12 • Hadiah

3.1K 200 5
                                    

Aku mengusap kandungan aku yang sudah berusia 5 bulan ini. Perut aku sudah bulat besar. Aku tersenyum. Kadang-kadang aku dapat rasa anak aku bergerak-gerak di dalam.

"Sayang!! Jimin kesayangan awak dah balik!" Laung Jimin selepas membuka pintu rumah.

Aku terkejut sebab tiba-tiba aku disergah macam tu. Tak dengar pulak bunyi enjin kereta masuk. Haihh.. Leka betul aku dengan anak aku ni.

"Awak buat apa, sayang?" Soal Jimin sambil mendekati aku. Kedua belah tangannya disorokkan dibelakang.

"Tak ada buat apa-apa. Melayan baby je."

Jimin tersenyum lebar. "Saya ada sesuatu untuk awak."

"Apa dia?"

Jimin terus mengeluarkan beg kertas dari belakangnya. "Tada~"

Mata aku bersinar-sinar. Aku terus mengambil beg kertas itu dan melihat isi dalamnya.

Coklat?

Terlalu banyak coklat!

Aku memandang Jimin.

"Awak suka tak? Saya gantikan coklat awak yang saya buang hari itu dengan coklat sebanyak ni." Kata Jimin sambil tersenyum manis.

Aku terus memeluk Jimin erat. "Terima kasih, Jimin. "

Jimin membalas dengan anggukan. "I love you, sayang."

"I love you too." Balas aku lalu membenamkan muka dilehernya. Wangi.

"Saya nak coklat awak satu, boleh?"

Aku terus meleraikan pelukan. "Mestilah boleh! Saya suka kongsi dengan awak." Kataku teruja. Selama ni tak pernah Jimin minta coklat dariku. Kalau aku pelawa mesti dia tolak. Tak suka coklat katanya. Takut gigi rosak.

[Complete] Pregnant • Park JiminWhere stories live. Discover now