PAP
"Dr. Firna made in Istanbul ni termenung apa?" datang Tisya menyemak di biliknya pula.
Nasib baik dia tidak mempunyai apa-apa temu janji selepas ini.
"You know what? I'll get married soon"
"WHAT?" Gadis ayu berhijab itu terjerit kecil.
"Woi nak jerit agak-agak la" marah Firna.
"Seriously beb? Siapa?" soal Tisya ingin tahu.
"Kau ingat tak patient Tengku tu?" soal Firna.
"Yang handsome tu ke?" soal Tisya.
Firna yang mendengarnya mahu sahaja menunjal dahi kawannya itu.
"Ye. Aku kahwin dengan dia" balas Firna geram.
"WHAT?" sekali lagi Tisya menjerit.
Firna terus merasa mahu mencekik-cekik kawannya itu.
"Apa yang dah jadi ni? Aduh melepas lelaki kiriman Tuhan tu" kata Tisya dengan penuh berdrama.
Firna terus memutarkan bola matanya ke atas tanda menyampah.
"Semalam parents dia datang rumah then melamar aku. Direct terus duh. Tapi mamat tu tak ada. Aunty kata ada kerja sikit" terang Firna.
"Pastu kau terima je?" soal Tisya.
Firna mengangguk.
"Aku fikirkan umi dengan walid je. Ye la dulu beria happy sangat bila tengok aku dah tunang then tiba-tiba tak jadi. Now aku balas la balik. Nak happykan diaorang pula. Walid aku tu pula asyik busy je. Then takkan aku nak sakitkan hati Puan Sri Fasha tu" jelas Firna.
"Oh okay aku faham. Goodluck la weyh. Dah la aku nak sambung kerja aku" pamit Tisya.
"Reti pun nak blah" perli Firna.
Tisya menjeling rakannya itu.
Three days later
"What? Are you serious ma?"
Terkejut bukan kepalang Airiel apabila mengetahui dirinya bakal berkahwin bulan hadapan.
Sudahlah baru saja pulang dari dorm tiba-tiba sahaja mendapat berita yang boleh membuatkannya tidak cukup nafas.
Aidiel yang sedang meneguk minumannya juga hampir sahaja tersembut keluar mendengar berita yang mengejutkan itu.
"La Riel yang bagi greenlight haritu bukannya salah mama" jawab Tengku Qasrin membela dirinya.
"Tapi Ma, I just kidding je" kata Airiel.
Dia mengeluh perlahan. Salahnya juga kerana memandang ringan hal itu tetapi sebaliknya tidak bagi Tengku Qasrin.
"Ah tak ada. Mama dah uruskan semuanya. Airiel bukannya ada calon lain pun kan? Busy dengan game je. Lagipun cuti dua bulan kan? Elok sangat la tu?" bebel Tengku Qasrin.
Yang lain hanya mampu menadah telinga sahaja apabila mendengar wanita itu melontarkan hujah-hujahnya.
"One more mama tak suka kamu rapat-rapat dengan si Azira tu" luah Tengku Qasrin.
"Kawan je ma" balas Airiel.
Wanita itu memandang anaknya tajam. Bukannya dia tidak melihat akaun Instagram milik Azira itu, penuh dengan gambar anaknya sahaja. Kadang-kadang sampai dia terfikir ini akaun milik anaknya atau perempuan itu.
"Kawan pun agak-agak la Riel. Kamu tu dah sama level dengan celebrity. Nanti tak pasal-pasal keluar scandal macam-macam" tegur Tengku Azhar.
Airiel hanya mengangguk sahaja. Malas untuk berdebat kembali.
Fantasia Hospital
Keadaan di luar hospital itu seakan-akan mahu hujan. Firna berdiri di tempat pick and drop off passengers atau kata lain tempat utama untuk masuk ke dalam bangunan hospital. Dia berdiri di situ kerana hari ini dia ke hospital dengan dihantar oleh Faqrul kerana keretanya dihantar service ke workshop. Kemudian pilihan lainnya ialah kereta sport Lamborghini yang terpakir elok di dalam garaj kereta kerana jarang digunakan.
