"Gila la weyh. I still can't move on yang dia tu tunang kau. Like seriously? Am I dreaming?" tutur Tisya.
Firna memutarkan bola matanya.
"This is so unexpected beb" ujar Tisya lagi.
Firna membawa cawan minuman yang dibelinya ke bibir.
"Kau ni kenapa? Aduh kalau kau nak ambil la. Gantikan tempat aku" balas Firna selamba.
Tisya terus memandang Firna.
"Eii tak nak aku. Macam beza sangat je. Kalau kau dengan dia ye la match. Dia tu football star and you're an idol doctor. Oh my God what a match from heaven"
PAP
Tidak semena-mena kepala Tisya yang dilapik dengan tudung itu diketuk oleh Firna menggunakan telefon pintarnya.
"Cakap tu elok sikit. Aduhai" kata Firna.
Tisya mengusap kepalanya. Dia mencebik.
"Betul la. Eh kalau Dr. Arash tahu ni confirm retak seribu hati dia weyh" ujar Tisya apabila teringat akan doktor lelaki yang menyimpan perasaan terhadap kawannya itu.
"Eh dia tu. Tak ada masa aku nak layan. Semak je. Sedarlah diri dah 3 series cari la yang match sikit. Aku muda lagi okay" bidas Firna.
Tisya mula tergelak mendengar kata-kata kawannya itu.
Firna melihat jam tangan Fossil yang tersemat kemas pada pergelangan tangannya.
"Jom lah balik. Esok aku kerja pagi lagi" luah Firna.
Tisya hanya mengangguk kemudian mereka mula meninggalkan mall itu.
Tet
Selepas mengunci keretanya, Airiel mengatur masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, seorang kanak-kanak perempuan berlari lalu memeluk kakinya.
"Daddy Riel" jerit kanak-kanak itu dengan gembiranya.
Airiel tersenyum. Kanak-kanak itu terus didukungnya.
"Eh bila Nana sampai ni?" soalnya kepada kanak-kanak berusia 3 tahun itu.
Langkah diatur masuk ke ruang tamu. Terlihat kakak iparnya sedang bersembang bersama Tengku Qasrin. Dia perasan juga kereta Mercedes Benz yang elok terpakir di dalam garaj itu milik kakak iparnya.
"Hah Riel baru balik? Keluar pergi mana?" tegur Tengku Qasrin.
"Dengan Farhan tadi" balas Airiel pendek lalu melayan kehendak anak buahnya.
"Nana don't do that to your uncle" tegur Mia.
Sememangnya anaknya itu betul-betul manja ketika bersama dengan adik kepada suaminya itu.
"It's okay Kak. Tidur sini ke?" soal Airiel.
"Haah. Abang Aidiel oustation" balas Mia.
Itulah yang dilakukan setiap kali suaminya outstation. Dia pasti akan pulang ke rumah mentuanya memandangkan keluarganya tinggal di Brunei.
"Mama mama can I sleep with daddy Riel?" soal Nana lancar bertutur dalam bahasa itu.
"No you can't. Daddy needs his rest too" tegah Mia.
Airiel terus memandang kakak iparnya.
"It's okay Kak. Let her sleep with me. I'm fine" balas Airiel.
Mia mengeluh.
"Biarlah Mia. Nanti Riel dah kahwin, Nana tak boleh nak bermanja dengan dia lagi" celah Tengku Qasrin.
"Hah Airiel nak kahwin? Abang Aidiel tak bagitahu pun. Bila?" soal Airiel terkejut.
"Aidiel lupa maybe. Haah dengan anak Tan Sri Faizal. Mia kenal?" soal Tengku Qasrin.
"Tan Sri Faizal? Bukan semua anak dia lelaki ke?" dia terus memandang ke arah Airiel.
"Agak-agak la kak nak kata Riel ni gay pun. Aduh" kata Airiel apabila Mia sudah memandangnya semacam.
"Eh betulkan. Anak Tan Sri Faizal bukan ke tiga-tiga tu lelaki. Yang Farhan tu your teammate right?"
"Anak bongsu Tan Sri Faizal tu perempuan. Tapi sejak kecil tinggal dekat Istanbul sampai habis belajar then baru balik Malaysia. Cantik orangnya" terang Tengku Qasrin.
Manakala Airiel meluat pula mendengar wanita itu memuji Firna.
"Oh I see. Sebab ye la Tan Sri Faizal tu semua orang kenal along with his sons tapi Mia tak tahu pula dia ada daughter"
"Yea mama pun baru tahu. Puan Sri Fasha kata anak dia tu tak suka jadi mata-mata media. But she's quite interesting for me. Muka dia tak sesuai dengan her job" terang Tengku Qasrin.
"Oh kerja apa?"
"Mama yakin if you see her face and her occupation you won't believe it. She's a specialist. Doktor pakar dekat Fantasia Hospital" balas Tengku Qasrin.
"Wow I can't wait to meet her. Muda lagi ke ma?" soal Mia teruja.
"27 dah ada PhD. You think?"
"Oh my goodness"
"Ma and Kak dah-dah la tu banggakan sangat your future daughter-in-law tu" kata Airiel lalu mengangkat Nana yang sudah terlena di ribaannya.
"You're so lucky Airiel" tutur Mia dengan muka yang benar-benar teruja.
Airiel tidak menghiraukannya lalu mengatur langkah untuk naik ke biliknya.
Langsung dia tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut soal perempuan itu. Keputusan ini juga diambil oleh Tengku Qasrin tanpa bertanya akan pendapatnya. Jadi pandai-pandai la mama-nya menguruskan semuanya.
Dia malas untuk masuk campur. Jika berkata dia keras kepala, sama sahaja seperti mama-nya. Dua-dua sama suka sangat mempertahankan pandangan masing-masing.
Malam mula melabuhkan tirainya.
Airiel malas untuk berfikir banyak mengenai hal itu. Menyemakkan fikirannya sahaja. Banyak lagi yang dia perlu fikir selain daripada angan-angan Tengku Qasrin yang ingin melihat dia naik ke pelamin.
TBC
YOU ARE READING
APAIXONAR | TERBIT
RomanceWar of Heart #1 To falling in love with someone or something; the act of falling in love Start: 29th March 2019 ©Q-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED