Chapter 10

557 49 0
                                    


Pada keesokkan harinya Qingluo bangun pada awal pagi dan memakai pakaian lelaki berwarna kelabu. Puan Ketujuh membantu Qingluo dengan menebalkan keningnya agar tidak dikenal oleh sesiapa sekiranya bertembung dengan mereka yang tinggal di kediman ini.

"A'Luo, sekarang tiada siapa yang akan mengetahui kamu adalah anak gadis dari Keluarga Li", ujar Puan Ketujuh puas hati.

Tidak lama kemudian dia bergegas pergi kearah tembok yang akan menjadi jalan keluar buatnya. Melihat betapa bersusah payah dirinya Qingluo berfikir alangkah baiknya jika dia mahir dengan seni qingqong seperti Putera Muda An Qing Wang itu dan merasa cemburu terhadapnya.

Setelah berjaya keluar, tekad Qingluo hanyalah ingin menuju kearah kawasan perniagaan. Namun tidak berapa lama kemudian dia mendengar alunan bunyi seruling yang selalu menemaninya pada waktu pagi. Dia mula mengikuti punca datangnya alunan bunyi seruling itu, tetapi tidak lama kemudian ia segera terhenti dan membuatkan dirinya merasa agak sedikit kecewa.

Tetapi rasa kecewa Qingluo tidak lama kerana tidak lama kemudian, bunyi itu bersambung kembali.

Bunyi tersebut datang dari arah kawasan anak sungai. Terdapat seorang pemuda memakai baju berwarna ungu sedang duduk disitu sambil memegang sebuah seruling jed. Qingluo yakin lelaki ini adalah orang yang bertanggungjawab bermain seruling bersamanya selama ini.

Lelaki itu segera berpaling kearah Qingluo apabila menyedari terdapat seseorang sedang menghampirinya, sambil tersenyum dia berkata "adakah awak berminat bermain seruling?"

"Saya kesini kerana ingin menikmati keindahan alam tetapi terpanggil kemari kerana mendengar alunan seruling awak, maafkan saya jika telah menganggu", balas Qingluo pula.

Lelaki itu ketawa mendengar jawaban Qingluo, "mungkin telah ditakdirkan kita akan bertemu pada hari ini".

"Adakah awak tahu bermain seruling, kalau ya kita bersama boleh memainkannya", tambah lelaki itu lagi.

Tidak lama kemudian terdengar paduan tiupan seruling dari dua orang yang berbakat. Merasa gembira lelaki itu telah mengajak Qingluo untuk pergi bersama sama ke Bangunan Qianfeng yang terdapat di Bandar Feng.

Bangunan Qianfeng adalah sebuah restauran mewah yang terdapat di ibu kota. Oleh kerana Qingluo keluar dengan menyamar sebagai lelaki dia memperkenalkan dirinya sebagai Luo Shan, sebentar sahaja mereka berdua menjadi rapat.

Manakala lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Chen Zili.

Dalam perjalanan ke ibu kota Qingluo merasa teruja kerana itu merupakan pengalaman kali pertamanya bebas keluar dari kediaman. "Berapa jauh lagi untuk tiba di Bangunan Qianfeng?"

"Tidak jauh lagi, dalam masa lebih kurang sejam perjalanan", jawab Chen Zili ringkas.

Walaupun mereka telah berjalan selama dua jam tetapi Qingluo langsung tidak merasa penat.

"Tapi mungkin kalau kita menunggang kuda, masa perjalanan dapat disingkatkan. Awak tahu cara untuk menunggang kuda?"

"Saya tidak pernah menunggangnya tetapi dimanakah kita akan mendapatkan kuda untuk ditunggang?" Soal A'Luo keliru.

"Saya telah meninggalkan kuda saya dihadapan pada waktu pagi. Lebih baik kamu menunggang sahaja bersama saya, agar kita akan segera tiba disana".

Qingluo langsung tidak merasa janggal dan menerima pelawaan itu dengan perasaan yang terbuka. Dia langsung menyambut huluran tangan lelaki itu semasa Chen Zilu telah sedia berada diatas kuda. "Duduk dengan baik", pesannya sebelum mereka memulakan perjalanan.

Kuda itu ditunggang dengan laju, walaupun merasa agak takut tetapi Qingluo langsung tidak menjerit ketakutan. Namun Chen Zili dapat merasakan ketakutannya itu. "Jangan risau, awak cuma perlu berpegang dengan kuat. Saya jamin awak tidak akan terjatuh dan tercedera".

Man Man Qing Luo (Versi Melayu)Where stories live. Discover now