Chapter 16

19 4 0
                                    

Selepas kejadian hari tu, Hoseok tidak membenarkan orang ramai masuk ke bilik Lena lagi. Hanya ditetapkan tiga orang sahaja. Doktor yang merawatnya kata dia boleh pulang ke rumah hari ini memandangkan tiada apa yang perlu dirisaukan lagi cuma Lena mesti melakukan pemeriksaan secara berkala di hospital bagi pemulihan tangan kirinya

"Lena? Kau dah siap?" Hoseok masuk ke bilik selepas menjelaskan bill hospital Lena dan mengambil ubat di kaunter

"Dah siap." Lena memakai seliparnya, Hoseok mengambil beg baju Lena dan memimpin Lena keluar dari bilik

Sampai saja di luar hospital, Namjoon sudah menunggu mereka di pintu utama. Namjoon membantu Lena masuk ke kereta manakala Hoseok meletakkan begnya di bonet

"How do you feel today Lena?" Tanya Namjoon setelah mereka keluar dari perkarangan hospital

"Aku? Okay je. Lega dapat pulang." Kata Lena dan menghembuskan nafas lega

"Mana yang lain?"

"Diorang tunggu kau kat rumah." Jawab Hoseok

"Balik je rumah terus rehat tau! Jangan memandai nak buat kerja berat-berat. Pastu kalau nak ke mana-mana inform aku or member lain. Jangan nak mengada nak pergi sendiri. Kalau aku dapat tahu, siap kau" Hoseok kata dengan nada amaran

"Yelaa yelaa aku tau lah. Tak payah risaukan aku." Jawab Lena perlahan

Sampai sahaja di rumah, Namjoon menawarkan diri untuk menolong Lena tapi Hoseok menegah. Tidak perlu dimanjakan sangat bukannya Lena patah kaki pun. Itulah kata Hoseok

"Kalau jeles tu cakap lah jeles." Bisiknya dalam hati

Mereka menyambut Lena dengan mesra sekali siap pasang banner dan belon! Banner itu tertulis "Welcome home Lena sweetheart!"

"Apasal ada sweetheart tertulis kat situ?" Tanya Hoseok

"E-err itu idea Jungkook." Taehyung menunding jari ke Jungkook

"Awww sweet gile Kookie ni!" Lena memeluk Jungkook dengan erat dan mencubit pipinya geram, tersipu-sipu malu Jungkook

"Dah dah jom makan. Aku lapar ni." Hoseok mengalih topik dan memimpin Lena ke meja makan. Semua makanan nampak menyelerakan tetapi entah lah Lena. tiada selera untuk makan

"E-err guys korang makan lah eh? Aku actually still full dari hospital. Aku nak rehat."

"Are you sure Lena? Alaaa penat kitorang masak untuk kau tau! Makan lah sikit!" Pujuk Jin

"Just tinggalkan aku sikit makanan. Nanti aku makan eh? Promise." Jari kelingking diangkat

"Hmm yelah pergi lah masuk bilik." Putus Namjoon

"Aku dah letakkan barang kau kat bilik!" Lena mengangguk dan masuk ke bilik

Lena menghembus nafas lega sebaik saja di bilik. Dia menghampiri katilnya dan perlahan baring di katil. Matanya yang berat perlahan-lahan tutup

****************
"Lower your voice Nayeon! Jangan nak buat hal kat sini!" Lena terbangun taktala mendengar suara orang bergaduh di luar biliknya. Perlahan dia bangun dan menapak ke pintu

"Kenapa? You tak nak Lena kesayangan you terbangun? Begitu?" Berdebar dada Lena mendengar namanya meniti di bibir Nayeon. Pintu biliknya terus dibuka

"Lena." Yoongi menghampiri Lena, mata Lena tidak berkalih memandang pasangan kekasih yang tengah bergaduh di tengah ruang tamunya. Banyak-banyak tempat sini jugak korang bergaduh ye? Getusnya dalam hati

"Lena go inside your room now." Perintah Yoongi tapi tidak diendahkannya malah dihampiri ruang tamu itu

"Apa benda you cakap ni? You ni merepek tau tak?!" Suara Hoseok mula meninggi

"I merepek? I cakap benda betul lah!" Hoseok mendengus kasar dan meraup rambutnya ke belakang

"Lebih you balik sekarang. Balik!" Nayeon membulatkan matanya

"You halau I?! How dare you Hoseok! I am your fiancee!" Jerit Nayeon sekuat hati eh eleh drama queen lebih je kau ni

"You tak malu ke berperangai kebudak-budakan kat sini? Depan kawan I dan Lena? You ni memang tak tahu malu kan?!" Tengking Hoseok, mata Nayeon berkalih pula pada Lena yang berdiri tegak memandang mereka

"Ini semua sebab kau!" Nayeon berlari ke arah Lena dan menolak Lena hingga dia tersungkur di tepi sofa. 

