• 42 •

1.4K 78 0
                                    

Aku memandang pelik kearah Jungkook yang sedang menyikat rambut Haneul. Kali pertama aku melihat lelaki itu baik melayan Haneul.

"Somi."

Aku tersentak. Aku memandang Jungkook yang sedang duduk bersila diatas katil membelakangi Haneul.

"Ye?"

"Kau nak susukan Haneul ke?" Soalnya.

"Oh?" Aku mendekati katil. Pipi aku membahang. Jungkook tidak berganjak dari katil selepas selesai menyikat rambut Haneul.

Drtt.. Drtt..

Aku menghela nafas lega apabila melihat telefon Jungkook bergetar. Lelaki itu terus menjawab panggilannya sambil menuruni katil dan menapak keluar ke balkoni. Aku angkat tubuh Haneul dan baringkn diatas ribaku.

"Haneul lapar ya?" Melihat Haneul tersengih comel, aku turut tersenyum. Aku angkat sedikit hujung baju lalu menyusukan Haneul. Aku duduk membelakangi balkoni.

Tak lama itu, aku terdengar pintu sliding ditolak. Jungkook sudah masuk. Aku menoleh kebelakang memandang Jungkook. Lelaki itu menapak kearah katil sambil menatap telefonnya. Aku mengalihkan pandanganku memandang wajah Haneul. Mata Haneul sudah layu. Mulutnya masih bergerak.

"Tak lenguh ke belakang kau?"

"Hah?" Aku menoleh memandang Jungkook yang sedang bersila dibelakangku.

"Sini." Jungkook terus duduk di belakang aku, membelakangiku. Dia menarik tubuhku supaya tubuhku bersandar dengan belang tubuhnya.

"Apa awak buat?" Aku menyoal. Pelik dengan Jungkook.

"Kau akan sakit belakang kalau kau menyusu Haneul macam tu. Kau selalu susukan Haneul bersandar kat kepala katil kan?"

Aku angguk. Betul. Aku terharu dengannya.

"Dah?" Soal Jungkook selepas lama berdiam diri. Mungkin dia perasan yang aku sedang membetulkan bajuku selepas Haneul sudah lena tidur.

"Dah." Balasku lalu meletakkan tubuh kecil Haneul ditengah-tengah katil. Dua biji bantal aku ambil dan letak dikedua belah sisi Haneul supaya dia dia berguling jauh. Jungkook pula hanya diam memerhati aku.

"Awak nak makan apa? Saya pergi beli." Soalku apabila menyedari sekarang adalah waktu makan tengahari.

"Tak perlu. Aku dah order."

Mataku membulat.

Ting Tong...

"Dah sampai." Kata Jungkook lalu menuruni katil meninggalkanku.

Buat kali pertama, Jungkook melayannya begini. Bercakap dan bertanya  denganku seperti ini.

Jungkook, awak okay?

[C] I'm Sorry • Jeon JungkookWhere stories live. Discover now