Chapter 45

395 50 0
                                    

Cuaca pada hari itu sangat sejuk kerana salji tebal melanda lagi. Lau Zhang adalah pembantu peribadi Putera Keempat dan dia menemaninya bertugas disini semenjak tiga tahun yang lalu.

Lau Zhang berserta para tentera yang bertugas menjaga pos kawalan dikawasan itu meluangkan masa bersama dengan minum wain untuk menghangatkan tubuh masing masing. "Putera Keempat seorang yang sangat pelik kerana sepanjang tiga tahun ini, dia hanya makan sayur kubis sahaja dan tidak pernah merasa bosan", ujar salah seorang daripada pasukan tentera itu kepada Lau Zhang.

"Kamu tidak boleh membincangkan perkara yang berkaitan dengan Putera Keempat dengan sesuka hati", balas Lau Zhang sambil memandang tajam kearah tentera itu.

Tentera tersebut mengetahui bahawa dia telah berkata sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan lalu memohon maaf dengan meminum wain agar Lau Zhang dapat melupakan kata kata yang telah diucapkannya itu tadi.

Sambil mengeluh Lau Zhang berkata, "kali ini saya akan melupakan kata kata awak itu tadi tetapi lain kali kamu harus berfikir jika ingin berkata sesuatu".

Setelah itu Lau Zhang segera mendapatkan Putera Keempat yang sedang menerima bekakan sayur kubis yang baru dan segar. Sayur sayur itu diperolehi dari pekan yang berdekatan dan jika dihitung semula semua kos yang diperlukan untuk membawa bekalan sayuran itu berjumlah sebanyak seratus dua puluh duit perak.

Setelah Qingluo melarikan diri tiga tahun yang lalu, Chen Zili juga mengambil keputusan untuk meninggalkan Bandar Feng dan datang kesini sambil berharap dapat menemui gadis itu terlebih dahulu sebelum orang lain menjumpainya terutama sekali Liu Jue.

Walau bagaimanapun setiap bulan, kediamannya di ibu kota akan mengirimkan surat yang mengandungi laporan terbaru dari sana, namun sejak tiga bulan terakhir ini mereka kini aktif mengirimkan laporan. Setakat ini Chen Zili telah menerima pesanan sebanyak seratus tujuh puluh empat pucuk surat.

"Nampaknya keadaan Bandar Feng tidaklah terlalu sejuk", ujar Chen Zili setelah membaca pesanan yang terbaru.

Seorang pembantu datang membawa makanan dan berhati hati menghidangkannya. "Tuanku, silakan makan".

"Saya tidak tahu hidangan apa yang akan kamu berikan kepada saya hari ini", balas Chen Zili sambil tersenyum.

Kemudian Chen Zili mengambil secawan sup sayur kubis yang telah dihidangkan itu. Sup tersebut kelihatan sangat lazat namun rasanya seperti sup herba yang mengandungi ubat dan dapat membuatkan perut merasa tidak selesa.

Pembantu tersebut memerhatikan perubahan raut wajah Putera Keempat setelah menikmati sup sayur kubis yang telah disediakan oleh pihak dapur. Perkara itu membuatkannya mengeluh perlahan, setelah tiga tahun tiada siapa yang mampu memasak hidangan sup sayur kubis mengikut citarasa yang diinginkan olehnya. Walaupun tukang masak handalan telah dipanggil namun tetap sahaja menemui jalan buntu.

Putera Keempat seorang yang pendiam dan tidak mudah marah namun walau bagaimanapun setiap kali selepas menikmati hidangan sup sayur kubis, wajahnya akan menunjukkan kehampaan membuatkan mereka semua merasa bersimpati dengan keadaan itu. Tidak tahu cara apa lagi yang harus mereka gunakan untuk memasak hidangan yang boleh memuaskan hati Putera Keempat.

"Adakah tuanku tidak menyukai hidangan ini?", soal pembantu itu dengan perlahan lahan dan berhati hati.

"Rasanya sangat sedap tetapi lain kali tidak perlu lagi untuk menyediakan hidangan seperti ini", ujar Chen Zili langsung tidak menggambarkan sebarang perasaan sama ada marah, kesal atau pun suka.

Walau bagaimanapun setelah tiga tahun pembantu itu sangat memahami Putera Keempat dan tahu bahawa hidangan itu tidak menepati citarasanya langsung, membuatkan dia hanya mampu mengeluh perlahan.

Man Man Qing Luo (Versi Melayu)Where stories live. Discover now