"Sayang! Awak okay?" Soal Jimin cemas apabila melihat aku terbongkok memegang perut aku. Dahi aku berkerut menahan sakit.
"Y-ya, saya okay." Jawab aku sambil tersenyum nipis.
Riak wajah Jimin kelihatan sungguh risau. Dia membawa aku duduk disofa. "Awak kenapa? Sakit sangat ke?" Soal Jimin sambil meraba-raba perut aku.
Aku tergelak kecil melihat kecomelannya. "Saya okay. Dah tak sakit. Biasalah tu ada rasa sakit-sakit macam ni." Kata aku sambil mengusap pipinya. Wajahnya bertukar sayu memandang aku.
"Kenapa perlu ada sakit-sakit macam tu? Saya tak suka tengok awak sakit. Saya tak suka." Kata Jimin sambil menggeleng kecil,
Aku tersenyum lagi. Macam mana aku tak jatuh cinta.. Jimin sangat baik pada aku. Aku sakit sikit je dah risau macam ni.
"Jangan sakit lagi tau. Jangan buat kerja berat masa saya tak ada."
Aku angguk. "Baik, Encik Park.."
Jimin ketawa kecil. "Lama saya tak dengar awak panggil saya macam tu.."
"Itu dulu.. Semasa saya kerja jadi pembantu awak, sayang."
YOU ARE READING
[Complete] Pregnant • Park Jimin
FanfictionTerima kasih, Park Jimin kerana selalu ada dengan saya... Start ; 28.11.2018 End ; 17.12.2018