Chapter 58

319 43 2
                                    

"Menteri Li Xiang dan isterinya telah datang!" Suara pembantu jelas kedengaran, memberikan laporan.

Setelah itu, terlihat Li Xiang dan Puan Besar masuk ke dalam dewan utama istana An Qing untuk bertemu dengan ayah Liu Jue. "Maafkan saya Wangye, kerana terpaksa membiarkan anak gadis saya berada disini selama beberapa hari dan menganggu ketenangan Wangye".

"Apa yang awak katakan itu adalah salah, jika Qingluo tidak diculik tiga tahun yang lalu tentu telah lama dia menjadi menantu saya".

"Ya, apa yang dikatakan oleh Wangye itu adalah benar. Malah saya merasa gembira dan berterima kasih kerana Wangye masih sudi untuk menerimanya", balas Li Xiang sambil tersenyum lebar.

Liu Jue segera maju kehadapan dan memberi salam hormat kepada Li Xiang, "harap selepas tempoh berkabung, ayah mertua akan segera menguruskan perkhawinan kami".

Sambil tersenyum lebar, Li Xiang memuji Liu Jue kerana ikhlas terhadap anak gadisnya itu.

Tidak lama kemudian terdengar laporan dari pembantu istana An Qing yang menyatakan bahawa Putera Keempat telah tiba. Setelah itu, kelihatan Zili masuk kedalam dewan utama sambil tersenyum dan memberi salam hormat kepada An Qing Wangye.

Li Xiang berada dalam delima, sebolehnya dia tidak mahu menyinggung perasaan diantara mereka berdua, sama ada istana An Qing atau pun Putera Keempat.

Tanpa membuang masa, Putera Keempat segera menjelaskan maksud kedatangannya iaitu ingin bertemu dan sekaligus mengambil Qingluo untuk keluar dari situ.

"Putera Keempat, kamu terlalu jauh bermimpi", ujar Liu Jue tidak puas hati.

An Qing Wangye tidak sanggup melihat anaknya dibuli sesuka hati oleh Putera Keempat. "Tuanku Putera Keempat, kamu tidak boleh bertindak sesuka hati. Perjodohan Qingluo dan juga Liu Jue telah diberikan oleh mantan Raja terdahulu".

"Wang Shu kamu adalah ayah saudara saya dan merupakan keluarga terdekat yang saya ada ketika ini. Malah kamu juga telah melihat saya membesar tanpa ibu disisi, selama ini Wang Shu sayang kepada saya dan Wang Shu juga tahu gadis kesayangan saya!" Ujar Putera Keempat tidak mahu mengalah.

"Oh..adakah saya telah terlewat", celah Menteri Gu yang tiba tiba sahaja muncul tanpa dikhabarkan oleh pembantu istana An Qing.

"Kamu adalah seorang putera raja yang hebat, tiga tahun yang lalu kamu telah berkhawin dengan anak gadis saya. Sebaik sahaja tiba di Bandar Feng kamu tidak bertemu dengannya tetapi datang kesini untuk membuat masalah!" tambah Menteri Gu tidak puas hati.

Diseluruh Bandar Feng telah tersebar bahawa Putera Keempat seorang yang tidak beretika kerana ingin mengambil tunangan General Pingnan malah dia langsung tidak menghormati isterinya yang telah sedia menanti selama ini membuatkan Menteri Gu sememangnya tidak berpuas hati dan kecewa terhadap menantunya itu.

Walaupun melihat wajah tidak puas hati dari Menteri Gu, Putera Keempat tetap tidak mempedulikannya. "Nampaknya Menteri Gu lupa untuk mengajar kepada anaknya agar tidak mudah merasa cemburu. Bagi seorang lelaki tidak salah memiliki tiga orang isteri dan empat orang gundik dalam satu masa sekaligus. Jika saya menyukai A'Luo, seharusnya Tianlin menyokong saya dengan sepenuh hati kerana ia adalah tugas seorang isteri untuk memberi kesenangan kepada suaminya", malah sikap Putera Keempat langsung tidak memberikan sebarang muka kepada Menteri Gu membuatkan Li Xiang tergamam kerana tidak menyangka akan keberaniannya itu.

Tindakan tidak masuk akal Putera Keempat itu membuatkan Menteri Gu pengsan, akibat menahan perasaan marah.

Tidak lama kemudian Menteri Gu tersedar kembali setelah di tolong oleh beberapa orang pembantu lalu dia diberikan tempat duduk di kerusi yang berhampiran.

Man Man Qing Luo (Versi Melayu)Where stories live. Discover now