BAB 11

2.4K 99 10
                                    

"Adikkkk"

El terjaga daripada "tidurnya".Dipandang sekeliling wad. Kosong. Sekosong hatinya. Dipadang sekilas jam yang tergantung di dinding putih itu. Pukul 5 pagi. Patutla kosong.

"Huh"

El melepaskan keluhan berat. Sarat dengan pelbagai maksud. Rindu, Marah Dan benci.

Dia mengangkat kedua lututnya lalu merapatkan ke dada. Tangan pula erat memeluk kedua dua kakinya. Dia memandang lurus ke luar tingkap.

Gelap.

El memang sukakan gelap. El terus memikirkan hala tujunya selepas ini. Dia bagaikan diberi peluang kedua. Dia bertekad untuk melepaskan masa lalunya Dan mencari kegembiraannya sendiri. Membahagiakan orang sekelilingnya.

Sedang asyik dalam dunia khayalannya, pintu terdengar pintu biliknya dibuka. El menoleh. Ingin tahu siapa Yang sanggup datang seawal itu untuknya.

Ju. Satu nama yang sentiasa hadir sepanjang tidurnya. Satu share yang tak jemu mumujuknya untuk bangun.

"El"

Ju terkaku. Dia merenung el dengan mata yang sarat dengan perasaan. Tanpa menunggu dia pantas mendapatkan el.
Tubuh kurus el dipeluknya erat. El pula membalas pelukan gadis yg tinggi lampai itu dengan senyuman.

"Lamanya awak tidur. Kesian saya. Takde kawan dalam kelas. Sampai hati" ju meluahkan rasa.

"Alaaa ni aku dah bangun kan. Kau jangan la macm ni aku tidur balik kang" El tersengih nakal.

"Eiiii benci la awak ni"

"Betul benci?"

"ye saya B. E. N. C I. awakk"

Ju memusingkan badannya ingin pulang. Namun belum sempat kaki melangkah tangan nya ditarik sehingga terduduk di sebelah el.

"Janganla benci aku. Aku bangun ni untuk kau tahu? Sebab tiap ii hari aku dengar Ada orang tu bisik kata dia sayang aku rindu aku. Mengadu soalan add math susahla kena ganggu dengan students laki laa sebab aku kesiankan dia ler aku bangun ni tapi dia dah benci aku hmm"

El meletakkan dagunya di bahu ju. Gadis itu jelas tersentak. Pipinya memerah menahan rasa. Bibir menguntum senyuman semanis madu.

"Aku dengar Ada orang tu tak jemu nak masakkan untuk aku. Harini takde ke? Lapar ni"

Ju mencapai bekas di hujung katil el lalu membuka penutupnya.

"Wahh Ada nasi goreng seafood"

"Yup. Sepanjang awak tak sedar budak berempat tulha yang habiskan"ju ketawa kecil

"Cis! Bukan nak tunggu aku sedar Nak makan je rupanya"

"Dah dah mari makan saya suapkan"

Maka el pun makan dengan berseleranya ditemani bidadarinya.

******************************

Selepas mendapat khabar gembira semua berkumpul di bilik el pada waktu petang. Semua kelihatan gembira terutamanya mama el. Dia kelihatan lega kerana puteri nya sudah mampu tersenyun Dan bergelak ketawa semula.

"El, lagi sebulan alang dengan acik fly ke UK. El nak ikut tak? Kitorang tak paksa el, el fikirlah duly yer. Ni semua untuk kebaikan el juga"Elvin menepuk perlahan bahu adiknya.

"Bagi el masa. Seminggu sebelum tarikh tu el janji el bagi keputusan"

"Kalau tu kata el papa ikut je. Papa nasihatkan el fikir baik baik."

"Baik pa"

"Kitorang nak balik dulu, malam ni Ada kenduri doa kesyukuran sempena kau dah sedar. Ni budak berlima ni ada temankan kau. Kau kan penakut"

Only You (GxG) ✔Where stories live. Discover now