"Good morning, semua." Ucap Puan Jeon sebaik sahaja dia tiba ruang makan. Dia memandang dua anak lelakinya serta suaminya yang sedang membaca surat khabar.
"Morning too, ma." Balas Wonwoo lalu menyambung menikmati sarapan paginya.
Puan Jeon tersenyum melihat anak sulungnya. Matanya kemudian beralih pada Jungkook. "Jungkook, mana isteri kamu?" Soal Puan Jeon.
"Molla." Jawab Jungkook dan membuatkan Tuan Jeon serta Wonwoo memandang kearah Jungkook. Matanya tidak memandang kehadapan malahan dia hanya memandang pinggan makannya.
"Jungkook, isteri kamu sedang mengandung anak kamu. Dan kamu langsung tak ambil berat tentang dia." Kata Tuan Jeon sambil menutup surat khabarnya.
Puan Jeon mengeluh. "Jungkook, kamu yang buat dia macam tu. Kamu kena laksanakan tanggungjawab kamu."
"Tahu. Sebab tu saya kahwin dengan dia." Balas Jungkook dengan nada malas.
"Jangan buat sebab terpaksa, Jungkook. Ini salah kamu, dan kamu kena jaga dia baik-baik macam mana omma dia jaga. Dia isteri kamu." Kata Puan Jeon.
Jungkook terdiam. Manakala Wonwok hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur.
"Jungkook, appa dah cakap banyak kali. Lupakan Yein, dia tak sesuai untuk kamu. Appa kenal dia dan keluarga dia macam mana. Sebab tu appa tak pernah suka kamu berkawan dengan budak tu." Kata Tuan Jeon lagi.
Jungkook mengetap giginya menahan geram. Peristiwa dimana dia melihat Yein, gadis yang dia sayangi berciuman dengan lelaki lain dihadapan matanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/168828959-288-k133699.jpg)
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry • Jeon Jungkook
FanficAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...