• 37 •

1.4K 75 0
                                    

"Jeon Haneul!!"

Bahu aku tersentak mendengar jeritan Jungkook. Tubuh kecil Haneul aku peluk erat. Wajahnya aku sembamkan didada aku. Aku memejam mata erat.

"Aku dah kata jangan bagi budak ni masuk bilik aku! Kau tak reti bahasa ke?!"

"Saya minta maaf. Saya minta maaf. Saya salah." Aku meminta maaf sambil kepala aku ditunduk beberapa kali. Haneul didalam pelukan aku semakin kuat menangis kerana mendengar jeritan Jungkook. Ya, aku salah. Aku cuai. Aku lupa tutup pintu bilik Jungkook lepas kemas dan Haneul masuk tanpa aku sedar. Kertas-kertas kerja Jungkook habis dikerjakan oleh si kecil ini. Hampir sahaja tangan Jungkook hendak naik. Aku terus peluk tubuh anak aku. Takut.

Jungkook mengeluh kuat. "Keluar."

Mendengar ayat itu, aku terus angkat tubuh Haneul. "Maaf." Aku bongkokkan tubuhku lalu menapak laju keluar dari bilik tidurnya. Aku pasti, lelaki itu tidak akan tidur malam ini kerana hendak menulis semula kertas-kertas kerjanya yang rosak tadi.

Peringatan untuk kau, Somi.

Maaf, Jungkook. Saya cuai.

[C] I'm Sorry • Jeon JungkookWhere stories live. Discover now