BAB 20

2.3K 81 35
                                        

"Assalamualaikum"

El memberi salam dihadapan pintu Yang terbuka di hadapannya.

"Waalaikumussalam, el umi rindu kamu"

Selepas selesai berpeluk Dan berdrama airmata el dijemput masuk.

El memerhati sekeliling.Susunan perabot di ruang tamu rumah menampakkan suasana elegant.Perabot Yang dibeli semuanya berwarna gelap manakala dinding diwarnakan dengan warna cerah.

"Dudukla dulu. Kalau rasa nak duduk kat taman luar tu ambik angin pergila. Ju dengan jas keluar beli barang. Sekejap lagi balik La tu.umi nak masak kejap"

"El nak tolong boleh?"

"El takpayah duduk je. Umi nak masak special untuk el"

El mengangguk sambil tersenyum lalu duduk di sofa yang terletak hampir dengannya.

El sengaja datang awal dua jam sebelum waktu berbuka.Ingin memberi ruang agar dirinya bersedia.Bosan duduk di sofa dia bangun berjalan ke luar. Duduk di kerusi yang disediakan. Merenung pokok pokok yang ditanam. Baru dia perasan ada pokok bunga rose di hujung kawasan rumah.

El berjalan lalu duduk hampir dengan pokok rose itu. Semakin kuat rasa rindunya terhadap jas. Teringat apa yang terjadi Sekarang menambahkan kesesalannya.

"Kalaula aku tak jumpa dia dulu, kalaula aku tak mudah jatuh cinta mesti semua ni tak jadi"

El mengeluh.

"Pokok tu aku yang tanam sebab rindu kau. Aku jaga pokok tu macam aku jaga perasaan aku selama kau kat sana. Yalaa kau bahagia sangat kat sana sampai tak ingat aku. Aku harap kau pegang la janji kau"

Terkejut dengan suara yang datang secara Tiba tiba, pantas el bangun lalu memusingkan badannya.

"Jas"

Tanpa kata jas terus menerpa ke arah jas lalu memeluk erat tubuh yang semakin tinggi itu. Jelas terlihat perbezaan ketinggian mereka.

"Kau jahat"

"Kau lupa aku"

"Aku benci kau"

El tersenyum hambar lalu membalas pelukan jas. Erat. Dia hanya membiarkan jas meluahkan apa yang dipendam. Dia sedar dia salah. Dia layak

"Aku minta maaf okey? Dah dah aku dah ada depan kau ni"

Jas melepaskan pelukan lalu merenung el. El kelihatan lebih dewasa Dan matang. Dari segi gaya Dan juga percakapannya.

"Hai el. Rindu awak"

Ju datang lalu memeluk el. El membalas Tanpa teragak agak. Selepas melepaskan pelukan baru dia perasan Akan kewujudan seorang lelaki di sebelah ju. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Dia membalas dengan senyuman yang teragak agak.

Sedar akan suasana hambar ketika itu ju bersuara.

"El kenalkan ni tunang saya khairul.Sorry sebab tak jemput awak saya taknak ganggu awak study. Khairul ni el kawan sekolah saya dulu. Dia study overseas and baru balik semalam"ju memperkenalkan lelaki di sebelahnya dengan suara yang ceria.

El sedikit terpana namun tiada sekelumit pun perasaan kecewa di hatinya. Malah dia berasa lega. Lelaki dia hadapannya kelihatan baik Dan alim. Dia yakin khairul boleh menjaga ju dengan baik.

"Jom masuk dulu, setengah jam lagi nak berbuka dah"

Mereka melangkah masuk Dan berkumpul di meja makan.

Selepas berbuka mereka berbual bual Dan bercerita tentang pengalaman el ketika belajar. El juga sempat menimba pengalaman bekerja di sana di syarikat bapa saudaranya selama setahun sebelum "dipaksa" pulang.

Only You (GxG) ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang