Chapter 4

22 4 0
                                    

Tinggal beberapa minit sahaja lagi concert fanmeeting di Seoul akan berlangsung.

*Sewaktu di backstages*

Hoseok kelihatan gelisah, dia bermundar-mandir di setiap penjuru ruangan. Memikirkan sesuatu.

"Hyung? Ada apa ni?" Sapa Taehyung yang pelik dengan kelakuan Hoseok pada ketika itu.

"Hmmm. Aku gementar lah Taehyung, aku akan lamar Nayeon nanti di khalayak ramai, depan army & family."

"Hyung, hyung betul-betul ke nak lamar Nayeon? Hyung pasti ke hyung akan bahagia?" Soal Taehyung, ingin memastikan keputusan yang Hoseok buat itu betul.

"Kenapa kau tanya macam tu? Nayeon tu girlfriend aku, mestilah aku akan happy dengan dia." Hoseok pandang muka Taehyung tajam.

"T-tapi, Lena kan masih sayang h-" kata-kata Taehyung dipintas.

"Stop lah Tae, kau tahu kan aku dan Lena tu tiada apa-apa? Lagipun itu dulu. Aku dan dia dah tak ada apa-apa sekarang." Jelas Hoseok lantas meninggalkan Tae.

Ketika di hujung penutupan concert, Hoseok ingin mengucapkan sesuatu.

"Nayeon?" Panggil Hoseok tiba-tiba menggunakan microphone. Membuatkan Bts, Army menumpukan perhatian terhadapanya.

Semua yang berada disitu tertanya-tanya akan kelakuan Hoseok. Kenapa dia panggil Nayeon tiba-tiba?

Nayeon yang berada di front row khas untuk tetamu yang special, kini menaiki tangga ke pentas. Dia berjalan perlahan ke arah Hoseok sambil tersenyum.

"Yeorobun, kalian semua akan menjadi saksi dengan apa yang akan terjadi saat ini." Ucap Hoseok lagi, membuatkan semua yang berada disitu betul-betul mati akal dan tidak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

Hoseok perlahan-lahan duduk melutut di hadapan Nayeon sambil mengeluarkan sesuatu dari pocket seluarnya. Taehyung cuma mampu menggelengkan kepala melihat situasi itu, dia betul-betul tidak ingin melihat Hoseok berbuat sedemikian. Kerana dia tahu, Lena akan terluka selepas melihat apa yang terjadi.

*"Will you marry me ?"* Ucap Hoseok lembut sambil menguntum senyuman manis di bibir. Dia menghalakan kotak baldu merah yang berisi cincin berlian pada Nayeon.

Mata Nayeon bersinar dan dia terdiam seketika kerana tidak percaya dengan apa yang berlaku. Army dan yang lainnya turut terkejut, sehinggakan mereka berfikir Hoseok bergurau pada waktu itu.

"Yes Hoseok, I do." Angguk Nayeon laju.

Hoseok lantas mengambil cincin yang tersemat di kotak baldu dan disarungkan pada jari manis Nayeon. Hoseok kemudian mencium dahi Nayeon lama.

Suasana ketika itu penuh dengan sorakan dan tangisan, ada yang bersorak bahagia untuk mereka dan ada juga yang menangis tersedu-sedan melihat idola kegemaran mereka melamar seseorang.

Bts masih kaku kerana terkejut dengan tindakan Hoseok, mereka kemudian bertepuk tangan walau masih dalam keadaan yang separuh terkejut.

Taehyung berlalu pergi meninggalkan pentas itu tanpa mengatakan apa-apa.

Hoseok bengang dengan kelakuan Taehyung namun dia terus berdalih dan mengabaikan sahabatnya itu.

Hoseok was so happy and hugged nayeon tightly with his big smile on his face.

I'm Fine (Jung Hoseok) Where stories live. Discover now