Chapter 24

470 51 0
                                    

Bagi Puan Besar, kekecohan yang baru sahaja berlaku sebentar tadi membawa tuah buat keluarga mereka. Dia sangat yakin dan pasti bahawa Liu Jue mempunyai perasaan terhadap Qingluo, apabila melihat lelaki itu memegang tangan Qingluo dengan erat dan membawanya pergi dari dewan tersebut. Ini bermakna keluarga mereka akan mempunyai sokongan yang kuat dari istana An Qing.

Keadaan itu membuatkan Puan Besar tekad untuk menghukum Qingfei kerana hampir sahaja memberi masalah yang besar buat keluarga mereka.

"Cik Muda Kedua, jangan bersedih serta rasa bersalah kerana apa yang ingin kita lakukan adalah untuk mencari kebenaran. Namun saya berharap di masa hadapan setiap perucapan haruslah disiasat dengan benar terlebih dahulu agar masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi, hampir sahaja merenggangkan hubungan persaudaraan diantara kamu bertiga", ujar Putera Mahkota.

"Adik Keempat, tidak tahu sama ada kamu masih boleh menikmati jamuan ini?" Tambah Putera Mahkota lagi.

Soalan Putera Mahkota itu mengejutkan Putera Keempat yang sedang melamun memikirkan Qingluo. Semasa Liu Jue memegang tangannya lalu membawa dia pergi dari situ, Qingluo langsung tidak melihat dirinya walaupun dia berada dihadapan gadis itu. Adakah Qingluo sudah tidak mempercayainya lagi?

"Terima kasih kerana mengadakan jamuan yang cukup meriah buat saya. Walaupun terdapat sedikit kekecohan tetapi saya merasa gembira kerana berpeluang mendengar sebuah alunan  guqin yang cukup indah, namun saya ingin meminta izin untuk mengundurkan diri terlebih dahulu".

"Memandangkan para tetamu yang lain juga telah letih, lebih baik jamuan ini berakhir sahaja, agar semua yang hadir dapat berehat awal. Nampaknya, anak anak gadis dari kediaman Li Xiang semuanya berbakat, untung sahaja Cik Muda Ketiga seorang yang bijak bermuslihat, kalau tidak kita semua tidak akan tahu dia seorang yang mahir bermain guqin. Adakah permainannya sehebat alunan guqin yang dimainkan oleh Qinglei ketika jamuan Peach Blossom tempoh hari? jika tangan Qinglei tidak tercedera mungkin suatu hari nanti mereka berdua boleh beradu tetapi sayang.."

Mendengar kata kata Wang Yan itu membuatkan Qinglei merasa tidak sedap hati namun dia tetap cuba berlagak tenang. "Apa yang dikatakan oleh kakak Wang Yan itu adalah benar, cuma malangnya tangan saya sudah tidak boleh bermain guqin lagi. Tetapi ini juga kali pertama saya mendengar A'Luo bermain guqin dan tidak sangka dia seorang pemain guqin yang hebat!"

"Ya, tetapi tidak sangka dalam kekecohan tadi terselit sebuah tuah. Nampaknya tidak lama lagi, tentu kamu akan mendapat seorang adik ipar. Lihat sahaja bagaimana cara Putera Muda istana An Qing melayan Qingluo tadi", tambah Wang Yan.

Malam itu, fikiran Qinglei menjadi kacau. Dia tidak dapat tidur dengan lena kerana asyik memikirkan kejadian yang berlaku semasa jamuan tadi.

Selama ini dia dibesarkan oleh ibunya iaitu Puan Ketiga dengan begitu tegas. Tujuannya hanya satu agar dapat membantu Li Xiang untuk menguatkan kuasa keluarga mereka memandangkan ayahnya tidak mempunyai anak lelaki, oleh itu tanggungjawab untuk mengukuhkan keluarga Li, jatuh keatas bahu anak anak gadis ayahnya.

Namun dia rela kerana sejak pertama kali Qinglei melihat wajah Putera Mahkota dia telah jatuh hati. Dia tekad hanya lelaki itu yang akan menjadi suaminya. Tetapi kemunculan Wang Yan yang bijak bersama dengan sokongan ketenteraan keluarganya menggugat kedudukan Qinglei didalam istana milik Putera Mahkota. Cinta lelaki itu berputik kerana kehebatannya bermain guqin tetapi kini tangannya tidak akan mampu memetik tali guqin lagi, adakah cinta Putera Mahkota akan kekal bertahan lama?

Qinglei tidak dapat menahan air matanya dari gugur, "A'Luo, kamu harus menolong saya sekali lagi, iaitu  berkhawin dengan Putera Muda dari istana An Qing!", bisik Qinglei perlahan.

Istana An Qing adalah pemilik utama kuasa ketenteraan kerajaan ini, walau banyak pihak cuba untuk mendekati mereka namun istana An Qing tidak pernah terlibat dengan mana mana menteri yang ingin bergabung. Namun Putera Muda mereka yang selama ini terkenal dengan kesombongannya telah menunjukkan minat terhadap Qingluo, bukankah ini adalah satu peluang buat dirinya untuk mengukuhkan kedudukan didalam istana milik Putera Mahkota ini apabila mempunyai adik ipar dari pemilik kuasa ketenteraan dan dapat mengalahkan Wang Yan.

Man Man Qing Luo (Versi Melayu)Where stories live. Discover now