Takkan la mahu ke hospital memakai kereta itu. Gila agaknya. Jadi alang-alang abang kedua itu cuti dia segera meminta lelaki itu menghantarnya ke tempat kerja.
"Dr. Firna Aulya"
Firna tersentak apabila namanya dipanggil.
Dia terlihat seorang jejaka berkaca mata hitam elok bersandar pada kereta Ferarri berwarna hitam di hadapannya ini.
Firna memandang lelaki itu pelik.
"You know me?" soal Firna.
Serentak itu, lelaki itu membuka spek mata hitamnya.
Mata Firna membulat.
"Remember me?" soal lelaki itu bersama sengihannya.
"Oh Tengku buat apa dekat sini? Sakit apa kali ni?" soal Firna mendatar.
"Cantik betul bahasa kau. Kau memang tak tahu atau buat-buat hilang ingatan?" perli Airiel kemudian memakai kembali kaca matanya. Topi Adidas di kepalanya juga dibetulkan.
"Hilang ingatan Encik Tengku" balas Firna sengaja.
"Banyak bunyi la kau. Masuk je la" arah Airiel lalu berjalan masuk ke tempat duduk pemandu.
Orang-orang yang berada di situ mula berbisik-bisik tatkala melihat doktor muda itu bersama seorang jejaka kacak.
Firna cepat-cepat masuk ke dalam kereta lelaki itu.
"Kenapa awak pula yang ambil saya?" soal Firna pelik.
"Ikutkan aku tak nak pun. Mama aku yang beria-ria sangat" kata Airiel lalu memandu keretanya keluar dari perkarangan hospital.
"Then tak payah la ambil" jawab Firna.
'Haish perempuan ni banyak mulut betul. Ada je nak menjawabnya'
"Kau ni tak padan dengan doktor tapi ayat tu menyakitkan hati orang je tahu. Tak pasal-pasal mati patient kau" luah Airiel.
"Pesakit saya dengan awak ialah golongan yang berbeza. So why should I? By the way you're not my patient anymore" bidas Firna.
Memang tak lah dia mahu berlemah-lembut dengan lelaki itu. Buang air liurnya sahaja.
Airiel malas mahu membalas kata-kata gadis itu. Jadi dia terus mendiamkan dirinya.
Melihat lelaki itu diam, Firna juga turut sama mendiamkan dirinya. Telefon pintarnya dikeluarkan lalu aplikasi Instagram menjadi pilihannya untuk menghilangkan bosan.
Perjalanan dari hospital ke rumah banglo milik keluarga Firna kira-kira sejam tetapi jika berlaku kesesakan lalu lintas mungkin mengambil masa sehingga 2 jam.
Kereta Ferarri milik Airiel berhenti di hadapan banglo mewah milik Firna.
"Terima kasih la sebab bazirkan masa awak dengan hati yang tak rela nak ambil saya" kata Firna pedas.
Dia terus mengambil beg tangannya dan turun daripada kereta Airiel.
Kebetulan pula, Farhan dan Puan Sri Fasha berada di laman utama mereka.
Farhan memusingkan badannya sebaik sahaja kedengaran bunyi enjin kereta yang masuk ke perkarangan rumahnya.
"Assalammualaikum" ucap Firna lalu menyalami Puan Sri Fasha yang ralit melihat kereta yang menghantar anaknya.
"Waalaikumsalam" balas mereka berdua serentak.
Farhan melihat ke arah nombor plat kereta itu.
'Macam kenal je'
TBC
YOU ARE READING
APAIXONAR | TERBIT
RomanceWar of Heart #1 To falling in love with someone or something; the act of falling in love Start: 29th March 2019 ©Q-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED