10 • Merajuk

3.2K 201 3
                                    

"Sayang..."

Aku endahkan panggilan Jimin dan terus keluar dari dapur.

"Sayang.. Saya minta maaf."

Aku diam. Taknak cakap apa-apa. Sampai hati awak Jimin.

"Sayang.. Please.. Janganlah merajuk." Pujuk Jimin lagi sambil mengikuti langkah aku ke ruang tamu.

Aku duduk diatas sofa lalu mencapai laju remote tv. Aku endahkan Jimin yang sudah duduk disebelah aku.

"Sayang.. Saya tak sengaja." Kata Jimin lagi.

Taknak kawan Jimin! Taknak!

"Tepilah." Aku alihkan tangan Jimin dari pegang bahu aku.

"Sorry.... Saya tak sengaja pun buang coklat-coklat awak, sayang." Kata Jimin lembut.

Air mata aku bertakung. Coklat aku.... Semalam Jimin beli banyak coklat untuk aku lepas dia balik kerja. Aku tak minta dia beli, tapi yang belikan untuk aku dan baby. Aku letak dalam beg kertas kt atas meja makan. Hari ni Jimin buang beg kertas tu tanpa melihat isinya dahulu.

Aku terus bangun dan melangkah kearah tangga. Jimin masih mengikuti aku.

"Okay, jom kita keluar beli coklat yang lain. Okay?"

Baru sahaja aku ingin menaiki tangga, perut aku tiba-tiba rasa sakit. Aku pegang perut aku dan terbongkok menahan sakit.

"Sayang? Sayang!"

[Complete] Pregnant • Park JiminWhere stories live. Discover now