05 • Mengidam

3.6K 233 3
                                    

Aku tersedar dari tidur aku. Aku bangun dan melihat Jimin yang masih lena tidur disebelah aku. Aku pegang perut aku yang sedikit kelihatan.

Lapar...

Aku selak selimut perlahan-lahan dan turunkan kaki aku. Aku berjalan berhati-hati kearah pintu bilik. Taknak Jimin terbangun lagi. Setiap kali lelaki itu terjaga kerana hendak menemani aku, lelaki itu susah hendak tidur semula.

Aku membuka peti beku dan mencapai ais-krim potong yang Jimin beli petang tadi.

Semasa aku baru sahaja hendak jilat ais-krim itu, pinggang aku dipeluk dari belakang.

"Jimin!!"

Jimin ketawa kecil. "Saya dapat tangkap pencuri lagi."

Aku mencebik. Kenapa dia bangun? "Kenapa awak bangun, Jimin? Nanti awak susah nak tidur balik, tahu tak?" Marah aku selepas Jimin berdiri dihadapan aku.

"Macam mana nak tidur kalau tak ada benda nak peluk kat sebelah? Saya ni kan mudah terjaga kalau tak ada awak dekat sebelah." Kata Jimin. Ya, betul. Kalau lelaki ini pergi kerja dekat luar bandar tanpa membawa aku, dia takkan dapat tidur lena. Kadang-kadang puas aku pujuk, sampai ke pagi dia takkan tidur.

Aku hanya mengangguk betul. "Nak?" Aku pelawa Jimin. Lelaki itu menggeleng sambil tersenyum.

"Awak makanlah. Saya nak teman awak je." Kata Jimin dengan senyuman lebar. Senyuman inilah yang paling aku suka. Senyuman inilah yang aku tahu dia bahagia.

Jimin berjalan kebelakang aku dan memeluk pinggang aku dari belakang. Dia letakkan dagu diatas bahu aku. Aku tak mengendahkan Jimin dan terus menikmati ais-ktim ditangan aku. Aku memandang kebawah apabila merasa perut aku diusap.

"Cepat besar, anak papa." Kata Jimin. Aku tersenyum sambil memandang wajah Jimin. Pipi aku diciumnya sekilas.

[Complete] Pregnant • Park JiminWhere stories live. Discover now