Chapter 93

174 23 0
                                    


Kerajaan Ning berjaya mempertahankan Bandar Linnan sebaik sahaja pasukan tentera mereka di pimpin oleh Liu Jue. Kepakarannya dalam teknik penyerangan membuatkan tentera Kerajaan Chen berundur, semangatnya semakin membara apabila mengingati Qingluo.

Pasukan tentera Kerajaan Chen hanya mampu berharap agar tentera pimpinan Liu Jue tidak akan menyeberangi sungai untuk menyerang mereka pula.

Walau bagaimanapun Chu An iaitu Putera Sulung Kerajaan Chen yakin mereka akan mencapai kemenangan memandangkan Puteri Qingluo berada di tangan mereka pada waktu ini. Dengan bangga, dia mengadakan jamuan untuk meraikan kejayaan mereka yang belum tercapai itu.

"Saya mendapat khabar bahawa Puteri Kerajaan Ning yang ditawan oleh awak merupakan seorang gadis yang cantik dan sangat mahir mengalunkan irama guqin. Panggil dia kemari untuk menghiburkan kita semua yang berada disini, pasti jika perkara ini diketahui oleh pihak mereka tentu akan menjatuhkan imej General Pingnan memandangkan dia adalah tunangan Puteri itu", arah Chu An kepada adiknya Chu Nan.

Namun permintaan itu tidak dipersetujui oleh Chu Nan dengan alasan bahawa Qingluo berada dalam keadaan yang tidak sihat. Sekiranya Qingluo tercedera atau meninggal, tentu mereka akan kehilangan tawanan yang berharga.

Walaupun Chu An merasa tidak puas hati dan kecewa tetapi dia terpaksa akur kerana apa yang dikatakan oleh adiknya itu adalah benar.

Bagi Chu Nan pula, walaupun Qingluo berada dalam keadaan yang sihat, dia pasti tidak akan membiarkan gadis itu menjatuhkan imejnya untuk menghiburkan mereka yang menghadiri jamuan tersebut dengan bermain guqin kerana Qingluo hanya untuk dirinya sahaja!

Setelah jamuan berakhir, Chu Nan segera kembali ke kediamannya untuk menemui Qingluo. Walaupun keadaan Qingluo sudah bertambah sihat daripada sebelum ini tetapi keadaannya masih lemah. Ketika tiba di Bandar Huicheng, dia mengalami demam dengan keadaan suhu yang sangat tinggi, setelah berehat selama sepuluh hari, barulah Qingluo memperolehi sedikit tenaga untuk duduk bersandar diatas katil.

Perlahan lahan Chu Nan duduk diatas katil sambil mengingati kata kata abangnya yang ingin menggunakan gadis itu demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Perkara tersebut membuatkan Chu Nan termenung melayan perasaannya sendiri. Seketika kemudian seorang pembantu masuk kedalam bilik itu untuk menyampaikan laporan.

Pembantu tersebut menyatakan bahawa Chu Nan dipanggil untuk pergi ke markas tentera dengan segera oleh Raja kerana situasi berada dalam keadaan genting, memandangkan berkemungkinan besar pasukan tentara Kerajaan Ning akan menyeberangi sungai untuk menyerang mereka. Sebelum beredar pergi, Chu Nan sempat memberikan arahan agar tiada seorang pun yang boleh mendekati Qingluo.

Sampai sahaja ke markas tentera, Chu Nan segera naik ke menara yang paling tinggi untuk meninjau keadaan yang sebenar. Dari jauh, dia dapat melihat kapal perang Kerajaan Ning yang gagah semakin menghampiri mereka dan bersiap sedia untuk melancarkan serangan pada bila bila masa sahaja.

"Hahaha...tindakan mereka ini hanya akan mengancam nyawa Puteri Qingluo!" Ucap Chu An yang turut berada di tempat itu. Chu Nan tahu ketika ini nyawa Qingluo berada dalam keadaan bahaya, dia harus mencari cara yang berkesan dengan cepat agar abangnya ini tidak mempertaruhkan nyawa gadis kesayangannya itu lagi.

"Saya mempunyai cadangan yang baik untuk menjatuhkam moral tentera Kerajaan Ning tanpa perlu menggunakan Puteri Qingluo!"

Tidak lama kemudian, dua puluh orang gadis muda yang memiliki susuk tubuh seperti Qingluo diikat disetiap hadapan kapal dalam keadaan yang tidak terurus dengan rambut mereka terurai sehingga menutup wajah masing masing. Selepas itu, Chu Nan bersiap untuk berperang menghadapi Liu Jue.

Man Man Qing Luo (Versi Melayu)Where stories live. Discover now