Chapter 8

559 61 0
                                    

Qingluo tahu dia telah membuat satu masalah yang besar. Jika ditangkap oleh Liu Jue, tentu lelaki itu akan membalas dendam terhadapnya. Oleh itu, ketika kembali semula ke jamuan tersebut, dia berpura pura sakit kepala. Membuatkan Puan Besar, Qinglei dan Qingfei tidak selesa melihat kemunculannya disitu.

"Baru sahaja sebentar tadi kamu kelihatan baik. Bagaimana pula boleh tiba tiba sakit kepala?", soal Puan Besar tidak percaya.

Dengan perlahan Qingluo membalas, "saya rasa kawasan persekitaran yang membawa angin sejuk membuatkan saya menjadi kurang sihat. Puan Besar, bila kita boleh kembali semula?"

"Jamuan belum lagi dimulakan dan nampaknya Putera Mahkota seperti menunjukkan dia berminat kepada Qinglei. Adakah kamu sengaja merosakkan hubungan yang bakal terjalin ini?", soal Puan Besar dengan nada yang tidak puas hati.

Qingluo mengeluh perlahan, bantuan yang diberikannya tadi langsung tidak diingati. Adakah semua ini disebabkan kerana dia merupakan anak gadis daripada gundik yang paling rendah tarafnya? Apa salah yang dilakukan oleh ibunya, adakah kerana dia berasal dari rumah pelacuran? Ibu cantiknya itu hanya berusia enam belas tahun ketika tiba di kediaman Li dan memulakan hidupnya dengan penuh cabaran. Lagipula ibunya seorang wanita yang cantik dan berpengetahuan, malah sebelum menjadi sebahagian keluarga Li dia sangat terkenal di Bandar Feng ini.

Apa yang mereka sangat takutkan? Qingluo tidak mengira mereka semua kekurangan dan masih sahaja tidak mengerti kerisauan itu.

Qinglei berbisik perlahan kepada Puan Besar sebelum akhirnya Puan Utama memutuskan, "ada dua jam lagi sebelum jamuan makan malam dimulakan. Nanti kereta kuda akan datang segera menjemput kamu".

Qingluo memandang keliru kearah Qinglei sebelum kakaknya itu memandang kearahnya sambil tersenyum kecil. Mungkin Qinglei membantunya kerana Qingluo telah membantunya tadi untuk bermain guqin, adakah selepas ini kakak sulungnya itu akan melayan dia dengan lebih baik lagi?

Qingluo tidak berfikir panjang kerana difikirannya harus meninggalkan tempat itu dengan segera sebelum mendapat masalah jika bertembung dengan Liu Jue nanti.

Setelah dua langkah berjalan, Puan Besar segera berkata, "jangan beritahu kepada sesiapa bahawa kamu telah datang ke jamuan Peach Blossom ini".

Sebenarnya Qingluo merasa gembira mendengar kata kata itu lalu dia menambah, "jika Tuan Puteri tahu bahawa Cik Muda Ketiga telah datang dan tidak memberi salam hormat tentu dia akan merasa tidak dihormati. Sekiranya Qingluo tidak sihat dan meninggalkan jamuan dengan awal, tentu kelihatan lebih tidak menghormati".

Puan Utama setuju dengan penilaian Qingluo itu.

Dia berjalan dengan berhati hati menuju kearah kereta kuda yang disediakan khas buatnya. Sebelum pergi dia sempat memberi amaran kepada Juan'er, "tidak kira apa yang berlaku, perkara hari ini tidak boleh diberitahu kepada orang lain! Jika tidak sesuatu yang buruk pasti akan terjadi. Kamu mengerti?" katanya dengan tegas.

Juan'er takut mendengar peringatan tersebut, walaupun begitu dia yakin Cik Muda Ketiga seorang yang baik hati. Jika orang mengetahui bahawa pemain guqim itu bukanlah Cik Muda Pertama tetapi sebaliknya Cik Muda Ketiga, bukan sahaja Tuan Besar yang akan mendapat malu tetapi juga Tuan Puteri dan Putera Mahkota akan merasa tidak dihormati. "Cik Muda Ketiga jangan risau, saya pasti tidak akan mendedahkan perkara ini kepada sesiapa".

Barulah Qingluo merasa lega setelah itu, dan balik ke kediaman dengan senang hati.

Setibanya di kediaman, ibunya iaitu Puan Ketujuh telah menunggu di pintu utama. Ini merupakan kali pertama Qingluo keluar dan dia merasa sangat cemas.

"Ibu saya telah kembali!" ucap Qingluo dengan riang setelah melihat wajah Puan Ketujuh.

Puan ketujuh keliru melihat kedatangan Qingluo, sedangkan pada waktu itu baru sahaja menunjukkan jam tujuh. "San'er, mengapa kamu tidak menunggu sehingga makan malam terlebih dahulu? Kenapa balik awal?"

Man Man Qing Luo (Versi Melayu)Where stories live. Discover now