Chapter 71

264 32 0
                                    

Liu Jue terkedu, terdiam seribu bahasa apabila selesai membaca pesan yang terdapat diatas kain sutera itu. Wang Yan sememangnya seorang wanita yang penuh dengan helah!

Makam diraja yang mempunyai kolam air batu merupakan ruangan paling mulia yang hanya menempatkan para Raja yang telah mangkat. Walau berketurunan diraja sekalipun, jika tidak bergelar pemerintah agung maka untuk masuk ke sana adalah mustahil, inikan pula mahu berendam selama dua jam!

Kawasan itu merupakan tempat suci kerajaan mereka, ianya dipenuhi dengan batu jed asli yang sejuk serta kaya dengan mineral semula jadi. Malah tempat itu dikawal ketat oleh pengawal khas yang tidak mempunyai kepentingan peribadi dan tidak berpihak dengan mana mana kuasa kerana tugas serta kesetiaan mereka hanya tertumpah untuk menjaga kawasan itu. 

Disebabkan betapa hebatnya tempat itu, para Raja yang telah mangkat dan dikebumikan disitu tidak akan mereput kerana terawet secara semula jadi. Mereka akan kelihatan seperti orang yang sedang tertidur lena, sama seperti keadaan Qingluo pada ketika ini.

Kolam yang dimaksudkan oleh Wang Yan dikenali sebagai kolam air batu mineral panas Huangling. Setiap tahun, raja yang memerintah mempunyai peluang untuk masuk ke dalam makam tersebut dan hanya boleh membawa isterinya yang sah sahaja!

Bererti jika mahu menyelamatkan Qingluo, Liu Jue harus merelakan gadis kesayangannya itu menjadi isteri Zili. Tujuan utama Wang Yan melakukan ini, adalah untuk menimbulkan pertikaian diantara mereka!!

Akhirnya mereka berdua keluar dari tempat itu, tempat yang membawa kedukaan buat Liu Jue.

Setelah dua jam berjalan keluar dari kawasan istana, mereka melalui kawasan air terjun. Apabila melihat air terjun tersebut, serta merta ingatan Liu Jue melayang mengingati Qingluo dan janjinya untuk sentiasa percaya kepada dirinya.

Ketika itu, dia berjanji bahawa akan sentiasa melindungi Qingluo selagi nyawanya masih di kandung badan. Dan Qingluo mempercayai dirinya sambil menatap Liu Jue dengan pandangan mata bundarnya itu. Tetapi kini, Qingluo hanya tertidur serta tidak boleh membuka matanya lagi.

Adakah dia harus menyerahkan Qingluo kepada Zili?

Bagi menghilangkan kegundahan hatinya, Liu Jue segera terjun dan berendam di dalam air terjun yang sangat sejuk itu. Dia tidak takut akan mengalami demam kerana pada waktu ini perasaannya sangat sedih, kecewa sakit dan terluka, semuanya berkumpul menjadi satu.

Dia tahu Zili menyayangi Qingluo dan pasti tidak akan teragak agak untuk menyelamatkannya tetapi ini bermakna Qingluo harus menjadi isteri kepada Zili. Bukankah ini adalah satu kenyataan yang kejam? Bagaimana pula dengan penerimaan Qingluo apabila dia tersedar nanti?

Walau tidak rela namun Liu Jue tidak mempunyai pilihan lain jika ingin menyelamatkan Qingluo. Akhirnya, dia menangis kerana terpaksa menerima hakikat akan kehilangan gadis kesayangannya itu.

Qi Feng hanya mampu melihat dan merasa simpati terhadap Liu Jue namun tidak mengetahui cara apa yang boleh digunakan olehnya untuk menghilangkan kesedihan yang dialami oleh General Pingnan itu.

Setelah beberapa lama melayani kesedihan, Liu Jue mengajak Qi Feng untuk segera kembali ke istana An Qing dan melaporkan perkara ini kepada ayahnya.

Setelah tiba di istana mereka, Liu Jue segera menukar pakaiannya yang basah lalu tanpa membuang masa menceritakan segalanya kepada An Qing Wangye.

"Ayah, adakah tiada jalan lain lagi yang boleh diambil?" Soal Liu Jue penuh mengharap.

"Ada..tetapi.." sememangnya terdapat jalan lain untuk mengelakkan Qingluo dari menjadi isteri Zili tetapi adakah dia sudi?

"Ini bermakna kita tidak mempunyai jalan keluar yang lain", ucap Zili sambil mengeluh.

"Jika seseorang Raja membawa orang lain yang bukan isterinya masuk ke dalam tempat itu, ia harus menerima hukuman berat mengikut tradisi silam keturunan kita iaitu dikenakan sebatan diraja".

Man Man Qing Luo (Versi Melayu)Where stories live. Discover now