Chapter 17

26 4 5
                                    

Selepas seminggu, keadaan tangan kiri Lena semakin pulih hari demi hari cumanya semen belun dibuka. Tapi dia sudah mendapat kebenaran doktor tentang keberangkatanya ke UK nasib saja doktor merawatnya membenarkan dia pergi

Hanya tinggal beberapa hari lagi dia di Korea, separuh baranganya sudah di hantar ke UK dan hanya tinggal sikit saja lagi. Nasib baik ada mereka menolong dia mengemas barang

"Lena, kotak kau yang ada buku-buku ni aku letak dalam kotak ni eh?" Kata Jin sambil mengangkat sebuah kotak sederhana kecil lalu diletakkan di tepi dinding

"Yelah." Jawab Lena sambil memasukkan baju-bajunya ke dalam bagasi. Selepas selesai mengemas, Lena terus menyandar ke dinding biliknya sambil mengurut- urut bahunya yang agak lenguh kerana dari pagi hingga sekarang, dia dan yang lain tak henti-henti mengemas.

Setelah berehat , Lena bangun dan mengambil kotak kosong yang terletak di tepi pintu biliknya. Dia mengisi barang- barangnya yang lain yang hendak di bawa ke UK nanti. Lena melihat satu persatu barang- barang dan hadiah yang pernah di bagi oleh Hoseok dan yang lain.

Tiba-tiba airmata Lena menitis tanpa sengaja. Berat sungguh hati nya untuk meninggalkan kampung halaman nya dan semestinya meninggalkan orang yang paling dia sayang iaitu Jung Hoseok dan kawan- kawanya yang lain. Dia pasti akan merindui mereka semua. Haih. Kau harus kuat Lena, demi masa depan kau, getus Lena dalam hati.

Lena segera lap airmata nya apabila terdengar suara Taehyung yang memanggil nya dari ruang tamu. Lena terus bangun dan keluar dari bilik nya. "hah, nak apa tae"? " kau pekak ke lena oi? aku dah panggil kau hampir sepuluh kali tau tak, kau buat apa kat atas tu"? tanya taehyung. "Aku tengah mengemas la, kau nak apa?" Jawab nya.

" Aku nak gi beli makanan ni . kau nak apa- apa tak? Aku beli kan kau sekali" Lena berfikir. " Aku nak nasi campur je  la" jawab nya kepada taeyhung. "Tu je? kau taknak apa-apa lagi"? Lena hanya menggeleng kepalanya sahaja.

"Okay, tunggu jap eh. aku pegi beli makanan. Tunggu" suara taeyhung yang agak keras tu Lena hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Sementara menunggu taeyhung, Lena turun ke bawah untuk minum air dan segera menuju ke dapur. Dia terlihat kelibat Hoseok dan Nayeon sedang berbual mesra sambil makan makanan ringan.

Mereka kelihatan sangat sepadan berbanding dengan aku dengan hoseok. Hm, Diorang bercerita bagaikan aku tak nampak pun aku yang sedang berdiri dah macam patung hidup jer aku rasa. Haih apa- apa la, aku dah malas nak ambil tau pasal diorang ni getus Lena dalam hati.

Lena berpura-pura tidak mempedulikan kewujudan dua makhluk itu disitu. Makin dilayan, hati sendiri yang terkena duri. Lebih baik dia buang waktu yang ada dengan mengisi perut, hanya makanan yang boleh memahami situasinya dan buat dia gembira pada ketika ini. Dia membawa langkah ke dapur.

Lena berdiri tepat di hadapan peti sejuk, baru sahaja tangannya ingin membuka pintu peti sejuk lantas seseorang menahannya dari arah belakang. Lena kaku seketika. Dia berpaling ke belakang dan melihat Namjoon sedang melihat ke arahnya.

"Tak baik makan makanan yang tak berkhasiat malam-malam, kalau kau lapar aku boleh masakkan." Namjoon bersuara dari belakang, telapak tangannya bersatu dengan telapak tangan lena pada dinding peti sejuk.

"I-It's okay. Taehyung on the way pergi beli makanan tadi." jawab Lena tersekat-sekat. Sekujur tubuhnya menahan rasa terkejut yang bagaikan renjatan elektrik.

"Lama lagi baru dia datang, restaurant tak ada yang dekat di sekitar sini. It take some times, kalau kau tak kesah aku boleh buatkan kau isaac toast sementara tunggu Taehyung sampai." pelawa Namjoon. Isaac toast?! Mendengarkan itu membuat perut Lena semakin pedih, ya dia lapar.

