Jimin mencapai tangan Jimin. Lelaki itu terus memandang aku dan memberikan senyuman nipis kepada aku. Tetapi hati aku tetap berdebar. Aku takut.
"Kenapa, sayang?" Soal Jimin dengan nada lembut.
"Saya takut, Jimin." Balasku. Mataku mula berair. Sekejap sahaja air mata aku jatuh.
Jimin geleng perlahan. Dia mengesat air mataku. "Awak kuat, sayang. Demi anak kita, awak boleh." Kata Jimin sambil mengusap perut aku yang sudah 9 bulan 10 hari.
Dan hari ni, hari dimana anak aku dan Jimin dilahirkan. Dokter kata lagi 1 cm aku dah boleh bersalin.
"Jimin, sakit.." Kataku lalu menguatkan genggaman tangan Jimin. Lelaki itu cuba menenangkan aku. Rambut aku diusap.
"Shh.. Awak kuat, sayang. Tahan, ya?" Dahiku dicium dan sekali gus air mataku terus mengalir laju. Perut aku semakin sakit.
"Baiklah. Puan Park dah bersedia untuk bersalin sekarang." Kata dokter wanita yang sudah berdiri disebelah aku.
Aku memandang Jimin. Lelaki itu memberikan senyuman manisnya kepadaku sebelum dia membisik ditelingaku.
"You can do it, my love. I always here with you."
YOU ARE READING
[Complete] Pregnant • Park Jimin
FanfictionTerima kasih, Park Jimin kerana selalu ada dengan saya... Start ; 28.11.2018 End ; 17.12.2018