A 04

4.8K 362 4
                                    

Firna berjalan menghampiri katil Airiel. Dilihat kaki lelaki itu.

"Lusa Tengku dah boleh balik dah ni" ujar Firna. Nada suaranya berubah. Mungkin geram akan lelaki itu.

"Are you sure?" soal Airiel lalu memandang wajah doktor perempuan itu.

Mata mereka bertembung.

"Yea I'm pretty sure. Because I heard you keep asking bila boleh discharged. So lusa Tengku dah boleh keluar. But still can't walk" terang Firna.

Airiel hanya mengunci mulutnya.

"Kalau tak ada apa-apa saya nak balik" kata Firna.

"Oh yea aku dengar kau cuti. So kau datang sini just nak melawat aku ke?" Airiel mula membuka mulutnya.

Firna berdecit.

"I have an emergency call just now tu yang kena datang. Just wasting my time je nak melawat Tengku ni. Assalammulaikum" luah Firna lalu beredar.

Nasib lah Tengku Qasrin tiada di situ. Kalau tidak mahu dilabel perempuan kurang ajar.

Airiel memandang perempuan itu geram.

'Aku fikir kau doktor aku je. Harap je mulut kecil tapi ayat dia bukan main pedas lagi'

Firna menutup pintu biliknya. Beg tangannya dicampak ke atas sofa manakala tubuhnya dihempas di atas tilam bersaiz king itu.

"Cuti aku lebur" jeritnya.

Lama-kelamaan kelopak matanya tertutup akibat kepenatan.

One week later

Awal pagi lagi sudah kedengaran bunyi enjin kereta Audi Firna memecah kesunyian pagi hujung minggu itu.

Dia masuk ke dalam rumah. Kot putihnya disangkut pada lengan kirinya. Akhirnya, syif malamnya telah tamat selepas 5 hari berturut-turut dia menjadi burung hantu.

"Hah Fir rehat la dulu. By the way kawan umi nak datang malam ni. Jangan tertidur pula" pesan Puan Sri Fasha.

Firna hanya mengangguk lemah. Dia masih melayankan penatnya itu.

'Kawan? Ada-ada je la umi ni'

Meanwhile

Tengku Qasrin menghidangkan air buat suaminya.

"Abang dah fikir belum pasal apa yang saya cakap tu?" soal Tengku Qasrin.

Tengku Azhar memandang isterinya.

"Awak ni betul ke nak meminang anak Tan Sri Faizal tu?" soal Tengku Azhar meminta kepastian.

"Ya. Kak Fas pun setuju. Lagipun Kak Fas cerita, anak dia pernah putus tunang dulu. Saya rasa dia mesti ikut je cakap family dia" jelas Tengku Qasrin.

"Habis tu Riel? Awak dah discuss dengan dia?" soal si suami.

"Alah haritu dekat hospital dia dah bagi greenlight. Alah abang apa salahnya. Kalau nak tunggu dia tu bawa menantu memang lambat lagi kot agaknya. Anak-anak kita yang sepatutnya berkahwin semuanya dah kahwin, dia je belum. Malu sikit adik kahwin dulu daripada abang" omel Tengku Qasrin berjela.

Muka Tengku Azhar sudah pasrah.

"Ye la Qas. Ikut awak la. Jangan Airiel tu buat hal sudah la. Airiel dengan si Aidiel tu lain" pesan Tengku Azhar.

Tiba-tiba sahaja teringat akan perangai anak sulungnya Tengku Aidiel Haydel yang benar-benar menurut kata. Tetapi anaknya itu berkahwin dengan pilihannya sendiri. Lagipun umur sudah masuk 30 tahun. Kemudian, anak keduanya Tengku Airiel Hazryel yang jauh sikit menyimpang perangainya. Sudah 28 tahun tetapi masih belum mendirikan rumahtangga. Alih-alih anak ketiganya yang perempuan itu, Tengku Aiffa Hedina berkahwin dahulu walaupun baru berusia 25 tahun. Anak keempatnya, Tengku Ainna Herina, 22 tahun masih lagi menyambung pelajarannya. Dan yang bongku Tengku Aireen Hezreen, 20 juga masih belajar.

Jadi Airiel sahaja yang berada di tengah-tengah di antara Aidiel dan Aiffa masih membujang.

Terkejut juga apabila dia mendengar hasrat isterinya itu. Macam tidak percaya pula ketika mendengar perihal itu. Apa-apa pun dia hanya menyokong. Isterinya itu tahu apa yang terbaik buat anak-anak mereka.

Ting tong ting tong

Pembantu rumah membukakan pintu.

"Jemput masuk Tengku, Puan Sri sedang memanggil anaknya" ujar pembantu rumah.

Qasrin hanya mengangguk. Kemudian mereka diiringi ke ruang tamu. Semasa ingin duduk, Tengku Qasrin memandang ke sebuah potret keluarga kawannya.

Terlihat seorang gadis yang berdiri di antara dua lelaki.

"Macam pernah nampak je" gumamnya perlahan.

"Apa awak kata?" soal Tengku Azhar.

Tengku Qasrin menggeleng. Tetapi dia yakin dia pernah lihat wajah gadis itu secara berdepan.

"Eh maaf lah dah lama ke tunggu?" soal Puan Sri Fasha.

"Tak ada baru je" balas wanita itu.

"Kejap"

"Fir cepatlah" panggil Puan Sri Fasha.

Seorang gadis turun daripada tangga sambil menjawab panggilan telefonnya. Sebaik sahaja panggilan itu tamat dia terus berjalan masuk ke ruang tamu.

"Sorry ada call tadi" ucapnya.

Tengku Qasrin memandang anak kawannya itu.

"Dr. Firna"

Firna tiba-tiba membeku.

"Eh" matanya berkelip-kelip.

'Macam pernah jumpa la'

"Kenal dah ke?" soal Puan Sri Fasha pelik.

"La anak akak ke? Dia lah yang jadi doktor Airiel dekat hospital tu"

Firna hanya mempu tersenyum kelat.

'Mampus kau Fir'

"Tapi kejap je" sambungnya lagi.

Firna menelan air liurnya payah. 

"Oh ye ke. Baguslah tu. At least dah kenal" tutur Puan Sri Fasha lalu memandang anaknya yang menayangkan muka polos itu.

"Firna, aunty dengan uncle datang ni ada hajat" luah Tengku Qasrin.

"Hajat? Apa dia aunty?" soal Firna pelik.

"Kami nak meminang Firna buat Airiel"

"Apa dia? What?" Firna terkejut lalu berdiri.

"Fir sit first"

Kotak hitam yang tertulis Tiffany&Co itu diletakkan di atas meja.

Firna hanya tersenyum kelat.

'Aku dengan mamat tu? Alahai mampus'

"Macam mana Firna?" soal Tengku Qasrin.

Firna terus memandang umi-nya. Wanita itu benar-benar menayangkan wajah gembiranya. Dia tahu uminya berharap agar dia berkahwin tetapi argh ini semua sangat merumitkan.

"Fir—Firna setuju" balasnya.

Hatinya kini benar-benar tidak rela. Tetapi demi keluarganya dia sanggup berbuat apa-apa. Jika dulu umi dan walidnya merestui hubungannya kenapa sekali tidak dia yang membalas jasa mereka.

"Betul ni? Terima kasih Fir sebab terima anak aunty. Maaflah Airiel tak dapat datang sebab ada kerja sikit" luahnya.

Firnya hanya tersenyum tawar.

'Tak sangka after setahun aku akan jumpa pengganti baru'

TBC

APAIXONAR | TERBITWhere stories live. Discover now