• 23 •

1.4K 79 0
                                    

Aku menutup perlahan pintu bilik selepas masuk ke dalam. Agak lewat aku masuk tidur sebab ralit bersembang dengan omma dan mama. Jungkook memang lepas makan malam dia terus terperap dalam bilik buat kerja.

Mata aku terus tertumpu kearah sofa di mana Jungkook sedang baring. Lelaki itu berselimut dari kaki hingga leher. Aku tak tahu kenapa tapi kaki aku terus menapak kearah sofa. Mata aku tak lepas memandang wajah Jungkook. Bohong kalau aku kata aku tak cair dengan dia. Setiap hari aku tengok muka dia, tak jemu.

Sampai di hadapan sofa, aku terus memanggilnya. "Jungkook.."

Tidak bersahut. Kemudian aku dapat dengar dengkuran kecil darinya.

Tangan aku terus berani hendak menyentuh wajahnya. Bukan tak pernah aku berbuat seperti ini. Aku juga mengidam nak sentuh dia. Nak peluk dia tapi tak boleh.

Tangan aku mula mengusap wajah Jungkook dengan perlahan. Tak mahu dia terjaga. Kalau tak habis aku. Dahi aku berkerut apabila merasa suhu Jungkook. Panas. Aku terus menyentuh dahinya. Panas. Tak puas didahi, aku menyentuh lehernya pula.

Awak demam, Jungkook....

[C] I'm Sorry • Jeon JungkookWhere stories live. Discover now