"Dr. Firna ada patient nak jumpa" ujar jururawat yang tercungap-cungap mengejar langkah doktor muda itu.
Doktor muda itu mengangguk kemudian mengikuti langkah jururawat bertubuh genit yang rendah daripadanya.
Firna mula pelik apabila, jururawat itu membawanya ke tingkat terletaknya VVIP suite.
"Erm nanti. Kenapa kita dekat sini?" soal Firna pelik.
"Oh. Dr. Hajar tak bagitahu ke yang doktor kena uruskan one of her patient harini" balasnya.
Firna menggeleng.
"Oh tak apa la. Doktor ikut saya" tuturnya dengan lemah lembut.
Mereka tiba di hadapan VVIP suite bernombor 8. Firna hanya mengekori jururawat itu masuk ke dalam.
"Erm Tengku. This is your new doctor, orang yang menggantikan Dr. Hajar buat sementara waktu" ujar Nani kepada lelaki yang sedang melihat skrin telefon pintarnya.
"Okay" balasnya bersahaja tanpa memandang ke arah mereka berdua.
Tanpa membuang masa, Firna terus melangkah ke arah iPad yang terletak pada dinding di tepi katil pesakit itu
Name: Tengku Airiel Hazryel
Age: 28Firna terus memandang ke arah kaki lelaki itu yang sudah berbalut.
"Saya rasa Tengku hanya perlu berehat buat masa sekarang" ujar Firna.
"I know" balasnya mendatar.
Mukanya masih tidak diangkat. Firna hanya mampu bersabar melihat pesakitnya itu.
"Saya keluar dulu" pamitnya.
Dia terus beredar dari bilik.
"Ya Allah biar betul mamat ni. Haish kenapalah Dr. Hajar ada pesakit macam dia" omel Firna geram.
"Erm Dr. Firna" Nani pula serba salah mahu menegur doktor muda itu.
Firna terus memandang Nani.
"Sebenarnya, doktor dah ditugaskan untuk berpindah ke tingkat ini atas arahan pengarah hospital semalam dan ambil alih tugas Dr. Hajar sebab dia dalam cuti bersalin" terang Hani.
"Oh baiklah. Mungkin dia tak sempat maklumkan kepada saya. Lagipun saya baru balik daripada kursus di Korea dua hari lepas" balas Firna.
"Saya pergi sambung kerja saya ye"
Firna mengangguk.
Dia kembali menatap perspek yang tertulis nama pesakit yang menetap di bilik itu.
'Tengku Airiel Hazryel. Harap nama je sedap tapi perangai ugh pencemaran mata je'
Setelah puas mengutuk lelaki itu di dalam hatinya dia terus beredar.
Tepat jam 5 petang dia mengemas barang-barangnya untuk pulang sebelum itu dia terpaksa memeriksa seorang pesakit VVIP-nya terlebih dahulu.
Dia tiba di tingkat khas yang menempatkan pesakit VVIP.
Mahu sahaja dia menolak pintu itu, kedengaran gelak tawa yang sangat riuh-rendah dari dalam bilik itu. Dia melihat pada cermin yang terdapat pada pintu bilik itu.
Kelihatan ramai lelaki yang berada di situ. Melihat keadaan itu dia terus mengabaikan niatnya untuk masuk ke dalam.
Langkah diteruskan meninggalkan bangunan hospital.
"Hai Dr. Firna. Nak balik dah ke?" tegur suara itu.
Firna mula meluat mendengar suara itu menegurnya.
"Ya Dr. Arash, I nak balik dah ni takkan baru nak masuk kerja kot" perli Firna.
Kunci kereta Audi R8 V10 miliknya dikeluarkan dari beg tangannya.
"Amboi garang pula doktor harini. Banyak patient ke?"
"Maaf la Dr. Arash, I nak kena balik dah ni. Assalammualaikum"
Tanpa menunggu lelaki itu menjawab dia terus masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta.
Doktor lelaki itu pula masih setia berdiri di sebelah kereta milik Firna.
Hanya jelingan tajam diberikan kepada lelaki itu kemudian dia terus memandu keretanya keluar dari hospital swasta itu.
"Assalammualaikum" laung Firna sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Puan Sri Fasha yang berada di dapur membantu maid terus berjalan ke pintu utama.
"Waalaikumsalam" jawabnya. Firna segera menghampiri wanita itu lalu tangannya disalami.
"Banyak patient ke harini?" soal Puan Sri Fasha.
"Not bad, Fir kena ganti Dr. Hajar cuti bersalin" luah Firna.
"Already? Anak dia dah tiga kan?" soal Puan Sri Fasha meminta kepastian.
"Haah" balasnya acuh tak acuh.
Puan Sri Fasha mengeluh.
"Bila pula umi boleh pegang baby ni?" sengaja dia berkata begitu di depan anaknya.
Firna yang baru sahaja ingin menyumbat macaroon ke dalam mulutnya terbantut.
"Ala Kak Long nak due dah. Lagi berapa minggu je lagi. Then merasa la umi nak timang cucu" kata Firna mengingatkan kakak iparnya yang sudah hampir dengan tarikh due.
"Itu daripada Along, umi nak daripada kamu" balas Puan Sri Fasha membetulkan tanggapan anaknya itu.
Firna mengeluh.
"Umi, Angah pun still bujang lagi and then Achik pun" katanya yang cuba membela dirinya.
Bayangkan dia anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan di dalam rumah ini tetapi uminya sudah mendesak untuk berkahwin. Sedangkan dua lagi abangnya yang berada di atasnya juga masih membujang.
Mungkin kerana dia pernah bertunang kemudian putus jadi itu Puan Sri Fasha menganggapnya dia bakal berkahwin awal. Tetapi sudah bukan jodohnya bersama bekas tunangnya.
Inilah hidup mesti ada sahaja halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi.
"Umi kata je. Mana tahu kamu still teringatkan bekas tunang kamu tu" luah Puan Sri Fasha.
"Past is past umi. Dia yang tinggalkan Fir buat apa nak ingat. Bazir masa je. Dah la Fir naik atas dulu nak mandi and solat" balas Firna.
Dia balik tidak suka apabila isu bekas tunangnya itu naik.
Langkah diatur mendaki tangga naik ke tingkat tiga. Itulah rutinnya jika berada di rumah. Membuang lemak dengan mendaki tangga ke biliknya.
Dia Firna Aulya, 27. Bekerja sebagai doktor di Fantasia Hospital sebaik sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang PhD di usia yang sangat muda. Dia pernah bertunang setahun lalu bersama kekasihnya. Namun terputus dipertengahan jalan oleh lelaki itu sendiri.
Dia mempunyai 3 orang abang. Yang sulung Firhad Aniq, 32 tahun bekerja sebagai COO di syarikat keluarga mereka dan sudah berkahwin bersama seorang majistret. Yang kedua, Faqrul Aiman, 30 tahun bekerja sebagai pilot dan masih bujang. Yang ketiga, Farhan Aril, 28 tahun dan seorang pemain bola sepak yang masih bujang.
Firna meletakkan beg tangannya di rak bag yang tersusun kemas. Langkah diatur masuk ke dalam bilik mandi.
YOU ARE READING
APAIXONAR | TERBIT
RomanceWar of Heart #1 To falling in love with someone or something; the act of falling in love Start: 29th March 2019 ©Q-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED