Aku menyuap bubur ke dalam mulut Jungkook. Semalam dia dah sedarkan diri, hari ini aku berharap anak kami yang pula sedar. Aku berharap sangat.
"Saya nak tengok Haneul kejap lagi, boleh?"
Aku menatap anak mata Jungkook sebelum senyuman lebar aku berikan kepadanya.
"Sudah tentu boleh. Janji awak kena habiskan makanan awak dulu." Kataku dengan nada lembut. Wajah Jungkook yang terdapat luka calar dan lebam itu aku tatap.
"Baik.."
••••
Aku memerhatikan Jungkook yang kini duduk diatas kerusi disebelah katil Haneul manakala aku pula duduk dibirai katil. Tangan si kecil ini tak lepas digenggam oleh Jungkook. Sesekali tangan itu dicium beberapa kali. Aku yang jadi pemerhati hanya menahan sebak. Sebak kerana melihat keadaan anakku dan sebak melihat betapa risau dan sayangnya Jungkook terhadap anak kami.
"Sayang appa.. Anak appa kuat kan?"
Aku menyentuh bahu Jungkook lalu mengusapnya. Lelaki itu terus memandangku dengan mata yang sudah basah.
"Nanti dia bangun kan, sayang?"
Air mataku mula bergenang. Aku angguk laju. Jungkook terus memeluk pinggangku. Kepalanya diletakkan atas pahaku. Aku usap lembut rambut Jungkook sebelum mataku beralih memandang wajah Haneul.
Cepat sedar, sayang...
••••
Aku duduk berhadapan dengan seorang perempuan yang telah melanggar suami dan anakku. Sejak tadi dia tidak bersuara dan sibuk membelek kukunya. Wajahnya sombong apabila dia menatap aku yang sedang menatapnya.
"Kenapa kau langgar suami dan anak aku?" Aku membuka mulut. Senyuman sinis terukir dibibirnya.
"Entahlah. Aku rasa macam nak langgar orang je hari tu."
Pak!!
Bahu perempuan itu terhincut apabila aku menghentak meja kuat. Aku menatapnya tajam.
"Kau.. kau siapa sebenarnya?!" Aku cuba menahan amarah aku apabila melihat perempuan dihadapan aku ini memandangku dengan senyuman sinisnya.
"Aku Jung Yein. Kekasih Jungkook. Kekasih suami kau." Katanya angkuh dengan wajah tidak bersalah.
Aku tersenyum sinis. Jung Yein... Aku pernah dengar pasal dia. Aku ketawa kecil dan membuat Yein diam memandangku.
"Sorry, Cik Yein. Pembetulan.. Kau, BEKAS kekasih suami aku. Faham?"
Yein terdiam.
"And.. Mana ada kekasih langgar kekasih dia sendiri.. Bodoh sangat manusia tu. Tak ada perasaan. Syaitan." Kataku lalu mengangkat sebelah keningku apabila Yein tidak membalas. Dia kelihatan sedang menahan amarahnya.
"Kalau jadi apa-apa dekat anak aku, kami takkan maafkan kau."
••••
Aku menapak lemah kearah bangku yang tersedia di taman ini. Punggung aku dilabuh lalu aku mengeluh berat. Mataku memandang kearah tasik yang berada dihadapanku. Dada aku masih sakit dan sesak. Aku cuba menahan air mataku dari jatuh tapi gagal. Berat dugaan yang aku lalui.
Drtt.. drrttt..
Aku mengelap air mata aku lalu mencari telefon bimbitku didalam beg tangan.
'Wonwoo oppa'
Tak berlengah, aku menjawab panggilan tersebut.
"Somi-ya, Haneul..."
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry • Jeon Jungkook
Fiksi PenggemarAku hanya anak org susah. Ibu aku hanya pembantu rumah disebuah banglo milik jutawan. Disebabkan kami dihalau oleh kakak aku sendiri, pasangan jutawan itu memberi kami tempat tinggal, didalam banglonya. Aku juga boleh bantu ibu membuat kerjanya di d...