Aku mengaru kepala aku sambil memandang Jimin yang dari tadi tak henti-henti muntah.
Siapa yang mengandung ni?
Aku hari ni muntah takdelah seteruk Jimin. Ini dah melampau sambil nak makan, baring pun muntah.
"Jimin.. Awak okay?" Soal aku sambil mengusap belakang lelaki itu.
Jimin hanya mengangguk kecil. Dia berkumur lalu membasahkan mukanya.
Aku memeluk lengan Jimin sambil berjalan kearah katil. "Awak nak ubat?"
"Taknak..." Rengek Jimin seperti budak kecil.
Aku mengetap bibir menahan ketawa. Comel! Aku rasa nak gigit je.
"Nak peluk..." Rengek Jimin lagi sambil memeluk pinggang aku.
"Okay-okay.. Meh." Aku baring cepat-cepat disebelah Jimin. Jimin menyandarkan kepalanya didada aku. Tangannya memeluk pinggang aku. Rambut Jimin aku usap lembut.
"Sorry buat awak macam ni, Jimin." Kata aku perlahan. Rambutnya aku cium sekilas.
"Tak apa.. Bukan salah awak. Dah nak jadi dekat saya kan.." Kata Jimin lalu mendongak memandang aku. Aku hanya tersengih.
Jimin kembali menyandarkan kepala di dada aku. Tak lama itu, aku dapat dengar dengkuran halus darinya.
YOU ARE READING
[Complete] Pregnant • Park Jimin
FanfictionTerima kasih, Park Jimin kerana selalu ada dengan saya... Start ; 28.11.2018 End ; 17.12.2018