A 06

4.7K 374 5
                                    

Sebaik sahaja Firna turun dari keretanya. Airiel terus menanggalkan snapback dan cermin matanya. Selepas mengemaskan rambutnya, dia keluar dari keretanya.

"Siapa hantar kau dik?" soal Farhan.

Kemudian matanya beralih ke arah pemilik kenderaan yang baru sahaja keluar.

"What?" matanya terbeliak.

Sungguh tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Eh Airiel ke?" tegur Puan Sri Fasha.

Airiel menyalami tangan wanita yang menegurnya. Dia hanya mengangguk dan tersenyum tipis.

"Kau buat apa dekat sini bro?"

Airiel terus menoleh apabila terdengar ada suara lelaki yang menegurnya. Tubuh Firna ditolak ke tepi oleh Farhan kerana dia mahu melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas.

'Airiel?'

"Farhan?" Airiel terkejut melihat lelaki yang duduk di atas kerusi besi yang bercorak.

Firna memandang pelik kedua-dua jejaka itu.

"Kau kenal dia?" soal Firna kepada abangnya.

Airiel memandang Farhan tidak berkelip-kelip. Apa yang dilakukan oleh Farhan di rumah keluarga Firna? Fikirnya.

"He is my teammate" ujar Farhan.

"WHAT?" Firna terjerit apabila mengetahui hubungan antara dua lelaki itu.

'So dia a football player too?'

Airiel memandang Farhan dengan wajah yang menginginkan penjelasan.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Airiel.

"La ni rumah aku and she is my younger sister" terang Farhan.

"Adik kau? Tak pernah tahu pun" kata Airiel.

"Memang pun. Semua orang tak tahu aku ada adik perempuan. Dah made in Istanbul mana nak duduk Malaysia" perli Farhan lalu menjeling adiknya.

"Whatever" balas Firna menyampah.

"La tunang adik ni kawan kamu ke Farhan?" celah Puan Sri Fasha yang sudah lama memerhati.

"Hah tunang? Dia tunang adik? Biar betul?" soal Farhan bertalu-talu.

Firna yang malas mahu mendengarnya terus masuk ke dalam rumah meninggalkan tiga manusia itu di sini.

Airiel hanya diam tidak berkutik di tempatnya.

Puan Sri Fasha dengan bangganya mengangguk. Farhan terus memandang ke arah kawannya itu.

"Er—okay la aunty, Riel balik dulu" pamit Airiel.

Farhan pula masih lagi menayangkan muka tidak percayanya.

'Seriously? Dia tunang Fir?'

Telefon pintarnya terus dihidupkan. Nama Airiel dicari.

Airiel

Kau biar betul bro?

Since when ni?

Bukan kau dengan Azira ke?

Kau jangan macam-macam Riel. Adik aku tu

Aku nak meet kau

Badan dihempaskan ke atas katil.

APAIXONAR | TERBITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang