Chapter 13

36 4 6
                                    

''A-apa maksud semua ini? K-kau nak pergi mana?'' Hoseok berdiri dan mendekati Lena. Sungguh dia tak percaya apa yang disampaikan tadi. Lena menundukkan kepalanya. Tidak berani untuk bertentang mata dengan mereka semua

''Aku akan pergi jauh dari sini Hoseok. Aku diterima untuk bekerja di sana.'' Ucapnya perlahan

''Kau bergurau kan Lena? Cakap lah yang kau hanya bergurau! Aku tak percaya semua ini!'' Suara Hoseok sudah naik , dia mengenggam kedua belah bahu Lena

''Aku tak bergurau tentang perkara ini. Aku akan pergi minggu depan.'' Balas Lena masih menunduk, Hoseok mengelengkan kepalanya

''M-minggu depan? K-kenapa cepat sangat?'' Mata Taehyung sudah mula berair

''Aku kena laporkan diri hari Jumaat depan, flight aku hari rabu. Aku kena uruskan hal perpindahan aku secepat mungkin.'' Akhirnya Lena mengangkat kepalanya. Hatinya bagai terhempap batu melihat mata mereka merah dan berair

''Aku minta maaf kalau berita ini mengejutkan korang semua, aku harap korang terima dan hormati keputusan aku dengan hati terbuka.'' Hoseok melepaskan genggamannya dan memalingkan mukanya

Jimin memeluk bahu Lena sambil menangis teresak-esak. Lena mengusap lembut kepala Jimin. Dia juga turut menangis

''T-tapi kitorang masih belum puas luangkan masa dengan kau.'' Jungkook berkata dengan matanya yang sembab

''Guys, memang sukar untuk kita terima ini tapi ini juga untuk masa depannya. Sampai bila dia terus begini? Kita pun bukan selalu ada kat sini. Aku pun sedih gak dengar berita ni tapi terpaksa terima kenyataan Lena tidak akan stay selamanya dengan kita. Suatu hari nanti dia akan ada lelaki lain di kehidupannya.'' Namjoon bersuara, dia juga sedih tapi ini tentang masa depan Lena

''Maknanya kau dah tahu perkara ini lebih awal dari kitorang?'' Hoseok kembali bersuara

''Jangan salahkan Namjoon. Dia baru tahu perkara ini hari ni sebab aku pun baru je terima surat daripada mereka.'' Lena membalas

''Hal perpindahan rumah semua Namjoon tolong aku. Aku dah dapat rumah dekat dengan tempat kerja.'' Tambah Lena

''Liar.'' Hoseok berkata separuh berbisik tetapi masih dapat ditangkap oleh Lena

Hoseok tidak berkata apa-apa lagi. Dia mengambil handphone dan kunci keretanya dan berlalu pergi. Keretanya laju meninggalkan perkarangan rumah

''H-Hoseok n-no..'' Sudah terlambat Lena menahan kereta Hoseok

''A-aku dah agak dia mesti tak terima punya.'' Lena mengelap air matanya

''Jangan risau pasal dia. Dia tak boleh buat apa-apa. Like it or not dia mesti lepaskan kau juga.'' Namjoon tersenyum kecil

''S-so kau dah pack barang kau?'' Jin bersuara setelah lama berdiam diri, dia mengelap air mata menggunakan tisu

''Belum lagi. Baru uruskan rumah.''

Setelah keadaan kembali macam biasa, Lena meminta diri pulang ke rumah. Mereka semua berpelukan

''Jaga diri baik-baik, Hati-hati.'' Pesan Yoongi dan kepala Lena diusap lembut. Lena menganggukan kepalanya

''Bye guys, see you later.'' Lena melambaikan tangannya sebelum berlalu ke kereta

Semasa dalam perjalanan pulang, fikiran Lena tertumpu kepada Hoseok. Air matanya mula mengalir dengan lebat. Hanya Hoseok yang berada dalam fikirannya sekarang. Hoseok panggil dia penipu. Kata-katanya sangat menyakitkan hatinya. Minyak ditekan lebih kuat

Tanpa disedari, kereta yang dipandu terbabas ke dinding jalan. Lena menjerit kuat sebelum kepalanya terhantuk lalu segalanya menjadi gelap

''Weh aku rasa macam tak sedap hati lah, tak patut kita biarkan Lena pandu seorang diri.'' Jungkook berkata ketika mereka mengemas meja

I'm Fine (Jung Hoseok) Where stories live. Discover now