Aku membuka mataku perlahan. Kepala aku pening. Mata aku membulat apabila teringat kejadian petang tadi. Baby aku! Jimin!
Bunyi pintu dibuka membuatkan aku menoleh. Jimin.. Dia melangkah mendekati aku sambil membawa mangkuk bubur dan segelas air.
"Awak dah rasa okay, sayang?" Soal Jimin dengan senyuman manisnya. Aku nak menangis. Entah kenapa aku rasa nak menangis melihat dia senyum macam tu.
Aku tersedar dari lamunan apabila merasakan pipi aku dicium. Jimin sudah duduk diberai katil disebelah aku. Aku rasa serba salah sebab merajuk dengan dia petang tadi.
"Nasib baik baby tak apa-apa. Awak jangan kasar sangat tau." Kata Jimin dan membuatkan aku memegang perut aku yang sudah buncit. Air mata aku menitis. Terus aku peluk Jimin dan menangis teresak-esak dibahunya.
"Eh? Janganlah nangis, sayang. Saya minta maaf." Kata Jimin dengan nada lembut. Makin teruk aku menangis.
"Saya yang patut minta maaf sebab marah awak." Kata aku lalu menyembamkan wajahku dilehernya.
"Saya salah sebab tak tengok dulu isi dalamnya apa. Main buang je." Kata Jimin. Belakang tubuh aku diusapnya. "Dah-dah. Mari makan dulu. Saya beli bubur ni dekat gerai bawah yang awak suka tu."
Mendengar itu, aku terus melepaskan pelukan dan memandang mangkuk yang berada di meja sisi katil. Jimin mengambil mangkuk tersebut dan menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulut aku.
Aku tersenyum. Begitu juga Jimin.
YOU ARE READING
[Complete] Pregnant • Park Jimin
FanfictionTerima kasih, Park Jimin kerana selalu ada dengan saya... Start ; 28.11.2018 End ; 17.12.2018