Aku membuka mataku perlahan. Sedar dimana aku sedang baring dan bersama siapa aku tidur bersama tadi membuatkan aku terus bangkit dari pembaringan. Nampaknya aku tertidur diatas tilam kecil Haneul semasa aku sedang menyusukan si kecil itu. Tapi...
Mana Haneul?
Aku pandang sekeliling ruang tamu ini. Aku mula menggelabah apabila melihat Haneul tiada di ruang tamu. Baru sahaja aku hendak bangun, bunyi tapak kaki membuatkan aku menoleh kearah tangga. Mata aku membulat melihat Jungkook sedang menuruni tangga sambil mendukung Haneul yang sudah terlentok dibahunya.
Haneul bersama Jungkook?
Lama sangat ke aku tidur sampai aku tak sedar sejak bila Jungkook pulang?
Aku masih memandang Jungkook yang sudah berdiri dihadapan aku. Lelaki itu mula duduk cangkung dan meletakkan tubuh kecil Haneul keatas tilam perlahan-lahan, disebelah aku. Matanya kemudian beralih memandang aku.
"L-lama dah ke awak balik?" Soalku masih kaku duduk disebelah tilam Haneul.
"Sejam yang lepas."
"J-jinja?"
Jungkook anguk perlahan. Pandangan matanya kemudian beralih memandang Haneul. "Haneul nak ikut aku naik keatas. Aku bawa dia masuk dalam bilik aku."
"Haneul tak tidur masa awak balik tadi?" Soalku terkejut. Aku risau bila dengar Haneul masuk bilik Jungkook.
"Haah. Dia tengah menyusu masa aku sampai tadi."
Mendengar itu, pipi aku membahang. Bukan sebab aku malu kerana tidur disini tapi aku malu sebab Jungkook melihat badan aku. Aku langsung tak sedarkan diri semasa menyusukan Haneul.
"Kenapa pipi kau merah?"
Soalan Jungkook membuatkan aku tersedar. Kedua belah pipiku ditekup dengan tapak tangan.
"M-mana ada."
"Malu?"
"Hah?"
"Macamlah aku tak pernah tengok badan kau." Dengan selamba Jungkook berkata.
What?!
Kalau aku ada fobia selepas apa yang berlaku antara aku dan dia, mungkin dah lama lelaki ni mati aku kerjakan. Dan aku takkan berkahwin dengan lelaki ini.
"Betul kan?" Kening Jungkook terangkat.
"Yah!"
Pantas Jungkook menekup mulutku. Mata kami serentak memandang Haneul. Si kecil itu masih lena tidur walaupun aku terjerit tadi.
Jungkook mengalihkan tangannya lalu berdiri tegak. "Dahlah. Sekarang aku nak kau kemas baju kau dan Haneul. Kita akan pergi Busan petang ni." Katanya lalu menapak kearah dapur.
Aku masih lagi blur.
Busan?
![](https://img.wattpad.com/cover/168828959-288-k133699.jpg)
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry • Jeon Jungkook
FanficAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...