"Eh kau apahal hah?!" Yoongi sudah mula naik suara, nasib tangan kiri Lena tidak apa-apa cuma belakangnya sakit dan kepalanya berdenyut. Namjoon membantu Lena bangun

"Lena kau ada sakit mana-mana tak?" Jin bertanya dengan penuh kerisauan, Lena mengelengkan kepala

"Nayeon!" Dalam keadaan marah, Hoseok menampar Nayeon

"Sampai hati you Hoseok! You marahkan I sebab I tolak perempuan tak guna ni?! Sebab perempuan ni you naik tangan kat I?!" Jerit Nayeon dalam esakan

"You yang mulakan semua ni and you deserve it! Berani you tolak kawan I sampai jatuh?! You tak nampak ke tangan dia patah?! If anything happen to her jaga you!" Amuk Hoseok, tidak dikesiankan langsung air mata Nayeon itu. Hoseok mendapatkan Lena yang duduk di sofa

"Lena are you okay? I am so sorry Lena." Lena tersenyum pahit dan mengusap perlahan kepala Hoseok walaupun anggota badannya sakit dari jatuh

"I-its okay.. Just jangan marah Nayeon sampai angkat tangan kat dia.. Tak baik begitu Seok.. Dia tunang kau. Lagipun betul cakap dia kau patut beri lebih perhatian kepada Nayeon. Dia sunyi tanpa kau, kau dah banyak tolong aku dan sekarang aku dah baik. Kau balik lah." Ujar Lena, dia tidak mahu hubungan Nayeon dengan Hoseok menjadi renggang gara-gara dia

"T-tapi dia sakitkan kau L-lena.." Bantah Hoseok

"Yes she did hurts me but dia tunang kau Seok. Takkan lah aku nak gaduh dengan kawan aku punya tunang kan?" Mereka yang lain hanya mampu melihat Lena tertawa kecil, mereka tahu itu semua palsu

"Nanti kita jumpa lagi Seok. Kau balik dan rehat lah. Muka kau penat sangat tu." Hoseok mengangguk

"Jumpa nanti eh? Kau jaga diri baik-baik. Nanti aku lawat kau lagi." Lena hanya mampu senyum meskipun dalamannya hancur berkecai

"You tercegat apa lagi?! Balik lah!" Bentak Hoseok kepada Nayeon membuatkan dia sedikit terperanjat, tanpa berkata apa-apa lagi dia mengikut Hoseok dari belakang

Sebaik mereka hilang dari pandangan, Lena melepaskan keluhan berat. Tangannya memicit dahinya yang berkerut seribu

"Bodoh punya perempuan! Berani dia buat kecoh kat sini?! Nak mati agaknya!" Marah Jimin dan melepaskan tumbukan ke dinding

"Jimin dah lah semua dah berakhir.." Pujuk Yoongi dan menarik Jimin dari menumbuk dinding

"Memang patut Hoseok tampar dia! Biar padan muka!" Cemuhnya lagi

"Kalau kau nak marah kau pergi dari sini, jangan jahanamkan dinding rumah orang." Yoongi memberi amaran

"Hei sudahlah! Korang jangan nak bagi stress kat Lena lagi! She had enough!"Serta merta mereka berdua berhenti bertekak apabila Namjoon sudah bersuara lantang

"Aku masuk dulu. Korang kalau nak balik make sure lock the door." Pesannya sebelum menapak ke bilik

"Hyung rasa Lena will be fine ke?" Tanya Jungkook yang sejak tadi diam, Taehyung menepuk belakang Jungkook perlahan sambil tersenyum

"Dia akan okay Kook." Ujarnya

Di dalam bilik air, Lena menangis teresak-esak dalam bilik shower. Dibiarkan air mengalir ke tubuhnya yang masih lengkap berpakaian. Lena menghamburkan tangisannya di situ

"Hoseok please.. Sila meninggal dari hati ini." Rintihnya dengan penuh kedukaan

I'm Fine (Jung Hoseok) Where stories live. Discover now