" eh el Lama tak nampak awak, macam mana dah sihat?" Soal makcik zahidah kerani sekolah.
"Eh sihat makcik. Alhamdulillah makin baik lepas operation. Bersyukur sangat. Ni el datang ni nak minta surat berhenti sekolah" el memberitahu tujuannya selepas bersalam.
"Laaaa awatnya nak berenti? Tahun depan last kan? Rugi laaa lepas ni takleh dahla nak kacau hang. Aduhh nak mengorat sapa lepas ni?"
Pak cik cleaner Yang kebetulan lalu menyampuk perbualan mereka. El menjeling. Sungguh meluat dengan duda beranak satu itu. Gatalnya ya ampun. Misainya Yang lebat bergerak gerak setiap kali melihat perempuan lalu di hadapannya.
"Sibok aje kau ni zam. Dah pegi bersihkan bilik Guru tu"makcik zahidah menyelamatkannya.
"Bukan apa makcik saya kena ikut abang dengan kakak study overseas. Mama suruh sambung sana terus dah habis nanti baru balik boleh terus tolong along jaga company" el berkata jujur. Jujur ke? Alaaa betulla tu.
"Haaa elok La tu. P sana nanti belajaq elok elok jangan La lupa kami kat sini. Kalau panjang umuq awak datang La melawat mak cik ye jangan lupa pulak"nasihat makcik zahidah.
El hanya mengangguk lalu tersenyum manis.
"In shaa Allah makcik. Panjang umur saya datang jumpa makcik"
Setelah mengucapkan terima kasih Dan mendapatkan surat berhenti sekolah el melangkah ke bilik pengetua. Takpayah jumpa Guru kelas el malas nak berdrama air mata. Jumpa ja terus pengetua senang. Settle masalah. Dia bukannya rapat dengan Guru Guru di sekolah ini. Dia hanya membantu apa Yang patut dibantu Dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelajar Dan pengawas.
Setelah mendapat kebenaran, dia melangkah masuk perlahan lahan.
"Puan, saya nak mintak tanda tangan surat berhenti sekolah" el menyerahkan borang Yang telah diisi kepada puan Fatimah.
"Hmmm kamu study overseas mana nanti"
"UK puan"
"Bagus lah tu, belajar elok elok kat sana. Nanti jangan lupa balik sini"
"In shaa Allah puan"
"Saya mewakili warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada awak atas segala sumbangan awak selama awak bersekolah di sini. Nampaknya sekolah akan kehilangan seorang pelajar Yang berdedikasi macam awak" puan Fatimah menyerahkan borang Yang telah siap ditandatangani kepada el.
"Sama sama puan, apa Yang saya buat semuanya untuk membalas jasa Guru Guru. Terima kasih puan. Sampaikan salam saya untuk Guru guru semua"el berkata sambil berpelukan dengan puan fatimah.
"In shaa Allah el"
El keluar dari pejabat dengan nafas lega. Selesai satu urusannya. Tinggal untuk pergi ke kelas Dan memaklumkam tentang tujuannya.
"Assalamualaikum" kelas Yang ketika itu bising kerana ketiadaan Guru senyap secara tiba tiba
"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak.
"Next year aku dah takda kat sini aku pindah overseas, hope korang jawab exam baik baik kalau taktahu jangan diam. Aku nak minta maaf sepanjang kita kenal if aku ada sakitkan hati korang or terasa dengan aku. Maafkan aku"
Seluruh kelas diam. Tiba tiba mereka bangun lalu merapati el. Yang perempuan memeluk el beramai ramai manakala Yang yang lain memandang dengan mata Yang sayu.
"Alaaa lepas ni dewa add math dah takda La ye? Sapalaa kitorang nak mintak tunjuk ajar.kau takpayah La pindah"hadifah bersuara sayu
"Elehh kau dif ni haaa si syaf di pun dewa addmath jugak tapi takpayah nak berdrama"

ANDA SEDANG MEMBACA
Only You (GxG) ✔
Fiksi RemajaKisah percintaan yang penuh dengan rahsia tersembunyi antara dua manusia dalam persahabatan sehingga menemui pengakirannya tersendiri . Bahagia? Atau derita? Apa yang diharapkan dalam sebuah hubungan percintaan yang dilarang? Aku hanya seorang bu...