Aku bangun dari tilam yang aku tidur dan menapak keluar dari bilik aku yang sempit ini. Aku memandang ruang tamu yang suram ini, omma belum bangun lagi nampaknya. Aku terus ke dapur hendak menyediakan sarapan buat omma.
"Somi-ya?"
Aku mengangkat kepala aku dan memandang omma yang sudah berdiri di hadapan meja makan. Aku tersenyum. "Duduklah, omma. Saya dah buatkan sarapan untuk omma."
Omma tersenyum dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. "Terima kasih, Somi."
"Sama-sama." Balasku dengan nada ceria. Setiap hari aku berusaha membuat omma tersenyum. Sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja. Aku tetap berusaha nak bahagiakan omma.
"Kamu sekolah kan hari ni?" Soal omma sambil mencapai cawan tea yang aku baru sahaja letak dihadapannya.
Aku angguk laju.
"Duit--" Baru sahaja omma bercakap, aku terus potong.
"Tak apa, omma! Duit belanja saya masih ada. Tak apa." Aku tersenyum manis.
"Tapi..."
"Tak apa. Omma simpan je."
Omma angguk perlahan dan mula menyuap roti ke dalam mulutnya.
Aku tipu. Duit belanja aku habis beli makanan untuk omma. Aku sanggup berlapar untuk omma. Dan belikan omma makanan untuk makan walaupun duit itu untuk pembelanjaan aku.
Sejak appa meninggal, omma bekerja mencari duit untuk membayar yuran sekolah aku. Ada kakak pun, dah lari sebab tak tahan hidup susah dengan kami.
Tinggal aku dan omma.
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry • Jeon Jungkook
FanfictionAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...