Aku tersenyum melihat Jimin yang dari tadi asyik melekatkan telinganya diperut aku. Kadang-kadang aku nampak dia tersenyum lebar. Kadang-kadang aku nampak dia ketawa kecil.
"Awak tak sakit ke dia tendang perut awak macam tu?" Soal Jimin sambil mengangkat kepalanya sedikit untuk memandangku.
Aku yang sedang duduk bersandar dikepala katil hanya menggeleng sambil tersenyum melihatnya.
"Aegi.. Jangan sakitkan mommy tau. Appa taknak mommy sakit." Kata Jimin dihadapan perutku. Kedua belah tangannya masih melekat dia perutku.
Mata kami kemudian membulat apabila anak kami memberi tendangan yang kuat, betul-betul di tapak tangan Jimin. Aku mengaduh kecil. Sakit campur geli.
Mendengar aku mengaduh, Jimin lantas memandangku dengan risau. Aku ketawa kecil memandangnya. "Saya okay."
"Betul ke ni?"
Aku angguk laju. "Biarlah dia tendang-tendang. Saya boleh dapat tahu yang anak kita aktif dekat dalam ni." Kataku sambil mengusap kandungan aku yang berusia 7 bulan.
Jimin mencium perut aku berkali-kali sebelum dia menekap telinganya kembali diperut aku. Aku mengangkat tanganku dan mengusap rambut Jimin dengan lembut.
Melihat Jimin seperti itu, buat aku semakin geram dengan kecomelannya. Mesti anak kami seperti papa dia.
YOU ARE READING
[Complete] Pregnant • Park Jimin
FanfictionTerima kasih, Park Jimin kerana selalu ada dengan saya... Start ; 28.11.2018 End ; 17.12.2018