• 44 •

1.4K 72 4
                                    

Aku menapak mendekati katil sambil mengeringkan rambutku dengan tuala kecil. Aku tersenyum melihat Haneul dan Jungkook masih tidur sambil Jungkook memeluk tubuh kecil Haneul. Aku rasa bahagia. Aku dapat merasai kebahagian. Aku duduk dibirai katil sambil memerhati setiap inci wajah Jungkook. Haneul memang miliki bibir dan hidung seperti bapanya. Tanpaku sedar, sebelah tangan aku naik menyentuh rambut lebat lelaki itu.

"Emm.." Jungkook bergerak.

Aku terus tersedar dari lamunan dan menarik tanganku kembali.

"Dah pagi, Jungkook." Kataku. Jantungku berdegup laju. Wajahku membahang. Wajah Jungkook yang baru bangun tidur itu membuatku cair.

Comel.

"Awak dah mandi eh?" Soal Jungkook dengan suara seraknya. Dia menenyeh matanya.

Aku terdiam. Awak? Jungkook guna bahasa 'awak' ke tadi?

Jungkook bangkit dari pembaringan. Dia mengeliat sikit. Wajahku yang tidak lepas memandangnya dipandang.

"Kenapa?"

Aku geleng laju.

"Tak ada apa-apa."

Jungkook tersenyum sedikit. Dia kemudian baring kembali disebelah Haneul. Pipi tembam si kecil itu diciumnya beberapa kali dan membuatkan tidur Haneul terganggu.

"Bangun, Haneul." Punggung kecil yang dilapik pampers itu ditepuk perlahan. Haneul kemudian mencelik matanya dan terus bangun. Si kecil itu kemudian menyandarkan tubuhnya didadaku dan membuatkan Jungkook ketawa kecil.

"Comel."

Aku tersenyum bahagia. Jungkook berubah seperti yang aku mahukan. Seorang Jungkook yang menyayangi keluarganya.

Terima kasih kerana cuba berubah, Jungkook.

Terima kasih kerana cuba berubah, Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I'm Sorry • Jeon JungkookWhere stories live. Discover now