Hari terakhir el di Malaysia. Semua berasa sangat sedih. Tak sampai hati ingin melepaskan el pergi. Petang itu el mengunjungi keluarga jas Dan ju. Ummi Dan abah sangat gembira ketika melihat mukanya.
"Ya Allah el! Lama dah tak datang sini. Ummi ingatkan dah lupa"
"Takla ummi el mama boleh lupa ummi"
"Ni datang nak cari jas dengan ju ke?"
'Haah ummi. Dorang ada?"
"Ju keluar dengan abahnya pegi kedai cari barang kejap. Lagi berapa jam balik la tu. El dinner sini ye?"
Tidak Sampai hati ingin menghampakan ummi, dia mengangguk.
"El pegi la naik tengok jas. Tadi dah panggil turun tak turun turun jugak"
Selepas itu el berlalu naik ke bilik jas. El berhenti di hadapan pintu bilik.
"Nak ketuk ke nak rempuh masuk eh?"
Akhirnya el mengetuk pintu.
Pintu dibuka dari dalam. Jas terkejut apabila melihat muka el di hadapan pintu biliknya. Gemuruh rasa di hati.
"Eh el, kau buat ape datang sini?"
Jas membuka pintu luas lalu mempersilakan el masuk. El masuk lalu duduk di sofa di hujung bilik.
"Alaaa datang nak jumps kau pun tak boleh ke?"
Diammm
"Harini last tau aku ada sini. Esok aku dah fly ke UK dengan alang and achik. Kau taknak spend time dengan aku ke? Nanti rindu taktahu"
Jas duduk di sebelah el. Dia memegang tangan el erat.
"Kenapa kau kena pergi eh? Kalau sebab nak sambung study kat Malaysia ni belambak u yang bagus bagus. Kau spm pun tak lepas lagi"
"Mama suruh. Aku tak sampai hati nak tolak"
Okey dia tak tipu. 50-50 kan? Mama suruh dia pegi sebab dia asyik murung jer. Part tu takpayah la cerita.
"Elll kau betul sayangkan ju?"
Jas merenung tepat ke dalam mata el.pandangan mereka bersatu. Lama.
El diam. Kelu. Cuba memberi alasan Yang seboleh bolehnya tidak memerangkap dia kelak.
"I'm trying Tak mudah nak buka hati aku untuk orang lain. Tak mudah juga untun lepaskan apa yang kau buat. Aku taknak paksa kau cerita. Yang aku nak tahu, bila aku balik sini aku nak dengar jawapan yang sebenar. Waktu tu aku Akan buat keputusan untuk tunggu kau atau pilih ju"
Jawapan yang diberikan dirasakan paling tepat.
"Aku dah agak el. Kau letakkan ju sebagai orang ketiga. Kau kejam!" Jas merintih di dalam hati.
"Okey fine kalau tu kata kau. Tapi macam mana kalau kau jumpa orang lain kat sana? Jangan ingat aku tak kenal kau el. Aku kenal kau lebih daripada kau kenal diri sendiri. Kau Akan mudah rasa selesan dengan layanan orang yang terlalu caring dengan kau. Lepastu kau layan macam bagi harapan. Then apa kau buat? Kau cakap aku anggap kau kawa je. Macam tu?"
Soalan yang keluar daripada mulut jas bagaikan kilat yang menyambar dirinya. Pedih. Terasa di lubuk hati. Ada betulnya kata jas. Tapi el ego. Tetap dengan dirinya.
"Kalau aku jatuh hati kat sana, cukup kat sana. Aku takkan bawa sampai sini. Cukup waktu aku lepaskann"
See? El tetap el. Ego.
"Cakap macam senang el. Sapa pun boleh cakap. Okey aku tunggu kau. Apa pun jadi aku tetap tunggu kau. Sampai waktu aku nak tengok apa pilihan kau. Sebab kau ego. Pentingkan diri. Langsung tak fikir perasaan orang!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Only You (GxG) ✔
Teen FictionKisah percintaan yang penuh dengan rahsia tersembunyi antara dua manusia dalam persahabatan sehingga menemui pengakirannya tersendiri . Bahagia? Atau derita? Apa yang diharapkan dalam sebuah hubungan percintaan yang dilarang? Aku hanya seorang bu...