Chapter 5

24 4 0
                                    

Taehyung yang berada di belakang pentas ketika itu terus mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Lena dan pergi ke ruangan yang kosong supaya tiada siapa yang mendengari perbualan mereka.

*KRING KRING*

Panggilan kemudian dijawab.

"Yeoboseyo?" Tanya Lena di corong telefon dengan suaranya yang lemah menahan tangisan.

"L-lena, are you okay??" Taehyung dapat mendengar suara Lena yang bergetar menahan tangis, dia risau.

"I'm okay. Taehyung what do you want?" Lena tersenyum getir sambil airmatanya jatuh mengalir.

"Hmmmm. Hoseok, d-dia..." teragak-agak Taehyung ingin memberitahu perkara yang sebenar pada Lena. Kerana dia tidak mahu menyakiti perasaan perempuan itu.

"Saya dah tahu Taehyung. Awak tak perlu risau, saya tak akan ganggu Hoseok..." Lena mengetap bibirnya menahan tangis kerana risau jika Taehyung sedar yang dia betul-betul terluka saat ini. Dia tidak mahu menyusahkan siapa-siapa.

"Lena...Maafkan saya, saya dah cuba pujuk Hoseok..." Taehyung diserang rasa bersalah.

"Tak apa Taehyung, jangan halang apa yang Hoseok nak buat. Saya akan pergi jauh dari dia..."

"TAEHYUNG!!!" Jerit staff yang tercari-cari Taehyung.

"Maafkan saya Lena, I-I have to go. Take care." Sempat dia memesan dekat Lena supaya menjaga diri sebelum mematikan talian.

"Hoseok, awak jahat..." kata Lena seorang diri sambil mengalirkan air mata deras. Dia mengetap bibirnya dan mencengkam selimut dengan kuat apabila rasa sakit yang dia rasa tidak mampu lagi terbendung.

I'm Fine (Jung Hoseok) Where stories live. Discover now