Airiel menadah telinga mendengar bebelan daripada Tengku Qasrin.
"Haish macam-macam la kamu ni Riel. Aduh geramnya mama"
Sempat dia membebel sambil dia menyediakan makanan buat anaknya itu.
"Cepat sikit kahwin baru tenang mama ni kalau dengar kamu masuk hospital" sambungnya lagi.
Airiel hanya menghadap akaun media sosial miliknya. Membaca komen-komen yang membanjiri gambarnya.
"Ma I'm still young" bantah Airiel.
"Young or old. I don't care. If not mama carikan. Habis cerita"
"Suka hati mama la" Airiel mengalah.
Tengku Qasrin yang mendengarnya terkebil-kebil.
'Betul ke anak aku ni? Dia bagi greenlight?'
Dalam diam wanita itu tersenyum.
'Haish senyap pun'
Airiel mula menikmati makan malamnya yang dimasak oleh Tengku Qasrin sendiri.
"Hah ni mama dengar Dr. Hajar dah cuti, so siapa ganti dia?" soalnya ingin tahu.
Airiel menjongket bahunya. Tetapi dia ada dengar jururawat itu memaklumkan kepadanya. Doktor itu juga turut serta. Kemudian hilang.
"Kamu ni ambil peduli la sikit. Aduhai. Parah betul. Kaki yang injured bukannya otak sekali injured" omel Tengku Qasrin geram.
"Mama je la pergi tanya. Riel malas nak ambil tahu. I just want to know bila boleh keluar je" balas Airiel selamba.
Tengku Qasrin terus keluar dari bilik anaknya itu lalu ke kaunter yang terletak pada bahagian hadapan tingkat itu.
"Assalammualaikum" ucapnya.
Nani yang berada di kaunter terus bangun lalu menunduk.
"Waalaikumsalam. Ye Tengku?" soalnya.
"Eh Nani ke. Ala panggil aunty je. Ni aunty nak tanya siapa nama doktor yang take over Dr. Hajar punya jadual?" soal Tengku Qasrin.
"Oh Dr. Firna Aulya. Pagi tadi saya ada bawa dia berjumpa dengan anak aunty tapi hrm dia macam tak kesah je so Dr. Firna check monitor je la" jelas Nani dengan teliti.
"Oh Dr. Firna Aulya. Terima kasih Nani. Selamat malam"
"Sama-sama aunty. Selamat malam juga" balas Nani lalu menyambung pekerjaannya semula.
"Dr. Firna Aulya hrm sedap nama tu" sebutnya.
Entah mengapa dia tertarik untuk berjumpa dengan doktor perempuan itu.
Tengku Qasrin kembali masuk ke dalam bilik perseorangan anaknya. Namun, Airiel sudah pun terlelap.
Tengku Qasrin mula mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Anaknya itu pula pandai-pandai la jaga diri. Tu la cuai sangat.
Akhirnya terpaksa berkurung di dalam hospital.
Meanwhile
Farhan duduk di sebelah adiknya yang sedang khusyuk menaip pada papan kekunci MacBook-nya.
"Adik" tegur Farhan.
"Hrm" hanya itu yang dibalasnya kerana dia masih tekun menghadap skrin MacBook di atas ribanya.
"Abang pergi hospital adik tadi, tapi tengok-tengok adik dah balik" ujar Farhan.
"Abang buat apa dekat sana? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba datang. Sorry sikit I won't tayang-tayang my family dekat sesiapa okay" kata Firna.
Farhan mencebik. Sememangnya hal peribadi keluarga mereka sangat tertutup. Dia yang sebagai tarikan umum juga masih tidak mendedahkan identiti keluarganya kecuali Firhad dan Faqrul kerana dia sering memuat naik gambar mereka bertiga di akaun media sosialnya. Tambahan pula mereka bertiga menjadi pujaan kaum Hawa kerana memiliki rupa paras yang kacak.
"Perasan betul kau ni. Abang melawat teammate abang masuk hospital. Kaki dia injured" balas Farhan.
"Oh ingatkan nak tolong apply jadi cleaner" perli Firna.
"Ya Allah budak ni" Farhan geram dengan adiknya itu.
Manakala Firna masih tenang menyiapkan kerjanya dan langsung tidak menghiraukan kata-kata yang dilontarkan si abang.
"Malas cakap dengan adik" rajuk Farhan.
Firna memutarkan bola matanya ke atas.
"Me too"
MacBook ditutup.
"Esok abang ada game, datanglah teman umi" ujar Farhan.
"Kalau rajin" balas Firna.
"Eh bukan kau cuti ke esok? Datang je la. Pemalas betul" kata si abangnya.
Firna yang sudah bangun daripada sofa itu terus memandang tajam ke arah Farhan.
"Ye la. Ish. Eh kau bukan patutnya duduk dorm ke?" soal Firna pelik.
Sanggup dia berpatah balik dan berhenti di hadapan abangnya itu.
"Malas. Lagipun tu friendship game je. Bukannya penting pun. Esok aku balik la sana. Menghalau betul" terang Farhan.
Firna menjeling Firna lalu naik ke biliknya. Malas berlama di situ lagi-lagi mendengar ayat-ayat Farhan yang sungguh annoying itu.
08:00
Airiel melihat seseorang masuk ke dalam wadnya.
Orang itu memakai kot putih serta berhijab.
"You're the one who replaced Dr. Hajar?" soal Airiel.
Nametag doktor itu dipandang sekilas.
SURGEON DR. NUR TISYA SYUHADA
"Maaf bukan saya. Doktor yang ganti Dr. Hajar cuti harini sebab dia baru balik daripada kursus. Esok dia masuk balik" terang Tisya.
Dia memandang wajah lelaki itu.
'Apasal muka patient Firna ni macam familiar je? Hrm whatever'
Dia terus memeriksa keadaan Airiel kemudian meninggalkan ulasannya pada skrin monitor yang diletakkan pada dinding.
"Hrm kalau esok doktor tu masuk, Tengku boleh la tanya dia bila Tengku boleh discharged. Sebab tak ada apa sangat dah ni" jelas Tisya.
"Oh okay thanks" ucap Airiel bersama senyuman pendeknya.
Tisya hanya mengangguk kemudian beredar.
Dia menyilangkan tangannya ke dada. Jari telunjuk sebelah kanannya dibawa ke dagu mengetuk dagunya itu.
"Asal macam pernah nampak? Haish"
"Selamat pagi Dr. Tisya" ucap dua jururawat yang melintasinya.
Tisya hanya membalasnya dengan senyuman kemudian mengangguk.
TBC
YOU ARE READING
APAIXONAR | TERBIT
RomanceWar of Heart #1 To falling in love with someone or something; the act of falling in love Start: 29th March 2019 ©Q-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED