada cermin hadapan bahagian pemandu. Bajunya yang sudah sedia kemas disapu sapu lagi, tidak mahu ada sebarang habuk yang akan mencacatkan ketampanan dia pada waktu itu.

       Setelah berpuas hati, Zul mula memasang langkah menuju ke suatu arah, dia ingin segera sampai ke McDonald's. Wanita yang berdiri di situ sekian lama akan beredar bila-bila masa sahaja dari sekarang. Dia ingin menggunakan peluang yang terhidang ini untuk menegur Ain, gadis yang di idam-idamkan selama ini maka sebab itulah dia mengambil keputusan untuk berpatah balik memasuki Melaka Sentral 5 minit tadi.

       Apabila Zul sudah berada betul-betul di belakang Ain, dia melakukan pemeriksaan terakhir terhadap dirinya. Rambut disisir kemas menggunakan jari, nafas dihembus ke tapak tangan sebelum dihidu menggunakan hidung untuk memastikan dia tidak akan mematikan mood Ain dengan nafas yang berbau nanti.

       Bajunya sekali lagi disapu-sapu ke bawah sebelum satu nafas yang amat dalam ditarik lalu...

      "Hai Ain"

       Zul menyapa gadis yang berada di hadapannya ketika itu. Ain yang sejak tadi asyik leka bermain Mobile Legends, hampir terlepas telefon bimbitnya dari tangan akibat terkejut. Dia terlompat beberapa langkah ke hadapan sambil berpaling ke belakang melihat ke arah dari mana suara yang menegurnya tadi datang.

       "Erm awak Ain kan?" kata Zul lagi, masih dengan senyuman manis di bibir.

       "Haah ye kenape ek?" Ain menjawab dengan cemas, suaranya tersekat-sekat kerana masih takut dan terkejut.

       "Hehe saya Zul, ala Zul budak ragbi, yang selalu main petang petang kat padang tu" Zul membalas soalan Ain tadi sambil mengambil beberapa langkah ke hadapan merapati Ain.

       "Ouh haah baru cam muka awak, tapi macam mana awak tahu nama saya?"  Ain masih menunjukkan riak wajah terkejut, tangannya sedikit menggigil, pelik dengan lelaki yang entah dari mana datang secara tiba-tiba menegurnya.

       "Tahu nama aku pulak tu!?" bisik Ain sendiri di dalam hati. Zul masih dengan senyuman, dia berdiri betul-betul di hadapan Ain, mata mereka bertembung, terasa ada satu kejutan eletrik terpancar daripada pandangan masing-masing.

       "Hannan banyak cerita pasal awak kat saya, sebabtu saya tahu nama awak" Zul cuba menenangkan Ain, dia tahu perempuan dihadapannya itu masih di dalam keadaan takut dan terkejut. 

       "Awak tunggu bas?" tanya Zul.

       "Haah, balik Kluang japgi pukul 6" Ain memberitahu.

        Tiket yang dari tadi digenggam di dalam tangan kirinya, dibaca sekali lalu. Pipinya masih merah menahan debar dan malu. 

        "Ouh ala sejam setengah lagi, awak tunggu sini lama lama tak pishang ke haha" kata Zul selepas melihat jam tangannya, mengira jarak masa antara sekarang dan masa bas Ain akan bertolak.

        "Jom kita minum dulu? Saya belanja" ajak Zul sambil tersengih-sengih. 

        "Eh takpe lah saya takut lambat nanti" Ain cuba mencari dalih. Dia takut kalau Zul ada niat lain. Namun Ain tidak mampu membuat apa-apa apabila Zul pantas mencapai beg yang tergalas di bahu Ain, dipikul beg itu pada bahunya pula, lengan baju tangan kanan Ain dicapai dan dia menarik perlahan menuruti langkahnya menuju ke kedai mamak di dalam Melaka Sentral itu. 

        Ain tiada pilihan lain, kakinya seperti tidak dapat dikawal lagi apabila dia secara tanpa sedar menuruti sahaja ke mana Zul hendak membawanya. Pasrah dan takut, tetapi dia berasa amat yakin, jauh di dalam hatinya dia tidak merasakan sebarang ancaman hadir daripada lelaki yang sedang mengheretnya itu, Ain dapat merasakan yang Zul berniat baik.

      Lindungi aku, Ya Allah.

☆ Musafir Kasih, Layar Percintaan ☆Where stories live. Discover now