"Okay, if you insist." jawab Lena acuh tak acuh. Sebenarnya dia tak nak tunjuk, yang dia betul-betul lapar sekarang ini 😭.

Sesi memasak sudah bermula, Lena sekadar berdiri di sebelah Namjoon memerhati gerak-geri tangan lincah lelaki itu.

"Come closer." pinta Namjoon, jarinya disembunyikan ke belakang.

"What?" kebetulan waktu itu posisi Lena semakin mendekat ke arah Namjoon.

Dan tak semena-mena, mayonis yang terdapat pada jarinya dicalitkan pada batang hidung Lena. Namjoon tertawa.

Kebetulan, Hoseok dan Nayeon melangkahkan kaki ke dapur. Melihatkan babak-babak mesra Namjoon dan Lena, tubuh Hoseok meruap panas. Rasa cemburu mula melingkari. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Dia dan Lena tiada hubungan istimewa. Hanya sekadar kawan baik je . Tak lebih dari itu . Dan dia ..tak mampu menghalang. Namun hatinya cukup sakit. Sakit melihat kemesraan antara Namjoon dengan Lena.

Tapi kenapa pula hati nya sakit sedang kan dia sendiri mempunyai tunang, iaitu Nayeon. Hati, kenapa kah kau sakit sebegini? Aduh aduh aduh.

A few minutes later, akhirnya taehyung sampai juga dengan membawa beberapa bungkusan makanan untuk kami semua. "Lamanya kau tae, kat mana kau beli makanan ni?" tanya Lena. "Aku beli kat restaurant seoul ke apa ke benda namanya tu aku pun tak tahu la, kat jalan hongdae." Jawab taehyung sambil membuka bungkusan makanan tersebut.

Tanpa menghiraukan yang lain, Lena terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Dia berasa sangat lapar kerana dari pagi dia hanya makan roti dan minum susu sahaja. Dan sekarang, baru dia terasa laparnya.

Namjoon dan yang lain yang memerhati Lena hanya memerhatikan Lena dengan hairan sekali. . "Lena? kau tak makan dari pagi ke"? tanya Suga. "Ada aku makan tapi roti dengan susu je. lepas tu aku tak makan apa apa lagi." jawab Lena.

Suga dan yang lain terus memandang Lena dengan pandangan serious. "Kau apa Lena? kau makan roti dengan susu je ? Wah wah wah, kenapa kau tak makan lagi lepas tu hah? kau nak sakit ke" Jawab Suga dengan nada yang agak marah.

Lena yang sedang makan hanya tersengih sambil menunjukkan peace kepada Suga. "Sorry laa, aku bukan tak nak makan tapi aku busy sangat la tadi kemas barang2 aku tu smpai aku lupa nak makan tu"

Suga hanya menggeleng kepala nya. "kalau yaa pun, at least makan la sikit. Ni langsung kau tak makan. Haih. Lena, lena . Aku tak tau lah macam mana kau hidup kat UK nanti. Aku risau kat kau ni. Dengan tak makannya apa. " Bebel Suga. Yang lain hanya mendiam kan diri sahaja. Mereka sendiri pun tak mampu nak cakap apa apa. Suga kalau dah membebel, dengar kan je lah.

"Alaaaa kat sana, pandai la aku jaga makan aku apa semua. Korang jangan risau eh, aku okay je nnt kat sana." Jawab Lena dengan tenang sekali. Ya, dia akan okay jer nanti.

"Hyung, jangan risau sangat la kat Lena, dia pasti akan jaga diri kat sana baik baik. Kan Lena ? " Kata Jungkook sambil memandang muka Lena dengan senyuman manis nya itu.

" Yer betul tu. Jangan risau sangat lah eh. Aku okay je  nanti kat sana. Apa apa hal nanti, aku janji aku akan call korang. Eh kookie,aku sayang kat kau ni kookie, terbaik laa kookie. Muahhhhh" Lena menghadiahkan flying kiss kepada jungkook. Jungkook menangkap nya dan meletakkan ke dada nya.

Mereka yang lain hanya mampu ketawa dengan apa yang Lena baru kata tadi. Mereka happy tengok Lena happy dengan hidup nya. Semoga dia dapat jaga diri kat sana. Hoseok hanya memerhati dan mendengar sahaja mereka yang lain berbual-bual dengan Lena. Dia hanya mampu berdoa dalam hati agar Lena sentiasa selamat apabila tinggal di UK nanti.

I'm Fine (Jung Hoseok) Where stories live. Discover now