DI KEDAI ( BERDEKATAN DENGAN UNIVERSITI )
"Qairi!!!"
Kedengaran bunyi jeritan seseorang yang sedang memanggil Qairi dari jauh. Tanpa membuang masa, Qairi terus mengalihkan pandangannya ke belakang. Terlihat seseorang iaitu Qistin yang sedang berlari menuju ke Qairi.
"Qairi, aku nak minta tolong kau bol -
Belum sempat Qistin menghabiskan percakapannya Si Qairi dah memotong pecakapan.
"Eh kejap kejap, aku rasa aku tau kau nak aku tolong apa, mesti kau nak aku hantar kau balik (universiti) kan sebab ni kan tengah hujan. Kan kan..."
"Eh bila masa pulak aku nk suruh kau hantar aku balik, aku nak minta tolong kau benda lain la."
"Eh tak payah lah kau ingat aku tak tau ke. Dah lah aku balik (universiti)dulu. Tata...."
Qairi pergi macam tu je . Qistin sangat sangat geram dengan Qairi. Tiba tiba sahabat over itu muncul. Kali ini hanya muncul dua orang sahaja.
"Hai Qistin. Sorang je ke mana kawan kau dah balik (universiti) ye. Kesiannya sorang sorang je."
"Sukahati aku lah yang kau nak sibuk sangat kenapa?"
"Eh sukahati kitaorang jugak la" ujar Esya yang over itu.
"Aku pulak nk tanya korang, kenapa korang dua je mana lagi sorang?" tanya Qistin.
"Eh kau dengar sini baik baik ye, kau jangan nak rapat dengan Qairi ye sbb Qairi tu milik aku."
"So, kau ingat aku hadap sangat dengan Qairi tu, ish tolong lah".
"Aku bagi kau last warning.... FAHAM!!!"ujar Airis.
Mereka bukan sahaja over tetapi jahat pun ada sekali dan seterusnya Qistin balik jugak ke universitinya.
Keesokkan harinya.
"Qairi please lah dengar apa yang aku nak cakap ni, aku nak kau tolong siapakan folio ni. Cikgu Mira yang suruh aku jumpa kau dan bagi benda ni dekat kau, kalau tak aku tak hadap la nak jumpa kau ni"ujar Qistin.
"Ok fine... tu je kan, aku pun tak hadap nak jumpa kau".
Setelah Qairi pergi dari situ, macam biasa sahabat over muncul.
"Amboi kau... aku kan dah cakap jangan jumpa Qairi, kau ni tak faham bahasa ke apa."Airis memarah Qistin kerana berjumpa dengan Qairi.
"Ish aku jumpa dia sebab nk bagi folio je lah bukannya nak dating dengan dia pon."
"Kau boleh sedar diri tak kau tu dah la belagak, sombong, tau menghabiskan duit je, lepastu tak de test langsung, kawan dengan perempuan kampung pulak tu, mentang mentang anak Tengku, so kau ingat kau boleh jadi raja lah dekat sini."
"Hey Airis tak baik lah hina orang macam tu, kau ni memang tak de adab ye!!"ujar Sofea kawan baru Qistin yang baru sahaja muncul.
"Eh, ni la perempuan kampung yang tak berpendidikan tu, lepastu dah la berlagak baik konon, miskin tak sedar diri"Airis memang hina cukup cukup mereka.
"Cukup!!! Kenapa kau hina dia? Kau ni memang perempuan betina jahat."
"By the way, I ada something for you. Inilah air capucino ais kegemaran kau".
Airis memegang air itu lalu dia sengaja menumpahkan air itu ke baju Qistin dan Sofea. Airis memang betul betul sengaja nak memalukan Qistin dan Sofea.
"Hahaha padanmuka..."gelak tiga sahabat over itu.
"Dah la Qistin tak pe, tak payah layan mereka tu jom lah tukar baju, lagipun sikit je ni." Sofea seorang yang sangat baik dan bersabar atas segala pandangan hina orang padanya.
"Thanks Sofea sebab kau ada dengan aku tadi."
"Sama sama, dan aku harap kau maafkan je la Airis dengan kawan dia tadi sbb kita tak boleh berdendam dengan orang walaupun orang tu jahat dengan kita."
"Sofea kau ni memang baik, aku beruntung dapat berkawan dengan kau."
Dalam perjalan ke bilik, mereka terserempak dengan Ariff.
"Eh Qistin, Sofea, korang kenapa basah basah ni"tanya Ariff.
"Tak de apa lah kena air hujan je" Qistin sengaja menipu Ariff kerana dia tak nak perkara ini kecoh.
"Hujan... bila masa pulak hujan"pelik Ariff.
"Ehmm... eh, ada tadi rintik je tapi dah berhenti. La kau ni tak dengar la tu bunyi hujan" jawab Qistin tergagap gagap.
"Ye ke... ish, pelik la aku dengan kau ni. Apa apa je la, aku pergi dulu."
"Huh, selamat nasib baik dia tak tau cerita sebenar kalau tak mesti dia serang Airis tu".
"Betultu Qistin nasib baik kau buat buat cerita. Okay la bilik aku dekat sini bilik kau dekat situ, so aku masuk bilik dulu yer. Jumpa dekat kelas petang nanti yer, bye" ujar Sofea.
"Okay bye..."
Setibanya di bilik...
"Eh Qistin kau kenapa basah basah ni"tanya Anisa .
"Tak de apa la, aku nak tukar baju kejap."
"Qistin bagi tau la kitaorang kenapa"ujar Qisha.
"Nanti nanti je la aku cerita."
***
DONE !!!
JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT...
THANKS YANG SUPPORT MY BOOK.....SEE YOU LETTER..
![](https://img.wattpad.com/cover/147711739-288-k570412.jpg)
YOU ARE READING
Specialnya Q Untukku.
RomansaCerita ni tentang soal HATI dan CINTA . 2 orang yang bernama Qistin dan Qairi ini ialah watak utama dalam cerita ini . So, I want you alls to read this book... And support this book... QISTIN: Seorang yg suka shopping,sporting, kekok dengan kawasan...