A 03

4.9K 363 2
                                    

Glacier Stadium

VVIP Lounge

Ruang pemerhati VVIP ini disediakan khas buat keluarga pemain yang datang untuk menyaksikan perlawanan yang diadakan.

Puan Sri Fasha mengambil tempat di barisan hadapan yang berhampiran dengan cermin pemerhati. Manakala Firna selamba duduk di barisan di belakang Puan Sri Fasha.

Boleh sahaja dilihat perlawanan itu melalui tv yang disediakan di situ.

Bosan menunggu dia hanya bermain dengan telefon pintarnya.

"Assalammualaikum Kak Fas. Ingatkan tak datang" tegur seorang wanita yang datang lalu duduk di sebelah Puan Sri Fasha.

Mereka bersalaman.

"Eh Qas. Waalaikumsalam. Anak awak macam ni? Farhan cerita kaki dia injured" balas Puan Sri Fasha.

"Haah. Macam tu la kak. Budak degil memang macam tu. Biar dia rasa. Lepas tu bila saya sebut pasal nak carikan calon untuk dia terus dia bagi greenlight. Malas nak kena ceramah la tu" luah wanita itu.

Firna hanya mengabaikan sahaja. Matanya masih menatap skrin telefon pintarnya.

"Sama la dengan anak akak yang bongsu tu" sokong Puan Sri Fasha lalu menjeling Firna di belakang.

"Yang bongsu? Farhan la kan?" soalnya.

"Eh taklah. Yang bongsu tu perempuan" balas Puan Sri Fasha.

Dia berpaling ke belakang. Niat ingin memperkenalkan anaknya kepada wanita itu tiba-tiba pula tempat duduk anaknya itu kosong.

"Perempuan?" terkejut wanita itu dibuatnya.

"Haah tapi dia daripada kecil duduk dengan walid dan bonda saya di Istanbul. Dah tamat Master baru balik Malaysia. Tapi sekarang sambung PhD" terang Puan Sri Fasha.

Sempat dia memikirkan ke mana anaknya itu menghilang.

"Wah. Berapa umur dia?"

"27. Muda setahun daripada Farhan"

"Berpunya dah ke?"

"Tu la Qas, last year baru je putus tunang. Bercinta bagai nak rak akhir sekali lelaki tu tinggalkan dia macam tu je. Anak akak tu pula macam tak terkesan apa-apa. Entah tak ada perasan kot" luah Puan Sri Fasha.

Dia hairan juga melihat anak perempuannya. Putus tunang tetapi tak frust menonggeng pula. Elok sahaja pergi ber-shopping bersama kakak iparnya.

Haih sangat pelik. Kalau perempuan lain, putus tunang tu macam nak mati terputus nyawa sahaja. 

Sedang ralit mereka bersembang, Firna keluar untuk menjawab panggilannya di ruang legar di luar bilik itu.

Tamat sahaja panggilan, Firna hanya duduk ditembok sambil jarinya menaip pada skrin licin itu.

"Fir" Farhan menegur adiknya.

"Eh sorang je ke? Umi?" soal Farhan apabila melihat adiknya sahaja di situ.

"Dekat dalam. Sembang dengan siapa entah" balas Firna lalu menyimpan telefon pintarnya.

"Okay la abang nak kena turun dah. Bye" pamit Farhan. Firna hanya mengangguk.

Buat kali pertamanya dia menonton abangnya secara live di stadium. Dia berjalan masuk kembali ke dalam bilik pemerhati itu. Tetapi tempatnya sudah diambil orang. Jadi dia hanya duduk di barisan belakang.

Sebaik sahaja permainan itu, tamat Firna bergegas keluar kerana mendapat panggilan dari hospital.

"Alahai. Umi, Fir kena pergi hospital ni. Urgent" tuturnya kelam-kabut.

"Hah pergi la nanti umi call Pak Hamid"

"Okay okay bye"

Susuk tubuh anaknya itu terus hilang.

Fantasia Hospital

Firna menanggalkan topeng mulutnya apabila pembedahan yang dijalankan itu selesai. 

"Thanks Dr. Firna sebab datang. Kacau cuti akak je" ucap Dr. Tasneem.

Firna hanya tersenyum kemudian mengangguk.

'Haih nasib badan. Aduh lunyai badan aku kalau macam ni. Nak cuti pun susah'

Firna terus masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya.

"Woi Fir" sebaik sahaja dia keluar selepas menukar pakaiannya, namanya diseru.

Firna berpaling.

"Kau dah kenapa panggil nama aku kuat sampai macam tu sekali?" soal Firna.

"Sorry beb. Eh bukan kau cuti ke?" soal Tisya pelik.

"Haah cuti. Tu ada emergency tadi" balas Firna lalu mencebik.

Cutinya hilang bagaikan debu sekarang ini.

Tisya merangkul bahu kawannya itu.

"Eh tadi aku check patient kau" kata Tisya.

"Patient yang mana?" soal Firna. Sudah tentu pesakitnya bukan seorang dua tetapi ramai.

"Alah VVIP tu. Tengku" terang Tisya.

"Oh okay then?" soal Firna.

"Muka dia macam familiar la. Kau tak rasa ke?" soal Tisya.

Firna mengemaskan ikatan rambutnya.

"Weyh Ya Allah. Semalam Nani bawa aku jumpa dia. Dia langsung tak angkat muka tengok kami. Aduh geramnya" luah Firna. Terlepas juga apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Rugi weyh. Handsome sangat makhluk ciptaan Tuhan tu" Tisya sudah puji lelaki itu melambung.

Firna terus memandang kawannya itu dengan muka menyampah.

"Handsome pun attitude ke laut, kirim salam je la Dr. Tisya oi" kutuk Firna.

Dia terus berjalan meninggalkan kawannya yang masih terbayang-bayang lelaki itu. Malas mahu melayan perangai 'pantang nampak lelaki handsome' si Tisya itu.

Firna mengambil beg tangannya lalu keluar dari biliknya.

"Surgery dah selesai ke doktor?" tegur Nani apabila mereka terserempak di hadapan lift.

"Haah baru je" balas Firna.

"Eh Dr. Firna saya rasa patut doktor jenguk Tengku tu sebab dia dah bising asyik tanya bila boleh discharged" ujar Nani.

Firna memandang Nani.

'Oh yea semalam aku tak melawat pun dia. So better aku pergi tengok kejap'

Firna mengangguk. Dia segera masuk ke dalam lift yang akan membawanya ke tingkat VVIP itu.

Ting

Beg tangannya dibawa dengan betul lalu menuju ke bilik pesakit VVIP itu.

Pintu diketuk terlebih dahulu kerana pesakitnya kelihatan mempunyai pelawat.

Tok tok tok

Airiel mematikan telefon pintarnya.

"Masuk" izin Tengku Qasrin yang sekali lagi datang melawat anak terunanya.

Tengku Qasrin melihat perempuan yang masuk ke bilik wad anaknya itu.

"Cik ni siapa?" soalnya sedikit terpegun melihat perempuan itu.

"Oh saya doktor anak Tengku" balas Firna sedikit lambat.

Airiel hanya memerhati mama-nya dan perempuan itu berbual-bual.

"Oh Dr. Firna? Ingatkan girlfriend Airiel tadi" kata Tengku Qasrin sambil menekankan perkataan girlfriend itu lalu memandang ke arah Airiel.

Namun anaknya tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Eh tak ada la" balas Firna bersama senyuman kelatnya.

'Mati hidup balik pun jangan mimpi la. Ugh'

TBC

APAIXONAR | TERBITWhere stories live. Discover now