Chapter 89

206 22 0
                                    


Salah seorang pengawal khas Wuyi yang ditugaskan untuk menjaga Qingluo telah tersedar. Walaupun dalam keadaan lemah, pengawal itu menjelaskan pelaku kejadian ini ialah Putera Chu Nan dari Kerajaan Chen.

Perasaan Liu Jue menjadi tidak menentu apabila mendengar nama Chu Nan. Lelaki itu, mengambil kesempatan melarikan Qingluo ketika istana berada dalam keadaan huru hara. Serta merta, Liu Jue berlari keluar dan menuju ke kawasan selatan dengan harapan dapat mengejar Chu Nan. Tanpa dipanggil pasukan gerakan khas Wuyi telah berada dibelakangnya untuk memberi bantuan.

Tugas menjaga keselamatan Bandar Feng tergalas dibahu Cheng Siyue manakala Gu Tianxiang pula bertanggung jawab menewaskan Liu Jian dan pasukannya. Demi mengalahkan kumpulan pemberontak, tumpuan mereka lebih tertuju di pintu gerbang Xicheng. Oleh itu, Chu Nan pasti melarikan diri melalui pintu gerbang Nancheng.

Seketika kemudian, Cheng Siyue menyertai Liu Jue untuk mengejar Chu Nan. Ketika ini wajah Liu Jue dipenuhi dengan kemarahan yang sukar untuk disembunyikan lagi. Walaupun telah mengejar sejauh dua puluh batu namun mereka hampa kerana pasukan Chu Nan telah hilang tanpa dapat di jejak.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk kembali semula ke Bandar Feng terlebih dahulu namun Liu Jue telah berkata, "kita akan menyerang Kerajaan Chen demi untuk menyelamatkan Puteri Qingluo yang telah diculik!" Liu Jue merasa bersalah kerana tidak menjaga Qingluo dengan baik sehingga memberi peluang kepada Chu Nan untuk melarikannya.

Sebolehnya dia ingin menikam Chu Nan berkali kali kerana telah mengambil kesempatan ketika mereka berada dalam keadaan kacau bilau. Segala kenangannya bersama Qingluo terimbas kembali difikiran Liu Jue membuatkannya tanpa sedar telah menangis. Cheng Siyue yang berada disisinya ketika itu merasa serba salah namun tidak berani mengganggu Liu Jue hanya membiarkan General Pingnan tersebut melayan rasa sedihnya.

Zili terkejut apabila melihat keadaan istana Yuhua. Jantungnya berdegup pantas membuatkan perasaannya menjadi tidak tenteram lalu kakinya menjadi lemah sehingga Zili terduduk di lantai tidak berdaya.

Beberapa jam yang lalu, dia masih ketawa bersama Qingluo namun demi untuk kepentingannya Qingluo menjadi mangsa. Ketika ini, dia menyalahkan dirinya sendiri terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Seolah olah dia yang telah memberikan jalan mudah untuk Chu Nan melarikan Qingluo.

Semasa Puteri Mingzhu masuk ke istana pada awal pagi tadi, dia telah mengarahkan seorang pengawal rahsia untuk mengekorinya dan membiarkan Puteri Kerajaan Qi itu melakukan segala rancangannya asalkan tidak membahayakan nyawa Qingluo. Semua yang berlaku pada hari ini telah berada dalam pengetahuannya!

Malah pembantu wanita yang menjaga Qingluo juga terdiri dari mereka yang mahir dalam seni pertahanan diri. Semasa Puteri Mingzhu masuk ke dalam dewan dengan menyamar sebagai Qingluo dia telah sedia tahu, pembantu wanita yang berada disisi Puteri Mingzhu ketika itu telah memberikan isyarat bahawa Qingluo berada dalam keadaan yang selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Demi untuk menjerat Liu Jian, dia tidak mengendahkan keselamatan Qingluo. Zili tidak mengarahkan anak buahnya untuk memeriksa keadaan istana Yuhua pada masa itu.

Perasaan takut kehilangan Qingluo membuatkan Zili menjadi lemah. Segala andaian yang buruk mula bermain difikirannya.

"Chen San, adakah Tuan Puteri cedera?", soal Zili kepada pengawal yang terselamat dalam serangan itu.

"Tuan Puteri tidak tercedera cuma Putera Chu Nan telah menekan titik akupunturnya". Jika dia bertindak dengan pantas pasti semua ini tidak akan berlaku, bagaimana reaksi Liu Jue menghadapi perkara ini, semua persoalan itu terus bermain difikiran Zili.

Setelah berjaya mengawal perasaan dan emosinya, Zili segera menurunkan titah, "kerajaan kita akan menyerang Kerajaan Chen namun sebelum itu hantar seorang wakil kesana terlebih dahulu untuk meminta mereka memulangkan Tuan Puteri dalam keadaan  yang baik tanpa mengalami sebarang kecedaraan. Jika mereka tidak mengendahkan permintaan itu maka kerajaan kita akan meranapkan kerajaan mereka tanpa simpati!"

Man Man Qing Luo (Versi Melayu)Where stories live. Discover now