A 08

5.6K 371 7
                                    

Firna berdiri di hadapan vending machine untuk menunggu latte yang dibelinya sebentar tadi.

Baju navy blue berlengan pendek serta seluar senada warna dengannya masih tersarung kemas pada tubuhnya. Ini kerana dia baru sahaja keluar dari surgery room, membantu salah seorang seniornya untuk menjalankan proses pemindahan hati.

Cawan kertas itu terus diambil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cawan kertas itu terus diambil. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket bajunya. Beberapa anak rambutnya yang terjuntai pada dahinya terus diselitkan di belakang telinga.

"Dr. Firna"

Mendengar ada suara yang melaungkan namanya terus dia memusingkan kepalanya.

Nani berhenti di hadapannya.

"Kenapa Nani?" soal Firna tenang.

"Ada orang nak jumpa doktor dekat cafe"

"Ada orang nak jumpa saya? Oh okay. Saya nak pergi tukar baju dulu. Thanks" ucap Firna.

Nani mengangguk. Firna terus melangkah ke arah bilik persalinan untuk menukar pakaiannya.

Hospital Cafe

Firna mengemaskan rambutnya yang dibiarkan sahaja lepas.

Dia berjalan masuk ke cafe yang mula dihuni oleh orang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia berjalan masuk ke cafe yang mula dihuni oleh orang. Sebaik sahaja dia masuk, matanya tertacap pada seorang lelaki yang memakai snapback Nike bersama rayban.

Dia terus melangkah ke arah meja yang terletak agak tersembunyi daripada meja-meja lain.

Dia berhenti di hadapan lelaki itu.

"Awak ke yang nak jumpa saya?" soal Firna. Kedua-dua belah tangannya masih berada di dalam kot putihnya.

Airiel menurunkan sedikit rayban-nya lalu melihat ke arah gadis yang berdiri di hadapannya.

"Duduk la. Datang je terus bising" perli Airiel lalu menolak kembali kaca matanya rapat ke muka.

Firna mendengus.

"Hah sakit apa pula kali ni?" soal Firna kasar.

Harap sahaja mukanya polos tetapi perangainya tidak setanding wajah innocent yang dimilikinya.

"Sakit jiwa bila mama aku suruh aku kahwin dengan kau" balas Airiel.

Firna memandang Airiel lalu berdecit.

"Kalau sakit jiwa pergi hospital mental. By the way saya tak hingin pun nak kahwin dengan awak. Buang masa saya sahaja" luah Firna geram.

Lelaki di hadapannya ini tidak habis-habis mahu menguji tahap kesabarannya.

"Aku just nak bagitahu kau, after kita kahwin sekalipun, kau dengan hal kau and aku dengan hal aku. Jangan nak sibuk or halang aku nak rapat dengan mana-mana perempuan" tutur Airiel.

Firna memandang Airiel.

"I think I will never care about you and your business. Okay deal" balas Firna selamba.

"One more aku nak majlis ni diadakan private. Aku tak nak orang luar tahu" tutur Airiel.

"Okay" balas Firna tidak berperasaan. Langsung tidak kesah dengan hasrat lelaki itu.

"Lagipun kau dah tahukan aku ni Justivian player?" soal Airiel.

Firna hanya mengangguk malas.

"So aku akan jarang ada dekat rumah. So kau boleh je nak tinggal dekat mana-mana yang kau suka" kata Airiel.

"Baguslah. Saya rasa boleh roboh rumah kalau duduk dengan awak ni" balas Firna pedas.

"Aku tak faham macam mana kau boleh jadi doktor"

"Saya belajar perubatan la. Saya lagi tak faham macam mana awak boleh jadi pemain bola sepak kalau asyik cedera je" tembak Firna kembali.

Geram dengan perlian lelaki itu.

"Aku berlatih la. Takkan main masuk je. Tu pun tak boleh fikir ke" balas Airiel kembali.

"Ish dah la. Saya ada banyak kerja lagi. Bye" tutur Firna geram.

Ikutkan hatinya mahu sahaja dia mengoyakkan mulut lelaki itu dengan pisau bedahnya. Ada sahaja modal untuk menyakitkan hatinya.

Airiel hanya tersenyum sinis menghantar pemergian Firna.

Ada juga dia terdengar beberapa orang jururawat berbisik-bisik ketika Firna mengangkat kakinya pergi dari situ.

"Siapa lelaki dengan Dr. Firna tu?"

"Tak tahu weyh. Tapi macam handsome je. Omg untungnya Dr. Firna tu. Dah la dia cantik, hot lagi"

"Tu la. Aku ada dengar ramai doktor lelaki cuba try Dr. Firna tu tapi haish doktor tu pandang sebelah mata pun tak"

"Doktor kita tu cantik macam model tak sesuai pula jadi doktor"

"Hah tu la. Tengok dekat Instagram pun famous semacam. Aku terfikir siapalah keluarga dia"

Airiel terus beredar. Malas mahu mendengar perbualan dua jururawat itu.

"Hai Dr. Firna. Busy ke?"

Firna yang sedang menyemak rekod pesakitnya di hadapan komputer yang terletak di kaunter jururawat terus menoleh ke sisinya.

Terlihat Dr. Arash yang tersenyum ke arahnya.

"Eh you tak nampak ke I tengah goyang kaki je ni" sindir Firna.

Apakah lelaki itu tidak dapar melihat apakah yang sedah dilakukan olehnya?

Kesian nama je doktor tapi buta.

Dr. Arash tersengih malu. Belakang lehernya diusap.

"Doktor free tak malam ni?" soal Dr. Arash.

"Sorry Dr. Arash but I'm very expensive. Sorry I busy" balas Firna menyampah lalu segera beredar.

"Eh dokto—" tanpa sempat lelaki itu cuba memanggil gadis itu kembali, susuk tubuh Firna sudah hilang.

"Haih doktor tak habis-habis lagi ke kejarkan Dr. Firna tu" sindir Jane.

Dr. Arash hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata jururawat berbangsa Perancis itu.

Jane hanya menggelengkan kepalanya. Tidak faham dengan doktor lelaki itu. Orang dah tolak bukannya nak putus asa malah makin berterusan cuba menawan hati doktor muda elegant itu.

Ya siapa sahaja tidak mahu beristerikan perempuan seperti Dr. Firna, sudahlah cantik, berpendidikan, budi pekertinya juga baik tetapi sekali dia mengamuk habis satu jabatan itu seperti dilanggar puting beliung.

Sebab itulah ramai sudah berkata-kata jangan tertipu dengan kecantikan serta muka polos gadis itu.

Jangan menilai seseorang itu hanya kerana luarannya sahaja.

Dia baik tetapi menakutkan.

TBC

APAIXONAR | TERBITWhere stories live. Discover now